Saturday, 31 January 2009
Not feeling well...
Thursday, 29 January 2009
PERNAHKAH KITA FIKIR...
Tuesday, 27 January 2009
WHAT IS PAST IS PAST (Learn from mistake)
Sunday, 25 January 2009
TAKDIR KITA TIDAK SAMA...
Friday, 23 January 2009
JIWA KACAU...
Wednesday, 21 January 2009
Penafsiran Kita...
Setiap manusia mempunyai hak dalam menjalani kehidupan mereka as long as apa yang mereka lakukan adalah dalam batas dan sempadan yang benar..Tidak salah melakukan sesuatu yang pada tafsiran orang lain tidak elok tapi kita yakin dengan teguh bahawa apa yang dilakukan itu tiada salahnya..Masing-masing mempunyai hak dalam apa yang mereka fikir perkara yang dilakukan itu tiada salahnya..
Bagi manusia yang berfikir dengan akal mereka telah dikurniakan panduan yang membuatkan kita dapat menimbang sesuatu itu dalam asas yang bagaimana..Adakah ianya betul atau salah…Setelah kita melalui suatu proses kehidupan yang panjang kita seharusnya dapat menilai dimana keperluan kita dalam melakukan sesuatu perkara..Mana mungkin orang lain boleh menyuruh atau mengarah kita dalam melakukan sesuatu jika pada fikir kita kita telah melakukan sesuatu yang betul dan benar…
Orang lain seharusnya dapat menghormati pilihan yang telah kita lakukan..Sepanjang perjalanan hidup ini kita harus sudah cukup dewasa dalam memilih sesuatu yang menjadi pilihan kita.Orang lain mungkin hanya perlu memberikan sokongan atau kalau perlu hanya berdiam diri sahaja dengan apa yang kita lakukan..Kenapa harus mengungkit dan membangkit apa yang kita lakukan?..Adakah setiap apa yang kita lakukan semuanya sempurna?..Tidak sekali-kali.Tetapi dalam setiap apa sahaja keputusan atau pilihan yang kita lakukan orang lain sepatutnya menghormati kita dan memberikan pendapat dengan matang bukannya memarahi atau menolak secara total apa yang kita lakukan..
Sebagai manusia biasa kita juga punya rasa dan hati yang perlu dijaga .Setiap apa yang kita perkatakan dan luahkan sepatutnya kita fikirkan apa yang orang lain rasa..Bukannya hentam kromo sahaja seolah-olah orang lain tiada rasa atau perasaan..Kita sepatutnya fikirkan apa yang orang lain rasa.Dan jika kita nampak kelainan pada orang itu seharusnya kita bertanyakan atau meminta maaf atas kesilapan kata yang kita perkatakan..Dengan hanya berdiam diri atau tidak meminta maaf bimbang sebelah pihak akan terasa dan seterusnya semakin membengkak dan pergi meninggalkan kita..Kita mungkin tidak nampak apa salah kita tetapi setiap yang berlaku ada sebab musababnya yang harus kita fikir dan tafsir…Kita perlu buang ego diri jika kita sayangi sesebuah hubungan itu terus mekar dan berseri…Semoga kita semua dalam landasan yang betul dalam penafsiran sesebuah perhubungan .. Insyallah…
Monday, 19 January 2009
Bayangan Itu Parasit..
Saturday, 17 January 2009
LAGU KITA
Friday, 16 January 2009
AKU MASIH SEPERTI DULU..
Aku tidak pernah menjauh walau selangkah..
Aku tidak pernah memaling..
Aku tidak pernah membenci..
Aku tidak pernah memungkiri janji..
Aku tidak pernah mengungkiti..
Tapi lagakmu membuatkan aku bosan..
Tapi egomu membuatkan aku rimas..
Tapi sifatmu membuatkan aku pasrah..
Tapi rajukmu membuatkan aku malas..
Aku cuba untuk kembali..
Aku cuba untuk mendekati..
Aku cuba untuk memandang..
Aku cuba untuk menunaikan hasrat hati..
Tapi engkau yang membuatkan langkahku terhenti..
Tapi engkau yang membuatkan fikirku keliru..
Tapi engkau yang membuatkan hatiku pilu..
Tapi engkau yang membuatkan rasa ku terasa..
Engkau yang perlu berubah..
Engkau yang perlu memulakan kembali langkah..
Engkau yang perlu memulakan perbualan..
