Wednesday 20 January 2010

Tiada Cerita Pergi Cinta


Aku dalam kekosongan
Aku dalam kekhayalan

Aku dalam kealpaan

Aku dalam kekeliruan

Jalan masih yang sama
Tiada beza sejak mula

Tiada cacat dalam langkah

Tiada robek dalam sempurna


Resah masih lagi teman

Gundah masih lagi bersarang

Kacau masih lagi bertandang
Hirau masih lagi mengalah


Bicara sendu galak meratah

Kikir hati gigih mengikis

Carik rasa kuat mencakar

Calar ingin rajin menggarap


Jasad bagaikan tiada arah

Kesannya menusuk dalam

Parutnya melebar luas

Pedihnya memanas seluruh


Hati dibiarkan kosong

Rasa dibiarkan pedih

Datang ditepis ulang

Tandang dirasuk jangan


Kecewa menolak ruang sepi

Pedih memusnah luang sunyi

Pengkisahan cerita tiada lagi

Pemujaan cinta berlalu pergi

12 comments:

  1. Penuhi lah jiwa yg tak terisi... semoga tak bersedih lagi...

    ReplyDelete
  2. sepi ke?

    terus melangkah
    bukan kebelakang tapi kedepan
    lakar coretan2 baru
    reka cerita suka sendu lagi
    pasti terubat keluh kesah yang dulu
    senyum selalu..

    heeeeeee

    ReplyDelete
  3. RISPHG- Kdg2 kita perlukan masa untuk mengisi jiwa yang sepi..agar isi itu sentiasa ada disisi..

    ReplyDelete
  4. BLUE CITY- Alhamdulillah..Sihat jer..Cuba ubati segala yang dulu tapi kdg2 masa cukup panjang untuk mengubatinya..cukup seksa utk diri..tapi kuatkan jiwa agar semuanya berlalu dengan sempurna..

    ReplyDelete
  5. amboi ad, header, sungguh emosi :)

    ReplyDelete
  6. FAISAL- Emosi kah?hehe..Takdelaa Faisal..melankolik kan..takleh lari tema..haha

    ReplyDelete
  7. lame tak de n3 br...bukukan la crite2 di sni..hati kita..kita yg tau..kita yang rs..bkn org lain...

    thnks, bg nsht kt Xora..=)

    ReplyDelete
  8. Xora link dis n3 kt blog Xora...thnkssss...=)

    ReplyDelete
  9. Kesenangan dan kekecewaan datang silih berganti....

    Kita bertanya menagapa Allah tidak hadiahkan kita nikmat kegembiraan setiap masa???

    dan bertanya lagi mengapa Allah tidak memberikan kita rasa sedih sepanjang masa....

    Maksudnya, setiap yang berlaku bermaksud dan berpunca.....

    ReplyDelete
  10. IXORA-Hmm ada yg ckp camtu bukukan..tapi tak tau camana nak buat..huhu..Kalau ada yg nak terbitkan ok gak..hehe..Tapi elok jer dlm nie..semua org leh bacakan..
    Tq linkkan n3 blog Abg Ad yea..:-)

    ReplyDelete
  11. WANHIDAYAT- Yup betul tu semuanya datang dengan HIKMAH YANG BERSEMBUNYI...Tiada siapa tahu dan tiada siapa dapat menduga kerana semua itu datang dengan HIKMAH..Apa yg kita mampu hanya berdoa untuk kesejahteraan diri dan org2 yg tersayang disekeliling kita..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)