Friday 7 November 2008

TERUS DAN TERANG...


Terus terang Ad cakap..Ad cakap berterus terang. Perlu ke berterus terang?.. Tidakkah dengan berterus terang akan melukakan hati seseorang?..Mungkin juga sangat mengguris perasaan nanti?..Tetapi berterus terang adalah lebih baik dari menyembunyikan sesuatu yang menyesakkan dada kita..Lebih baik berterus terang daripada murung tak tentu pasal...Lebih baik menjelaskan sesuatu kemushkilan...Sesuatu kekeliruan perlu dinyatakan dengan terus terang...
Setiap perkara akan lebih jelas nyatanya dengan berterus terang...Tetapi adakah semua orang dapat menerima terus terang cerita atau penjelasan orang lain..Mungkin ada yang dapat menerima dan mungkin juga tidak...
Perlukah kita berterus terang sebenarnya?..Menyatakan sesuatu kebenaran memang amat pahit bagi sesetengah orang..Takut ada hati yang terluka..Takut ada yang tersentap....Tetapi sampai bila akan jelasnya sesuatu kekeliruan jika semuanya disembunyikan?Suatu persoalan tak pernah akan terjawab jika kita berdiam diri...rite?..Jadi perlukah kita berterus terang jika mempunyai sesuatu kemushkilan dan persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita?..Atau kita biarkan sahaja benak membengkak tanpa jawapan yang kita fikirkan kerana ingin menjaga hati seseorang?...
Keliru dan buntu bila fikirkan perasaan orang tetapi dalam masa yang sama persoalan dan kemuskilan sering mengasak hebat..Bolehkah kita lakukan seperti menarik rambut didalam tepung..Atau perlukah kita buang semuanya supaya benak lega tapi ada tinggal kesan yang tidak habis?..
Terus terang kadang-kadang menyakitkan orang lain...tetapi jika tiada pilihan apakah tindakan yang perlu kita lakukan?..Mungkin tiada langsung pilihan lain dengan cara berterus terang sahaja..Jadi berterus terang adalah perlu..Tetapi caranya biarlah betul dan waspada agar cara dan tindakan kita itu tidak menyakitkan hati seseorang..tetapi jika perasaan seseorang itu terguris akibat terus terang bagaimanakah pula tindakan kita?..Ntah...buntu dan keliru..Tiada jawapan..Berserahh...

15 comments:

  1. For me, simple je. Perkara yang kita sorok lambat laun orang akan tahu juga. Perkara yang kita tak terus terang tu, sampai satu masa nanti, terbuka juga.

    Lebih menyakitkan kalau perkara tu kita tahu kemudian atau dari org lain. Tak adil kalau kita tak berterus terang. Berterus terang juga boleh membersihkan hati, takde la nak fikir excuse 24jam. Betul tak?

    p/s: Tepuk dada tanya selera, Bila berterus terang ternyata seseorang tu ikhlas. Lambat atau tidak bukan soalnya, yang penting, hati sanggup berkongsi dan percaya kepada pihak yang satu lagi tu. :)

    ReplyDelete
  2. salam.
    berterus terang itu penting dari kita menyembunyikan..
    jika berterus terang secara kasar mmg menyakita.. jika dgn kelembutan dan penuh rasa tanggung jawab insyallah ia tidak menyakitkan..

    ReplyDelete
  3. abg...

    pada pendapat wanie,
    lebih baik bereterus-terang saja,
    kerana kalai kita pendamkan saja,
    ia akn melukakan hati kita sendiri,
    percayalah.....

    hidup kita skg kenalah berterus-terang....
    kalau tidak kita yg akn merana dalam kesedihan

    ReplyDelete
  4. aku lebih selesa berterus terang bang.
    bila berterus terang buat aku rasa aku jadi diri sendiri.
    cuma kadang-kadang aku perlu berpura-pura dan mengiyakan yang tidak aku setuju.
    bukan tak mahu berterus terang, tapi adakalanya lebih baik untuk aku berdiam diri dari melukakan hati orang lain.

    ReplyDelete
  5. CAHAYA-Ya betul tu cahaya...tapi melukakan hati orang lain itu buatkan kita tidak sanggup lagi..Pernah berterus terang tetapi kita yang dipersalahkan...Ntahlah...

    ReplyDelete
  6. FARID-Mungkin bagai menarik rambut didalam tepung caranya..tetapi kdg2 rambut putus dan tepung berterabur bila kita aja yang berterus terang sedangkan pihak satu lagi tidak dapat menerimanya...hmmm

    ReplyDelete
  7. WANIE- Betul jugak kata Wanie tu tapi mana satu lebih baik kita terluka atau orang lain terluka?..hmmhmmm

    ReplyDelete
  8. ADDY- Jadi berterus terang dengan memilih keadaan dimana perlu dan dimana tidak?...Situasi yang bagaimana perlu dan bagaimana tidak perlu berterus terang?..hmmm

    ReplyDelete
  9. hi ad.
    berterus teranglah kalau ia adalah benar.

    dlm cinta pun sama.

    ReplyDelete
  10. contohnya sama dengan menipu.
    menipu memang hukumnya dosa.
    tapi kadang-kadang kita perlu menipu demi menjaga hubungan baik.
    kadang-kadang kita perlu menipu untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk.
    adakalanya menipu dapat mengeruhkan keadaan yang mungkin teruk.
    sama juga dengan berterus terang.

    ReplyDelete
  11. Terus terang adalah yang terbaik.

    "Honesty is the best policy"

    Lebih kurang lah tu kan. So, macam Ad cakap. Lebih baik berterus terang dari nak murung tak tentu pasal. Life is too short... manfaat kan sebaik mungkin :)

    ReplyDelete
  12. AREP-Yup thats true..Dalam cinta pun sama ek?..hehehe...

    ReplyDelete
  13. FAISAL- Ya betul tu kejujuran adalah yang terbaik..tetapi rasa banyak pihak perlu kita jaga..Perlu kita kesah...kdg2 kita buntu kdg2 kita yakin ..Kdg2 kita sanggup simpan semuanya demi org lain..hmmm

    ReplyDelete
  14. berterus terang itu bagus,... tak ramai mmilih tuk berterus terang ... mmasing2 punya pilihan...kan?

    ReplyDelete
  15. SUFI IDANY-Yup kita mempunyai pilihan masing2..ikut gerak hati mana yg baik dengan pertimbangan yg teliti...Moga kita dapat fikir jalannya..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)