Thursday 27 September 2012

Persoalan



Persoalan demi persoalan datang
Yang kadang-kadang buat aku geram
Yang kadang-kadang buat aku tidak keruan
Yang kadang-kadang buat aku tidak tertahan
Persoalan sering bertandang
Apabila masa itu masih belum datang
Apabila masa itu belum bertandang
Apabila masa itu masih belum berjalan
Aku sudah tiada jawapan
Untuk setiap persoalan
Untuk setiap pertanyaan
Untuk setiap agakan
YA ALLAH
Hanya engkau maha mengetahui
Hanya engkau maha melihat
Aku ini masih tiada jawapan
Aku ini masih tiada kemampuan
Mata yang melihat hanya tahu bertanya
Mata yang melihat hanya tahu personal
Mata yang melihat hanya tahu mengagak
Mata yang melihat hanya tahu meneka
Aku tahu hati ku
Aku tahu hasrat ku
Aku tahu citaku
Aku tahu hajatku
Aku tidak perlu beritahu semua orang
Aku tidak perlu riuh setiap ceruk
Aku tidak perlu zahir setiap langkah
Aku tidak perlu hampar setiap jalan
Aku serahkan semuanya pada ALLAH
Jalan hidupku hanya untukNYA
Corak hidupku juga untukNYA
Seluruh jiwa dan ragaku untukNYA
Yang maha mengetahui segalanya
Yang maha melihat semuanya
Aku hanya mampu berdoa
Agar pengakhiran itu adalah yang terbaik untukku.

AD RiFza
9.10 malam
27 September 2012

Friday 21 September 2012

Sampai bila?



Sampai bila?

Aku masih disini
Masih di desa ini
Sedangkan orang lain sudah pergi
Mencari dan meneroka hasrat hati

Aku masih ditakuk ini
Masih seperti dulu
Menunggu yang belum pasti
Demi mencapai redha illahi

Tanggungjawabku berat
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang peduli
Tiada siapa yang lihat

Aku tidak sanggup lepaskan tanggungjawab ini
Kerana aku tahu tiada siapa yang mampu
Seperti apa yang aku mampu korbankan selama ini
Kerana ini adalah pengorbananku

Mungkinkah ada sinar suatu hari
Mungkinkah ada cahaya dihujung jalan
Yang membuatkan hasrat hati boleh mencari
Untuk mengisi segala resah dan kehendak diri selama ini

Tapi sampai bilakah ?
Sampai bila?

Aku tidak ketahui
Kerana ini jalan ALLAH
Aku lalui apa yang aku terdaya
Kerana hajat hati hanya mencari redhaNYA jua

~AD RiFza~
4.30 Pagi
21 September 2012

Saturday 15 September 2012

PADA SATU SISI




Pada satu sisi kita ada kekurangan
Pada sisi yang lain kita diberikan kelebihan
Tidak semua yang kita mahu kita akan dapat
Tidak semua yang kita tidak mahu kita akan tolak

Kadang-kadang apa yang berlaku itu ada hikmahnya
DIA datangkan kepada kita apa yang kita tidak nampak
DIA menguji hati kita setakat mana redha kita pada takdirNYA
DIA telah memberikan yang terbaik untuk kita

Kita kadang-kadang menolak mentah-mentah apa yang hadir
Kita kadang-kadang mencemuh apa yang nampak
Kita masih mengharap apa yang tiada
Kita masih menagih apa yang hilang

Walau sejauh mana hati kita
Walau sedekat mana hati kita
Kita tidak pernah beri ruang pada yang ada
Kita tidak pernah beri harapan pada yang setia

Bila suatu masa kita tidak punya apa-apa
Bila suatu masa kita hilang semuanya
Barulah kita sedar  yang hadir itu ada nilainya
Barulah kita nampak apa yang betul-betul kita hilang

Jika semua itu berlaku lagi
Jika semua tu terjadi lagi
Kita tidak akan lepaskan lagi peluang itu
Kita akan pegang ia kerana ianya takdir diri yang direstu