Saturday, 17 September 2011

Kasih Yang Hilang



Assalamualaikum ...sudah 47 hari blog ini kosong tanpa entri baru..ntahlah masa itu dirasakan cepat sangat berlalu tanpa sedar kita tidak dapat berbuat apa-apa begitu juga dalam mengemaskini blog..tidak seperti mula2 mengenal blog beberapa tahun lepas ada saja yg ingin dikemaskinikan..biasalah masa dan keadaan bisa merubah semuanya..kdg2 bukan kehendak hati begitu..tapi hari ini blog melankolik ini dikemaskini lagi untuk pembaca setia ..terima kasih diucapkan kerana sudi membaca nukilan2 melankolik ikhlas dari pemilik blog..Pagi ini pemilik blog menghasilkan lagi nukilan untuk pembaca..Ikhlas dari hati untuk pembaca blog melankolik..


KASIH YANG HILANG

MUDAHNYA KAU MAINKAN SENGKETA
MUDAHNYA KAU MENGUSIK RASA
MUDAHNYA KAU MENYEKSA JIWA
MUDAHNYA KAU TERJAHI PEDIH LUKA

SUNGGUH AKU TIDAK PERCAYA
SUNGGUH AKU TIDAK MENDUGA
KAU SANGGUP BERBUAT APA SAJA
UNTUK MENYEKSA JIWA YANG SETIA

LEMAH AKU RASA NADIKU
LELAH AKU RASA NAFASKU
BILA AKU MENDAPAT TAHU
TIADA KASIH LAGI PADAKU

SETIAKU KORBANKAN SEGALANYA
SEDIAKU BANTU SEMUANYA
WALAU AKU DIPANDANG HINA
WALAU AKU DILIHAT SEBELAH MATA

APA DAYAKU
APA KUASAKU
UNTUK MEMAKSA RASA YANG ADA
UNTUK MEMUJUK JIWA YANG LUPA

ANDAI INI TAKDIRNYA DIRI
ANDAI INI KEHENDAK HATIMU
BIARLAH AKU MENGUNDUR DIRI
AGAR KAU BAHAGIA DENGAN PILIHANMU

BIARLAH AKU PERGI
PERGI MEMBAWA DIRI
MEMADAMKAN SEMUA MEMORI
MENGHAPUSKAN SEMUA RASA DIRI

AD Rifza
1 PAGI
17 September 2011


Monday, 1 August 2011

Ramadhan Ini Aku Nanti ..


Assalamualaikum...Kembali lagi kita ke ramadhan ini..Bulan yg penuh keberkatan dan kerahmatan..ALLAH sediakan satu bulan yang tiada tolok bandingnya dari bulan2 yg lain..Bersyukurlah kita kerana adanya bulan yang cukup istimewa bagi Umat Islam ini..

Pemberian ALLAH ini haruslah kita syukuri dengan tidak mensia-siakan kehadirannya..Kita gunalah peluang yang ALLAH sediakan ini dengan sebaik mungkin..Kita tidak tahu apakah kita masih ada peluang sebegini suatu hari nanti atau ini adalah ramadhan kita yang terakhir..

AYUH ! marilah kita lipat gandakan amal ibadah kita dan menyucikan hati dan diri kita agar apabila sempurnanya bulan ini kita sudah melakukan apa yang sepatutnya kita rebut dan kejar kenikmatan dan keberkatan yang ada pada bulan ini..INSYALLAH..

Moga ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa kita dan menyucikan hati-hati kita seterusnya memberkati hidup kita untuk waktu-waktu usia kita yang dipinjamkan ini..

AD Rifza mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri selama ini..Moga diri kita semua diberkati dan dirahmati..Selamat Datang Ramadhan 1432H ..Aku sememangnya menantimu..Alhamdulillah kau datang lagi dalam hidupku..Syukur padaMU YA ALLAH kerana memberikan kesempatan lagi pada hambaMU ini...


