Friday 20 November 2009

BERDIRI ,BERJALAN DAN MENCARI

SALAM BLOGGERS DAN PEMBACA SETIA BLOG MELANCHOLIC HYPHOTHESIS. TERIMA KASIH MASIH SETIA DAN SANGGUP MEMBACA TITIPAN DALAM BLOG AD RIFZA INI. MOGA TERUS SETIA MEMBACA DAN CUBA MEMAHAMI APA SAHAJA YANG TERSIRAT DISEBALIK TITIPAN MELANCHOLIC ADRIFZA. TERIMA KASIH. SEPERTI YANG AD JANJIKAN DI ENTRI BLOG YANG LEPAS ENTRI INI ADALAH PUISI YANG TERTANGGUH UNTUK DITITIPKAN DISINI.ASYIK ENTRI LAIN SAHAJA MELINTAS ENTRI INI. KALI NI ADA KESEMPATAN. JADI JANJI SUDAH TERTUNAI. BACALAH DAN HAYATILAH PUISI INI .

BERDIRI AKU DISINI
MENCARI APA YANG PASTI

DALAM SERBA KURANG DIRI

MENEPIS TOHMAH DAN CACI


JASAD INI TERUS BERJALAN

MENGIKUT PUTARAN MASA

WALAUPUN TEMPUHI BANYAK JALAN

YANG MAKIN KABUR DENGAN MASA

KADANG-KADANG AKU TEWAS LEMAH
KADANG-KADANG AKU GAGAH KUAT
MENGHADAPI SEMUA MEHNAH
MENGHARUNGI DUGAAN HEBAT

WALAU DUGANYA BERLIKU
WALAU ALURNYA DALAM

KETERPAKSAAN INI PANTAS BERLALU

PAHIT INI HARUS DITELAN


ARUS INI SELALU ADA

JEJAK INI SEBAGAI ALAMAT

MOGA TAKDIR INI REDHA

MOGA HIKMAH INI RAHMAT

12 comments:

  1. salam ad,
    semoga sihat dan ceria sokmo ya.

    gitu la kehidupan
    gini la kemanusian
    ada masa kedepan
    ada masa kebelakang
    tika rasa senang
    tiba rasa perit
    semua tu dugaan
    semua itu ujian
    kita dipentas lakonan
    disana kita abadi...

    take care fren

    ReplyDelete
  2. nikmat itu rahmat
    amanah itu rahmat
    syukurilah nikmat
    jagailah amanah walau berkarat
    agar hidup dilimpahi rahmat.

    ReplyDelete
  3. BLUE CITY-Dugaan dan ujian pasti kita hadapi walau dimana saja kita berada...Mungkin kalau boleh kita tidak mahu hadapinya tapi ketentuanNYA begitu..Mana mungkin kita dapat menolak..Kita hadapinya dengan penuh kesabaran dan keimanan..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  4. SCHOOL OF TOTS- Thank fr viewing my blog..and thnaks also fr yr comment..Rahmat yang tiada tolok bandingnya bagi kita yg mahu berfikir..

    ReplyDelete
  5. cinta itu buta,
    cinta itu nista,
    ku dambakan segala,
    hanya cinta dan lara.

    ReplyDelete
  6. FAISAL- Knapa cinta itu lara..sedangkan kita mampu membuat ia bahagia..Dan kenapa kita memilih yg lara sedangkan kita banyak pilihan..tapi sifat manusia mahukan yang satu itu bila hati tidak dapat ditakwil lagi rasanya..

    ReplyDelete
  7. hati ini perlukan kekuatan.. teman2 yg memberikan ku kekuatan. sgl usaha telah ku lakukan tapi masih ada segelintir yg tak tahu m'hargainya. aduhai teman... kau jgn biarkan daku keseorangan, jgn biarkan air mata ini mengalir lg. kita merancang, tuhan yg menentukan, angin.... kau bawalah pergi kesakitan itu, tak sanggup rasanya ku terus dibelenggu rasa pahit itu lagi.

    ReplyDelete
  8. SHIDAH-Hati perlu kuat dalam menghadapi RASA yang ada..Hati juga perlu tabah dlm mencorak RASA yang ada...RASA ini kita harapkan pergi agar hati dapat tenang dalam aliran darah yang ada.Sakit ini pergilah..Hati tidak perlukanmu lagi..

    ReplyDelete
  9. acu yanie masih berdiri menantikan hadir nyer seseorang

    hehehe

    ReplyDelete
  10. YANIE- Alhamdulillah...Syukurlah kerana sudah berpunya..hehe..

    ReplyDelete
  11. lom lagi berpunya....

    cuma masih menanti......

    hehhehehe

    ReplyDelete
  12. YANIE- Dah dekat lee tu..alhamdulillah..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)