Tuesday 31 May 2011

Yang hitam dan kelam


Assalamualaikum...Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis di dalam alam blog ini..Ujian sakit seminggu yang lepas cukup menguji diri agar terus sabar dan tabah dalam meneruskan kehidupan..Sungguh aku merasakan sakit itu dengan tiadanya selera dan sakit yang amat sampai tidak dapat lena untuk beberapa hari..Mungkin ini ujian dari ALLAH..Mungkin ini juga untuk mengingatkan aku yang mungkin alpa dan dibuai gembira yang panjang...Terima Kasih ALLAH atas ujian itu yang membuatkan aku kembali sedar akan nikmat2 mu..Alhamdulillah setelah seminggu bergelumang dengan sakit itu..Dengan wajah yang pucat dan langkah yang lemah ekoran tidak cukup tidur dan tiada selera makan langsung..ALLAH betul2 menguji aku..Tapi siang malam aku panjatkan doa agar dihilangkan sakit itu..Alhamdulillah ALLAH kabulkan buat masa ini..Syukur dan Terima Kasih ALLAH...Sakit itu mengajar aku banyak perkara..Ada orang merasakan sakit yang sama tapi berlainan dari apa yang aku rasa..Orang lain mungkin merasakan sehari dua.Aku merasakannya seminggu tanpa cukup tidur dan lena..Sampaikan kenalan bertanya kenapa..kenapa..apa terjadi...Aku hanya berkata ini ujian..Mungkin juga untuk menghapuskan dosa-dosa aku yang mungkin ada..Aku berdoa agar diberikan kesihatan yang baik selepas ini.INSYALLAH...


YANG HITAM DAN KELAM


NAMPAK LANGIT KIRI HITAM
NAMPAK KANAN JUGA HITAM

DEPAN SAYUP KELAM

BAWAH KABUR JUGA KELAM


JALAN-JALAN HITAM AKU NAMPAK

JALAN-JALAN KELAM AKU HARUNG

TIADA JALAN LAIN NAMPAK

TIADA ARAH LAIN TERLINDUNG


AKU GAGAHI JUGA

AKU JALANI JUGA

AKU TEROKAI JUGA

AKU TEMPUHI JUGA


WALAU AKU TIDAK NAMPAK

WALAU AKU TIDAK LIHAT

JALAN ITU MAKIN JAUH

JALAN ITU MAKIN SAYUP


DENGAN USAHA YANG ADA

DENGAN DOA YANG DIPANJATKAN

AKU HARAP ADA SINAR

AKU HARAP ADA HARAPAN


DAKIAN YANG TINGGI

CURAM YANG DALAM

GANTUNGAN YANG RAPUH

LICIN YANG GELINCIR


DENGAN KEDERAT

DENGAN NEKAD

TIDAK SUNYI DOA

USAHA DITERUSKAN


SAMPAI SUATU MASA

SAMPAI SUATU KETIKA

HITAM SEMAKIN CERAH

HITAM SEMAKIN HILANG


CAHAYA NAMPAK DI HADAPAN

CAHAYA HARAPAN

CAHAYA KESEDARAN

CAHAYA KEINSAFAN


6 comments:

  1. Semoga abg Ad sembuh dan bebas daripada ujian kesihatan itu. Moga2 ada dosa2 kecil yg trhapus dr ujian lalu.....

    Semoga kita selalu ingat dan mengingati.... :)

    ReplyDelete
  2. hitam bukan kelam..
    hitam itu buta..
    hitam itu noda..

    tapi ada org ckp..
    hitam itu menawan~

    hehehehe =)

    ReplyDelete
  3. aper pun yg jd melangkah lah tnpa henti..kalo rehat berhenti sekejap..then teruskan langkahmu kawan...:)

    ReplyDelete
  4. Wan - Terima kasih..Moga kesihatan yg baik buat kita semua..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  5. SiReben merah...Hitam boleh diumpama dalam pelbagai rentak dan situasi..Situasi yg kita fikir dalam satu masa dan ketika..

    ReplyDelete
  6. WAI - terima kasih..Moga langkah2 ini tidak terhenti disini..dan boleh lagi melangkah dgn panjang..INSYALLAH..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)