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI

MENELUSURI JALAN-JALAN NODA

MEREDAHI JALAN-JALAN DOSA

SEHINGGA TIADA LAGI SEMBUNYI


SELIMUTI DOSA SUDAH MENYELUBUNG

BUKIT DOSA SUDAH MENGGUNUNG

DARAH DOSA MENGALIR LAJU

HAWA DOSA SEJUK MEMBEKU


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI

MERAGUT SEDAR YANG TIADA KASIHAN

MENCALAR IMAN YANG TIADA HENTI

MENIKAM SYUKUR YANG TIADA EHSAN


YA ALLAH

HINANYA DIRIKU PADAMU

KERDILNYA DIRIKU PADAMU

KAU DENGARLAH RINTIHAN HAMBAMU INI

KAU AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU INI


SESUNGGUHNYA AKU MENZALIMI DIRI

SESUNGGUHNYA AKU MENGKHIANATI JANJI PADAMU

KAU AMPUNILAH HAMBAMU INI

WALAU JAUH SUDAH LANGKAH KAKI INI


Wednesday, 27 July 2011

Kesukaran Perjalanan Ini



JALAN INI SEMAKIN JAUH

JALAN INI SEMAKIN BERLIKU

YANG DULU AKU RASA DEKAT

YANG DULU AKU RASA LURUS


LANGKAH TERASA MAKIN LEMAH
DAYA TERASA MAKIN HILANG

DIGAGAHI JUGA WALAU LELAH

DITEMPUHI JUGA WALAU BANYAK MENGHALANG

DIRI TERASA TERBIAR SEPI
TIADA YANG INGIN MEMBANTU BERJALAN
AKU TEKAD BERUSAHA SENDIRI
AGAR AKU TIADA SESALAN

USAHA AKU PERLU LEBIH
USAHA INI PERLU IKHLAS

AGAR AKU TIDAK LAGI LETIH

AGAR AKU TIDAK LAGI KALAH

PAHIT GETIR HIDUP BEGINI
HANYA ALLAH YANG TAHU

SESUKAR MANA PERJALANAN INI

JUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU


BANYAK MASA AKU KORBANKAN
BANYAK PELUANG AKU SIA-SIAKAN
DEMI SATU CITA-CITA
DEMI SATU TANGGJUNGJAWAB

WALAU IANYA SUKAR
WALAU IANYA PAYAH

AKU AKAN TERUS BERUSAHA

AKU AKAN TERUS BERDOA


AKU MOHON SUATU HARI
AKU MINTA SUATU WAKTU

AGAR KESUKARAN INI PERGI

AGAR KEPAYAHAN INI BERLALU


Nukilan Melankolik : Ad Rifza 2 Pagi 27 Julai 2011

Sunday, 3 July 2011

Cerita Tiada Kesudahan


DENYUT NADI INI LEMAH
BILA FIKIR TIADA KESUDAHAN CERITA
BAGAI SAMBUNGAN EPISOD-EPISOD DUKA
TIADA BAHAGIA DALAM PLOT-PLOT CERITA

KEHIDUPAN MASIH DITERUSKAN
WALAU ONAK DURI SERING MENGHALANG
LUKA PEDIH SENTIASA MEMAKAN
APA YANG TINGGAL HANYA KENANGAN

BAIT-BAIT AYAT TIADA CERIA
WALAU DALAMNYA SENYUM MESRA
TEMPELAN LINDUNG RASA YANG ADA
AGAR TIADA YANG RAMAI BERTANYA

MASIH DALAM TAKUK YANG LAMA
WALAU CITA-CITA MENGGUNUNG ADA
TAPI LANGKAH SEOLAH-OLAH KUNCINYA TIADA
UNTUK MENTERJEMAH RASA YANG ADA

WALAU AKU TIDAK LAGI LIHAT CAHAYA BULAN
WALAU AKU TIDAK MERASA LAGI PANAS MENTARI
LEMAH LANGKAH INI AKU TERUSKAN
AGAR AKU DAPAT MEMUJUK HATI

MOGA ALLAH BUKAKAN JALAN
MOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN
AGAR AKU BISA TERUS BERJALAN
UNTUK MENERUSKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.