Engkau yang perlu memulakan pandangan..
Aku sudah tidak mampu..
Aku sudah tidak berkuasa..
Aku sudah tidak berdaya..
Aku sudah tidak berkederat..
Tuesday, 13 January 2009
RINDU
Monday, 12 January 2009
PERTUKARAN
Friday, 9 January 2009
PART THREE:VACATION
Patutlaa panggil hornbill resort rupanya memang ada hornbill...banyak ekor lak tu...Ni hornbill..heheLepas solat sgala then kami pun pi laa ke pantai..Nak mandi manda lak..Lama tol tak mandi pantai..So apa lagi kami pun terjun lah ..Splashhh!Splashh!..Wahh best bangett...Sejukkk...wahh ada pasangan tu romantik gile mandi manda..opsss kesitu plak Ad kan..hehe...Tapikan bila nak naik ke ke pantai smula tengok dekat tangan melekat macam lumut2...Dah kotor rupanya air laut kat pangkor..hmmm...hampehh ...Then lepas tu kami naik ke biliklah..Malam plak makan besor..makan ikan bakar...Puluh-puluh gak habis makan malam tu...then soping2 apa yg patut..Lagi skali habis puluh2 ringgit jer..huhu..
Niat kami memang nak berehat jer di Pulau itu..Lupakan semuanya buat seketika...kesibukan kerja dan segalanya...Then kembali bekerja nanti nak rasa freshh jer fikiran ..Rasanya cukup singkat berada di Pulau Pangkor tu tapi kami rasa selesa dan puas bercuti disana.. Walaupun singkat tapi cukup bermakna dalam tafsiran diri masing-masing..Fikiran rasa lega dan fresh..Keesokannya kami checkout dalam pukul 12 tghri ..Shoping lagi apa yang patot..Then kami ambiklah Van penumpang dengan harga RM12 sehala sama seperti kami sampai hari sebelumnya...Kalau kongsi ramai2 dengan orang lain maybe akan lebih murah...
So Pulau Pangkor kami tinggalkan tepat 12.30 tghari ..
Sampai jeti Lumut around 1 ptg..terus cari makan dulu..Lepas makan terus balik lah ke Taiping semula..Tapi rush jugaklaa coz kawan ada hal pendaftaran pelajar baru di sekolahnya...Sebelum tu kami ke Taiping dulu cari tiket Ad nak ke KL laa pulekkk...Sib baik ada tiket pukul 6.30 ptg..Bas Transnasional...So balik CJ kejap pastu dalam pukul 6 ptg kawan Ad antar lah ke Hentian Bas Kamunting Taiping ...So berakhirlah percutian Ad di Perak selama dekat 4 hari yang sebetulnya plan hanya 3 hari ..terlebih sehari...hehe...So penghargaan yang tak terhingga buat kawan Ad sebab walaupun sibuk dengan hal sekolah yang akan dibuka masih ada kesempatan waktu untuk menemani Ad bercuti..Alhamdulillah...and appreciate it very much..Kalo datang Kelantan turn Ad plak kay..Kito jale jale di negeri Cik Siti Wan Kembe puloppss..ahaks..
Tak payah buat part 4 lah yea..Sambung terus ..hehe...Sampai dalam pukul 10.30 malam di stesen bas pudu...then Ad ambik train LRT Rapid KL ke Ampang....Senang sebab umah yang family adik Ad duduk tu sebelah je ngan LRT Station...hehe..tempat yang Ad selalu lepak kalo ke KL..Keesokkan harinya pagi2 lagi Ad mengidam nasik lemak Kg Melayu Ampang..Ermmm sedapp betull..Then pukul 12 tghri Ad ke Sogo jumpa kawan soping2 lagi..Kawan cari beg Ad plak terbeli beg kecik(bleh letak kasut tuu) lambang Manchester United..Dari RM 39 dummm turun sampai RM23...hehe...Kuat kuasa tawar menawar Ad kan...huhu...Beli kat Pertama Complex..Selepas tu kami ke Pavillion laa plak..sebab Ad tak pernah pegi ke situ ..Naik Lrt dan Monorail then jalan sikit sampailah ke Pavillion....Dont know what to do ...So tengok wayang lagi..Kali ni cite yang orang kata sedap..BRAINSCAN..Ada gaklaa part-part yang Ad dan kawan gelak besauu...Adeke patot bleh bertukar suami jadi isteri dan isteri jadi suami..hahaha...klakor siutt....Kira oklaa sebab orang blanja kan..haha...Tq kawan..hehe...Pastu kuar wayang minum kat Starbuck kejap sebelum balik...Tapikan baru jer tadi ada kawan sms tentang pelbagai jenama termasuk Starbuck... hmmm...kalau tahu awal2 tak gi minum pon..huhu..FREE PALESTINE....
