Friday 14 November 2008

KENAPA DENGKI SIFATNYA?

Kenapa manusia ada dengkinya?..Tiap dari kita pasti akan berjumpa orang yang mendengki..Disekeliling kita ,kita akan jumpa orang macam nie esp bila kita didalam kelompok yang ramai...such as kat tempat kerja dan juga kawan2 sekeliling...

Apa yang kita buat serba tak kena pada pandangannya..Lets say sebagai contoh kat tempat kerja..Bila kita didalam proses untuk peningkatan kerja akan ada yang mendengki dengan kita..Kita telah melakukan amanah dengan baik dalam tugas yang diberikan oleh majikan tetapi ada lah yang suka mengampu dan mencucuk boss dengan kata itu dan ini tentang kita..Padahal kita telah melakukan yang terbaik dengan tugas dan kuasa yang kita ada...Akibat dari ampuan dan dengkian teman sepejabat kita tidak dapat kenaikan..Atau kenaikan kita ditangguhkan..Atau kita diturunkan pangkat..dan orang lain yang naik pangkat...Tapi bila kita fikir dimana kebijaksanaan majikan dalam hal ini?..Tidakkah majikan menilai seseorang staff mereka dengan penilaian yang adil dan saksama..Adakah dek kerana ampuan dan dengkian staff lain boss boleh termakan ampuan dan dengkian itu?..Pelik tapi benar..AD pasti ada yang face  this realiti dalam kehidupan mereka...

Kenapakah manusia  sanggup dengki kepada manusia lain?..Sedangkan si manusia yang didengki itu tidak pernah mengusik atau membicarakan hal staff lain..Dia dengan secara jujur dan ikhlas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja..Tetapi mungkin dia tidak pandai mengampu dan mendengki...Inilah realiti dunia pejabat yang kita hadapi dan mungkin akan hadapi..Dengan kita tidak menyentuh hal orang lain pun orang lain boleh mendengki dengan kita...Kenapa harus ada sifat itu dalam diri manusia?..Meh kita hayati sikit hadith nabi dan ayat al quran untuk panduan :

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah  yang bersaudara.
 (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah  kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah  akan sebahagian kurnia-Nya.
 (An-Nisa:32)


Setiap dari kita telah ditetapkan rezekinya...dan kita hendaklah berpegang teguh dengan keyakinan akidah bahawa rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah..Prinsip inilah harus dipegang oleh setiap dari kita supaya dikalangan kita tiada lagi sifat dengki mendengki..dan kita seharusnya rasa qanaah atau rasa puashati dengan setiap rezeki yang telah Allah berikan kepada kita..Jadi sama-samalah kita menjauhi sifat yang secara jelas lagi nyata Allah akan murka..Kembalilah kita kepada sifat-sifat yang Allah suka..Insyallah...

14 comments:

  1. Hasad ialah satu perasaan yang tak baik. Bad vibes gitu. Tapi perasaan ini memang ada pada setiap orang, tinggal tahu guna atau tidak je.

    Yelah kan, kalau kita bertanding, perasaan nak menang tu ada. Tapi, tak semestinya perlu backstabbing atau melakukan kemudaratan pada org lain. InsyaAllah berkat keikhlasan bekerja/berusaha tu, akan membuahkan hasil.

    Ampu mengampu dah jadi amalan kat ofis. Kadang² rasa nak jerit je.

    "Can you please take your lips off my ass and do you work!" Haha. Rasa nak jerit je, blom jerit lagi. Haha.

    ReplyDelete
  2. Hasad ialah satu perasaan yang tak baik. Bad vibes gitu. Tapi perasaan ini memang ada pada setiap orang, tinggal tahu guna atau tidak je.

    Yelah kan, kalau kita bertanding, perasaan nak menang tu ada. Tapi, tak semestinya perlu backstabbing atau melakukan kemudaratan pada org lain. InsyaAllah berkat keikhlasan bekerja/berusaha tu, akan membuahkan hasil.