Friday, 10 June 2011

KITAB CINTA


Setelah TV Al Hijrah bleh tgok kat Astro ..start plak cite Kitab Cinta..Macam best jer cite ni adaptasi dari Novel Taufiq Rahman..Jom nonton..hehe


SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

Tuesday, 31 May 2011

Yang hitam dan kelam


Assalamualaikum...Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis di dalam alam blog ini..Ujian sakit seminggu yang lepas cukup menguji diri agar terus sabar dan tabah dalam meneruskan kehidupan..Sungguh aku merasakan sakit itu dengan tiadanya selera dan sakit yang amat sampai tidak dapat lena untuk beberapa hari..Mungkin ini ujian dari ALLAH..Mungkin ini juga untuk mengingatkan aku yang mungkin alpa dan dibuai gembira yang panjang...Terima Kasih ALLAH atas ujian itu yang membuatkan aku kembali sedar akan nikmat2 mu..Alhamdulillah setelah seminggu bergelumang dengan sakit itu..Dengan wajah yang pucat dan langkah yang lemah ekoran tidak cukup tidur dan tiada selera makan langsung..ALLAH betul2 menguji aku..Tapi siang malam aku panjatkan doa agar dihilangkan sakit itu..Alhamdulillah ALLAH kabulkan buat masa ini..Syukur dan Terima Kasih ALLAH...Sakit itu mengajar aku banyak perkara..Ada orang merasakan sakit yang sama tapi berlainan dari apa yang aku rasa..Orang lain mungkin merasakan sehari dua.Aku merasakannya seminggu tanpa cukup tidur dan lena..Sampaikan kenalan bertanya kenapa..kenapa..apa terjadi...Aku hanya berkata ini ujian..Mungkin juga untuk menghapuskan dosa-dosa aku yang mungkin ada..Aku berdoa agar diberikan kesihatan yang baik selepas ini.INSYALLAH...


YANG HITAM DAN KELAM


NAMPAK LANGIT KIRI HITAM
NAMPAK KANAN JUGA HITAM

DEPAN SAYUP KELAM

BAWAH KABUR JUGA KELAM


JALAN-JALAN HITAM AKU NAMPAK

JALAN-JALAN KELAM AKU HARUNG

TIADA JALAN LAIN NAMPAK

TIADA ARAH LAIN TERLINDUNG


AKU GAGAHI JUGA

AKU JALANI JUGA

AKU TEROKAI JUGA

AKU TEMPUHI JUGA


WALAU AKU TIDAK NAMPAK

WALAU AKU TIDAK LIHAT

JALAN ITU MAKIN JAUH

JALAN ITU MAKIN SAYUP


DENGAN USAHA YANG ADA

DENGAN DOA YANG DIPANJATKAN

AKU HARAP ADA SINAR

AKU HARAP ADA HARAPAN


DAKIAN YANG TINGGI

CURAM YANG DALAM

GANTUNGAN YANG RAPUH

LICIN YANG GELINCIR


DENGAN KEDERAT

DENGAN NEKAD

TIDAK SUNYI DOA

USAHA DITERUSKAN


SAMPAI SUATU MASA

SAMPAI SUATU KETIKA

HITAM SEMAKIN CERAH

HITAM SEMAKIN HILANG


CAHAYA NAMPAK DI HADAPAN

CAHAYA HARAPAN

CAHAYA KESEDARAN

CAHAYA KEINSAFAN


Sunday, 8 May 2011

Mencari redha dan berkat MU.

Aku kadang-kadang lalai
Aku kadang-kadang lupa

Aku kadang-kadang cuai

Aku kadang-kadang lena


Langkah kaki kadang-kadang tersasar
Gerak diri kadang-kadang tercemar

Arus deras menjadi tidak lancar

Luncur laju tiba-tiba terdampar


Aku lupa janjiku
Aku lalai langkahku

Aku cuai niatku

Aku lena hajatku


Aku sesal apa yang berlaku
Aku gusar apa yang terjadi

Aku menangis sendu akan khilafku

Aku meraung sesal akan salahku


Bila mampu aku kembali
Bila mampu aku hajati

Bila mampu aku selami

Bila mampu aku telusuri


Janji-janjiku
Hajat-hajatku
Cita-citaku
Niat-niatku

Aku malu atas segala
Aku kecewa atas semua

KAU ampunilah aku

KAU kasihanilah aku


Aku hanya mencari redhaMU
Aku hanya mahu berkatMU


Oleh : Ad RiFza

Sunday, 24 April 2011

Zahiril Adzim ,Ashraf Muslim,Zed Zaidi n Tomok

Zahiril Adzim nak tunang dah..Ashraf Muslim dah tunang dgn bakal doktor..Zed Zaidi nak kawin dah ujung bulan ni...Tomok pun nak kawin gak...Ramainya artis nak tunang and kawin..AD bila lagi?..haha...AD takpe arrr AD bukan artis pun.....Entri saja-saja bosan..huhu...

