
Salam bloggers.. Pagi nanti dalam pukul 9 pagi AD dan keluarga akan ke AMPANG SELANGOR untuk agenda majlis konvokesyen adik AD di UIA pada hari AHAD 11 Oktober 2009. Agenda keluarga ke sana .Bila agenda keluarga dalam waktu yang cukup singkat tidak membenarkan AD untuk berjumpa sesiapa. Mungkin... Cuma jika ada masa mungkin boleh difikirkan untuk aktiviti sendiri.
Actually AD dah 9 bulan tidak ke KL..Last sekali semasa awal tahun hari tu.. Ada dalam entri semasa AD bercuti tempohari.. Untuk pengetahuan semua Kuala Lumpur cukup memberikan erti kepada AD..Ad sebenarnya bersekolah di sana sejak darjah 3 lagi sehinggalah tamat tingkatan 5. Usia remaja banyak disana.. Cerita tentang remaja banyak disana... Orang kata tempat jatuh lagi dikenangkan.. Banyak cerita yang tidak mampu dan berdaya untuk AD lupakan sampai sekarang.. Malah ada cerita yang cukup dalam ertinya bagi AD. Iyalah biasanya cerita sedih yang biasa melekat dalam hati sampai bila-bilakan?.. Tetapi cerita itu tidak payahlah dikongsi.. Sebenarnya cerita itulah yang kuat dalam menafsirkan RASA yang terbentuk elok dalam BLOG MELANKOLIK ini. Walaupun dengan sedaya upaya AD cuba melupakan tetapi ianya tetap datang.
Jalan hidup kita tidak pernah kita tahu.Tidak pernah kita mampu ubah. Kadang-kadang cerita dulu cukup membuatkan kita bersalah, membuat kita sebak dan sedih sampai ke hati yang cukup dalam. Kita cuba tetapi diri memang tidak mampu untuk melupakan. Walaupun bertahun ianya sudah berlalu tetapi cerita itu sangat menguis dan mengetuk hati ini.Dan kita tidak tahu bila ianya akan pergi dan pergi. Kuala Lumpur cukup memberi erti bagi diri AD. So sempena keberangkatan pergi AD ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari ini bacalah puisi ini spontan dari diri AD.. Terima kasih kerana terus membaca blog MELANCHOLIC HYPHOTHESIS AD RIFZA...
CERITA TENTANG MASA LALU
Cerita itu kembali menusuk
Cerita itu kembali menekan
Cerita itu kembali memaksa
Cerita itu kembali menyiksa
Aku tidak mampu menolak
Aku tidak mampu memadam
Aku tidak mampu mengabur
Aku tidak mampu melindung
Sedihku nampak
Piluku jelas
Sebakku dengar
Esakku terang
Walau telah lama berlalu
Walau telah lama bersedih
Walau telah lama berlaku
Walau telah lama bersendu
Masih kuat bayang itu
Masih jelas lambaian itu
Masih terang renungan itu
Masih nampak hasrat itu
YA ALLAH,
Teguhkan IMANku,
Tetapkan IMANku
DAN
Kuatkan hatiku ini
Tabahkan hatiku ini
Perkasakan hatiku ini
Sabarkan hatiku ini
Dalam menempuh RASA yang ada
Dalam menghadapi RASA yang datang
Dalam mengalami RASA yang wujud
Dalam menerima RASA yang singgah
Janganlah KAU balikkan diri ini
Janganlah KAU pesongkan hati ini
Aku tidak mahu merasakan cerita dulu lagi
Aku tidak mahu mengingati cerita dulu lagi
Cerita itu cukup memberi kesan pada hati
Cerita itu cukup membuat calar pada hati
Cerita itu cukup membuat parut pada hati
Cerita itu cukup memberi resah pada hati
Aku mohon YA ALLAH,
Kau padamkanlah cerita itu dalam diriku