Monday 1 August 2011

Ramadhan Ini Aku Nanti ..


Assalamualaikum...Kembali lagi kita ke ramadhan ini..Bulan yg penuh keberkatan dan kerahmatan..ALLAH sediakan satu bulan yang tiada tolok bandingnya dari bulan2 yg lain..Bersyukurlah kita kerana adanya bulan yang cukup istimewa bagi Umat Islam ini..

Pemberian ALLAH ini haruslah kita syukuri dengan tidak mensia-siakan kehadirannya..Kita gunalah peluang yang ALLAH sediakan ini dengan sebaik mungkin..Kita tidak tahu apakah kita masih ada peluang sebegini suatu hari nanti atau ini adalah ramadhan kita yang terakhir..

AYUH ! marilah kita lipat gandakan amal ibadah kita dan menyucikan hati dan diri kita agar apabila sempurnanya bulan ini kita sudah melakukan apa yang sepatutnya kita rebut dan kejar kenikmatan dan keberkatan yang ada pada bulan ini..INSYALLAH..

Moga ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa kita dan menyucikan hati-hati kita seterusnya memberkati hidup kita untuk waktu-waktu usia kita yang dipinjamkan ini..

AD Rifza mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri selama ini..Moga diri kita semua diberkati dan dirahmati..Selamat Datang Ramadhan 1432H ..Aku sememangnya menantimu..Alhamdulillah kau datang lagi dalam hidupku..Syukur padaMU YA ALLAH kerana memberikan kesempatan lagi pada hambaMU ini...


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI

MENELUSURI JALAN-JALAN NODA

MEREDAHI JALAN-JALAN DOSA

SEHINGGA TIADA LAGI SEMBUNYI


SELIMUTI DOSA SUDAH MENYELUBUNG

BUKIT DOSA SUDAH MENGGUNUNG

DARAH DOSA MENGALIR LAJU

HAWA DOSA SEJUK MEMBEKU


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI

MERAGUT SEDAR YANG TIADA KASIHAN

MENCALAR IMAN YANG TIADA HENTI

MENIKAM SYUKUR YANG TIADA EHSAN


YA ALLAH

HINANYA DIRIKU PADAMU

KERDILNYA DIRIKU PADAMU

KAU DENGARLAH RINTIHAN HAMBAMU INI

KAU AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU INI


SESUNGGUHNYA AKU MENZALIMI DIRI

SESUNGGUHNYA AKU MENGKHIANATI JANJI PADAMU

KAU AMPUNILAH HAMBAMU INI

WALAU JAUH SUDAH LANGKAH KAKI INI


8 comments:

  1. salam...

    Selamat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

    Selamat bersahur juga!!

    Salam Ramadhan dari alif..

    ReplyDelete
  2. ayam sambal nasi beriani,
    enak diratah nanas paceri,
    hari raya tidak bererti,
    jika puasa hanya sehari..

    Cendol, katira, laicikang air tebu,
    Murtabak tapai roti jala capati,
    Kehadiran Ramadhan menyentuh kalbu,
    Moga keinsafan bertandang di hati.

    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Ucapan Selamat Berpuasa & berbuka

    ReplyDelete
  3. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KENIKMATAN DAN KETAQWAAN

    =_=

    ReplyDelete
  4. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KENIKMATAN DAN KETAQWAAN

    =_=

    ReplyDelete
  5. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip periksa kerosakan san servis radiator

    الله الله الله الله
    الله الله لا اله الا الله

    Bulan kemuliaan bulan kerahmatan
    Bulan keampunan bulan Ramadhan

    Mari beribadah agar bahagia
    Kebahagiaan dan kenikmatan
    Untuk mengharap keampunan
    Rukuk dan sujudlah kepada Tuhan

    Beristighfar dan bertasbih
    Bertahlillah dan bertakbir
    Tuhan mengampun segala dosa
    Selamatkan daripada seksa

    Berzakatlah dan bersedekah
    Bersatu padu bermuafakat
    Bertaubatlah kepada Tuhan
    Bermohonlah pada yang Esa

    ReplyDelete
  6. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat servis kereta
    Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

    Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
    Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

    Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunan
    Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran

    Mari kita menyambut dengan hati gembira
    Mari kita menyambut dengan hati bahagia

    Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
    Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

    Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah
    Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah

    Perbanyaklah ibadah, jangan lupa dedekah
    Perbanyaklah tadarus, jangan lupa shalawat

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)