Thursday 3 September 2009

Peluang Tersedia : CARILAH


Langkah demi langkah
Kita telusuri jalan hidup
Dalam pencarian noktah
Untuk menuju destinasi sama


Kadang-kadang kita lalai
Kadang-kadang kita alpa
Kadang-kadang kita langgar
Kadang-kadang kita elak

Semuanya jelas depan mata
Semuanya nyata depan mata
Semuanya wujud depan mata
Semuanya sahih depan mata

Adakah hati kita nampak jelas?
Adakah hati kita nampak nyata?
Adakah hati kita nampak wujud?
Adakah hati kita nampak sahih?


Jika kita nampak
Kenapa kita lalai?
Kenapa kita alpa?
Kenapa kita langgar?
Kenapa kita elak?


Panduan sudah tersurat
Arahan sudah termaktub
Catatan sudah tertulis
Ajaran sudah terdengar


Panduan buat kita tidak lalai
Arahan buat kita tidak alpa
Catatan buat kita tidak lupa
Ajaran buat kita tidak keliru


Ambillah peluang yang ada
Rebutlah peluang yang tersedia
Bacalah catatan yang tertulis
Ikutlah ajaran yang diajar


Moga kita menjadi hambaNYA yang berguna
Moga kita menjadi hambaNYA yang peka
Moga kita menjadi hambaNYA yang taat
Moga kita menjadi hambaNYA yang terpilih

10 comments:

  1. ramai yang berpendapat semua berlaku telah ditakdirkan sampai ada yang hanya berserah kepada takdir.

    satu coretan yang menarik ad :)

    ReplyDelete
  2. FAISAL-Hmmm tidak boleh hanya berserah pada takdir..Perlu ada usaha dan ikhtiar dalam melakukan sesuatu.. tq faisal..:-)

    ReplyDelete
  3. hurm.. saya masih dalam pencarian.. kadang dah tahu tapi bt2 tak tahu..
    kadang2 bt2 tak dengar dengan teguran yang diberi...
    angkuh nya hati ini... berada dibumi ALLAH...
    semoga saya menjadi hambanya yang taat dan terpilih...
    insyallah
    amin.....

    ReplyDelete
  4. ILLYANI ISMAIL-Moga kita diberikan petunjuk..Petunjuk agar kita dapat jalani jalan hidup ini dengan penuh keberkatan dan kerahmatan dariNYA...INSYALLAH..

    ReplyDelete
  5. susah la.. kadang2.. tak tau apa y kita cari.. apa y kita mahu dalam kehidupan ini.. bila da rasa mahu, tak yakin pada jalan y di pilih.. takut apa y akan dtg di pertengahan jalan... ermmm

    ReplyDelete
  6. SEKEPING HATI-Bila kita telah yakin bahawa jalan yang kita pilih itu betul dan benar...Proceed ..Apa yg berlaku akan datang INSYALLAH dapat ditangani dengan baik..But dont forget to PRAY and DOA..

    ReplyDelete
  7. salam ad,

    sekeping hati ini
    masih bergetar
    masih berdenyut
    masih teringin
    masih hangat...

    ;P

    ReplyDelete
  8. erm..tapi.. kalau tak yakin pula mcm mane? erm.. kadang kala takut dgn perjalanan hidup ini y pada masa hadapannya tidak dpt di lihat

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)