Monday 27 February 2012

RASA yang terarah


Aku berlari melihat alam
Aku berlari melihat diri
Aku gagah kaki mencari
Aku gagah tangan merangkuli

Kiri aku tempuh
Kanan aku rempuh
Depan aku tebar
Belakang aku sandar

Garisan lurus aku nampak
Garisan bengkok aku jelas
Jalan mudah dalam garis
Jalan susah dalam kerak

Bisik halus mendodoi
Alunan zikir menepis
Rapat hati dalam baris
Jauh hati dalam badai

Sumpah diri dalam nangis
Ketawa diri dalam khayal
Gelincir hati dalam garis
Sedar hati kian menebal

Salah selalu berulang
Khilaf selalu ada turutan
Maaf sering diulang
Taubat kerana sesalan

Moga sedar jadi panduan
Agar rasa sering terarah
Meneroka setiap jalan
Menyusur setiap arah

RASA Ad riFza ; 10.00 PM 27 Feb 2012

p/s: Mungkin pembaca sukar memahami apa yang tersurat dalam puisi melankolik ini namun anda bebas memahami dan menafsir RASA yang ada...Melankolik Hati Justifikasi Rasa anda...

2 comments:

  1. Kannn!. Awal2 dah letak disclaimer ni!. Tapi ok lah Bang Ad - sy rasa sesiapa yang sedang mencari hidayah tuh boleh lah menghayati puisi abg Ad ni.....

    ReplyDelete
  2. Wan - Wan faham lee tu maknanya..Ada yg kata mereka tdak faham kdg2 puisi yg dihasilkan..tapi yg berjiwa melankolik pasti boleh memahami..hehe..kdg2 dgn memahami dgn hati yg paling dalam..:-)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)