Sape ada couple tu cepat2laa tunang n kawin yer..Perkara baik tak elok tangguh2...haha..Kalo dah cukup segalanya kawin jer laa tak yah duk usung situ-sini..Banyak tak baik dari baik...dan ianya satu cara halal untuk elakkan maksiat..Oppss terlebih sudah...hehe..

Saturday, 23 April 2011

SAKIT INI

SAKIT INI


Terasa peritnya diri

Terasa seksanya diri

Menanggung sakit

Menanggung rasa

Diri rasa dimakan

Diri rasa diratah

Pedih ku rasa

Pedih ku tahan

Jalanku lemah

Langkahku longlai

Bicaraku resah

Suaraku perlahan

Sakitnya ku rasa

Pedihnya ku tanggung

Ini akibat dosa

Dosa yang menggunung

Salahku dalam mengira

Salahku dalam menilai

Diri dibiar seksa

Diri dibiar relai

Andai ini masanya

Andai ini waktunya

Aku sudah bersedia

Aku sudah terima

Ya ALLAH,

Maafkan aku

Ampunkan aku

Aku lalai janjiku

Aku langgar larangMU


P/S: Lama tak melankolik kita melankolik plak malam ni..hehe

Thursday, 14 April 2011

Baju Koperat atau Baju Keparat


Huhu..nak membebellah ni sket baru puas hatikan..kalo simpan2 mana puas..at least keluarkan rasa yang ada...Ni hal baju koperat (koperat kununn..) AD baru ambik tadi kat opis KB..Baju ni diwajibkan kali ini tahun lepas tak wajib..tahun ni wajib kunun nak seragamlah katanya...Ambik2 bila tengok terus rasa kuciwa bila tengok baju..colournya ok laa seperti yg digariskan oleh HQ PUTRAJAYA.. Tapi nama jabatan tu takleh baca langsung..apokobondo buat baju camni? ..memalukan jabatan sungguhla..dengan sapalaa buat..Kalo nak buat pilihlah tukang jahit yg dah established, nih tah mana2 tukang jahit tatau ..Ada plak tu pilih saiz besar yang dapatnya saiz kecik mcm budak skolah..rasanya budak skolah takleh pakai sebab kecik..aduyaii...Katanya dalam seminggu nak repair..bolehke seminggu sblom ni berbulan baru siap..aduyaii...kuciwa sungguh..dahlaa baju tu bukan free kena bayar oii...huhu..bukan murah beb mahaii..alih2 dapat hasil macam tu sapa tak kuciwa kan?...huhu..Tapi apo nak buek kalo ini ditentukan oleh pihak HQ..Kita terima jerlah walaupun rasa malu nak pakai..Kalo baju kita beli kat kedai dengan harga camtu sah2 branded lagi...adehhlaa...sungguh tak puashati...sorry membebel just utk puashati next time harap2 diorg pilihlaa tukang jahit yang betul..kita tak kesah bayar lebih asalkan hasilnya tip top...huh..hampeh sungguh..ni first time rasanya membebel dalam blog...haha..nak buek camno dah takleh tahan nak membebel..huhu..

P/S : Marah neh mcm pic kat atas..grrrr...

Sunday, 10 April 2011

Tangis Cinta

Dalam dinginnya hujan di malam ini AD dapat sms dari opismate perempuan yang menangis seharian kerana ditinggalkan oleh kekasih hatinya yang sudah berubah laku sejak mendapat jawatan dalam kerajaan..Jawatan bukan tinggi mana pun just sebagai cikgu tapi apa yang dijanji dan dikatakan sebelum ini hanyalah mainan kata-kata yang membuatkan opismate tadi menangis dan terus menangis..Bila menangis malam2 sms tanya pendapat atau pandangan ..AD layan jerlah supaya sejuk sikit hatinya yang keliru dan celaru..AD faham apa yang dia rasai..Mungkin juga ada pembaca yang memahami..Duk fikir-fikir lepas tu buka blog dan terhasillah puisi ini.Direka khas untuk opismate tu..Tapi dia bukan blogger..huhu..