    Ampu mengampu dah jadi amalan kat ofis. Kadang² rasa nak jerit je.

    "Can you please take your lips off my ass and do you work!" Haha. Rasa nak jerit je, blom jerit lagi. Haha.

    ReplyDelete
  3. CAHAYA-Hehe jangan jerit taww nanti seme larikk.ngeh3x.....Yalaa betul cakap cahaya tu kenalaa tunjukkan diri tu bagus dalam keje bukannya backstabbing...

    ReplyDelete
  4. org memang tak bleh tengok kita senang sket. mesti nak dengki. dah memang sifat manusia...sabar je la...

    ReplyDelete
  5. BOZZO- Kenapa manusia ingin mengekalkan sifat yg tidak baik dalam diri mereka?..Adakah mereka bangga mempunyai sifat seperti itu...

    ReplyDelete
  6. itu la manusia namanyer...rambut hitam...kuning..coklat...tapi hati pun lain-lain....yang penting kita jangan tanamkan sifat buruk itu dalam diri kita...tak berkat hidup woooo...percayalah...Allah sentiasa menolong orang yang teraniaya

    ReplyDelete
  7. SYAM-Yup thats true Syam..Rambut pelbagai kaler skrg..hehe..Hati tak siapa yang tahu..Moga kita semua tergolong dalam orang2 yang mempunyai sifat yg baik..Insyallah..

    ReplyDelete
  8. Inilah hakikat kehidupan... kita yang bernama Manusia... tidak pernah puas dengan apa jua kelebihan dan kekurangan yang kita miliki... sifat Dengki itu sering menguasai diri... bukan hanya orang lain malah... adakalanya kita jugak begitu.

    Adakalanya kita akan menjadi mangsa dengki orang lain... dan ada kalanya juga... kitalah "pendengki" itu...

    Hmmm... dengki itu tidak salah... cuma tinggal lagi, bagaimana kita mengawal perasaan itu kepada satu tahap yang sepatutnya... yakni yang paling minima...

    ReplyDelete
  9. CHIME- Kenapa perlu kita ada sifat itu..tidakkah ia suatu yg tidak sepatutnya ada dalam diri setiap individu..Jika ia ada dalam diri dan tidak ditunjukkan takpe tapi bila melibatkan org lain utu maslahnya...malah org yg tiada kena mengena dan tidak bersalah itu yg jadi mangsanya...manusia...sukar ditafsirkan sifatnya,,tetapi kita tidak boleh lari dri manusia begini kerana ramai disekeliling kita...malah mungkin yg baik didepan kita...

    ReplyDelete
  10. hmmm~~ mungkin dah sifat manusia neh kot...kdg2 manusia neh sukar untuk di mengerti.. tak gtew?

    ReplyDelete
  11. ALHAQIMI-Ya betull..Manusia sukar utk dimengertikn..

    ReplyDelete
  12. normal la tuh ad. tambah² orang melayu. bukan nak usaha sendiri tapi prefer naik dengan cara jatuhkan orang lain. kalau bangsa cina dorang tak jatuhkan bangsa sendiri. tapi ini lah yang berlaku tambah² di kalangan kakitangan kerajaan. perangai busuk. kadang muka cantik pun dengan perangai macam kera tuh akan dipulaukan. ada yang kena pulau pun masih tak sedar diri. sangkakan diri tu bagus tapi sebenarnya dibenci oleh kawan². kesian kan?

    ReplyDelete
  13. FAISAL- Yaa betul tu...Tak patutkan naik dengan jatuhkan org lain...halal ke rezeki org camtu?..ntahlah...Diorg prasan bagus sgt..menci jer tgok..haha...

    ReplyDelete
  14. hmmm apa2 pun sifat dengki tu memang kena ada. tapi biar betul cara. betul tindakan. bila tgk orang lain berjaya kita pun dengki... sebab dengki tu kita pun usaha nak dapat yg lebih baik dari org lain... atau pun biar sama baik.. so, dengki tu buat kita usaha... dengki pastu buat mende2 tak elok tu yg tak betull...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)