So selepas tu Ad rush gak balik Ampang coz bas ke kg dalam pukul 9.30 malam..Sampai Ampang pukul 7.30 gitewww..Makan dan siap2....8.45 malam naik LRT Rapid KL lagi ke PWTC..Stesen yang terdekat dengan HENTIAN PUTRA...Stesen bas ke Pantai Timur...So bagi yang tatau..Ad kan Orang Kelantan..hehe..So balik Kelantan lerr..Naik bas SANI EXPRESS..Cukup selesa sebab Ad ambik seat sorang..Takdelaa sapa2 nak ngendeng2 kat bahu dalam bas kan..haha...Sampai around pukul 4.30 pagi..Jalan masuk ke rumah Ad kena lalu tanah perkuburan taww..Ada jalan lain tapi agak jauh sikit..So dalam gelap gulita redah jugaklaa jalan kampung tu..Tak jauh dalam 100 meter je kot tapi kiri tanah perkuburan dan kanan semak samun..huhu...Bayangkan 4.30 pagi..huhu...Naik gak bulu roma..So selamat lah sampai umah...habislah cerita cuti-cuti Mesia Ad ..hehe...jumpa di cuti2 akan datang yea kalau ada rezeki..insyallah..
Thursday, 8 January 2009
PART TWO : VACATION
Ad duduk ditepi tasik sambil memikirkan sesuatu..hehe.. Pikir apa daaa... Ada dua orang photographer duk tertunduk-tunduk snap gambar kat taman tasik tu... Mungkin mencari posisi yang sesweii untuk gambar kelihatan menarik.. Biasalah photographer..ada teknik2nya...Tak caya tanya si Nizam Photographer ada link blog dia di blog Ad ni... So sebelah petang lah dalam pukul bape ntah..Kami ke Kuala Kangsar plak..On the way singgah sekolah kawan Ad..Tapi duk sms kawan dia takdelaa plak kat umah..Tapi sempatlaa tengok2 sekolah SABK Maahad Yahyawiah Padang Rengas..Lepas tu kami ke Bandar Diraja Kuala Kangsar..Sempatlaa snap beberapa keping gambar..Masjid Ubbudiah Kuala Kangsar..Cantik masjid ni kan?..Selalu kalo berkaitan Perak ada laa gambar masjid ni..Cantik sungguh...
Selepas itu kami ke Muzium Diraja Negeri Perak..Hmmm bentuk muzium bagaikan sebuah rumah melayu lama yang cantik sangat ..Ini juga salah satu gambar yang sering dilihat bila artikel tentang Perak diterbitkan...
Kami just pusing2 bandar Kuala Kangsar ,bandar yang taklah besar mana pada pandangan kami..Selepas Kuala Kangsar kami plan ke Ipoh plak...Dalam masa lebih kurang sejam setengah kami sampai ke Ipoh Perak..Ibu negeri Perak..Pada malam tu kami pusing-pusing bandar Ipoh.. Try sms kawan kat Ipoh sekali lagi failed dia kat Penang laaa plak..So kami just pusing-pusing bandar..Masuk Greentown Mall kejap then terus gi makan kat gerai bergerak sebelah Dataran Bandaraya Ipoh..Malam jer ada gerai situ ...Makan nasi goreng ayam..Sedapp sebab kami memang lapo..hehe..
Selepas pada tu kami ke Gerbang Malam...Gerbang malam ni samalah macam Bazar Larut Malam kat Danau Kota Setapak Kuala Lumpur atau Wakaf Che Yeh di Kota Bharu..Tapi kalau tengok Wakaf Che Yeh lagi besau kawasannya...
Selepas puas pusing2 kat Gerbang Malam tu tengok2 jam dah 10.30 malam..Hmmm rasa ngantuk pun ada..Kawan Ad tak larat gak nak drive..So Ad je laa drive sampailah ke rumah..Aroound 12.30 kot sampai...Hmmm...Balik2 terus tido...Zzzzzz...