Dalam dakap siang dan malam
Aku managih cintamu
Aku merindui dirimu
Aku tangisi cintamu

Dalam dingin siang dan malam
Aku terus mengharap kasihmu
Aku terus bergantung padamu
Aku terus menggenggam cintamu

Aku tidak bisa lupa
Aku tidak bisa engkar
Akan kata-kata manismu
Akan janji-janji manismu

Dulu kau tatangi aku
Dulu kau dakapi aku
Tapi sekarang kau lepasi aku
Tapi sekarang kau tolak aku

Mana janjimu dulu?
Mana kasihmu dulu?
Mana caknamu dulu?
Mana prihatinmu dulu?

Aku menagih kasihmu
Siang malam aku menagih
Aku meronta-ronta inginimu
Kenapa engkau lupai aku?

Tidak pernah aku herdik padamu
Walau kau caci maki diriku
Tidak pernah aku meninggi suaraku
Sedangkan aku ditengking dan dihina

Aku setia pada janjimu
Kerana itu janjiku padamu
Aku pegang kata-katamu
Kerana aku pegang kata-kataku

Kenapa sanggup kau lepasi aku
Kenapa sanggup kau tinggalkan aku
Kenapa sanggup kau hina diriku
Kenapa sanggup kau caci makiku

Apa salahnya diriku
Apa dosanya aku padamu
Sediktpun aku tidak melakukan salah padamu
Sedikitpun aku tidak pernah dosai cintaku

Aku menangis kerana cintaku
Aku merindu kerana cintaku
Tangis cintaku hanya untukmu
Rindu cintaku hanya padamu

Mungkin..

Aku sudah perlu berhenti berharap
Aku sudah perlu noktahkan cinta
Aku tidak perlu lagi merindu
Aku tidak perlu lagi menangis

Walaupun aku tahu
Walaupun aku sedar
Lamanya masa aku bazirkan airmata
Kerana tangis cintaku..


By : AD Rifza

Wednesday, 6 April 2011

Mati jatuh bangunan SPRM

Apa nak jadi tatau dah 2 kali jatuh bangunan SPRM..Takde jeriji besike opis SPRM tuh..Kalo takde pasanglaa jeriji besi ..Tapi pastikan jeriji tersebut dipasang kekal ya jangan yang boleh dibuka-buka punya..Kalo yang boleh buka ada lagi yang terjatuh nanti ya...Alaaa bukan mahal pun jeriji besi tu..Peruntukan tahunan juta-juta boleh jer pasang jeriji besi tu..Kalo tak pasang ada yang jatuh lagi nanti..SPRM kena segera lah pasang ya..Sian kat orang yang disiasat terjun atau terterjun nanti..Adehlaa apo nak jadi sekarang tatau..Kadang-kadang dah meluat baca berita camni yang tidak seharusnya terjadi berulang kali..

Tuesday, 5 April 2011

Memilih



Sampai suatu masa kita pasti jua memilih ...dalam suatu masa itu kita juga keliru adakah yang kita pilih itu adalah yang terbaik buat diri kerana ada juga anasir-anasir yang membuat kita rasa tersalah pilih..Anasir-anasir itu selalu sahaja membisikkan jika kau begitu begini..Adakah pilihan itu tepat..Apa akan terjadi kemudian jika kau pilih begitu dan begini.Aku kadang-kadang keliru walau pada mata kasarnya aku telah membuat pilihan.Adakah aku harus serahkan semuanya pada takdir agar pilihan itu berlaku atau tidak.
Aku keliru..

Sunday, 3 April 2011

Bloggers hilang ?

Ramai bloggers dah tak aktif berblog?..Dalam list bloggers blog AD ni dulu2 selalu aktif dgn entry baru skrg seolah2 hilang entah ke mana..maybe diorg dah tak berblog atau kdg2 berblog atau bz dgn tugas2 lain esp facebook..huhu..ke mana laa hilang semuanya?..hmm..Yang masih setia berblog berapa kerat jer..Yg wujud skrg ramai blogger-blogger baru ..