Saturday 19 January 2008

CITA-CITA











Malam ini AD mendapat "Offline Msg " dalam Yahoo Messenger AD dari seorang sahabat yang jauh di seberang laut..Kata-kata khalifah yang membuatkan AD berfikir tentang sesuatu..Sesuatu yang bertepatan dan selari dengan apa yang AD fikirkan ketika dan saat ini...




"
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan" - UMAR AL-KHATTAB



Setiap manusia mempunyai cita-cita tidak kiralah ianya kecil atau besarnya cita-cita mereka..Apa yang penting mereka ada suatu hajat atau kemahuan yang mereka ingin laksanakan dalam hidup ini.Setiap kemahuan atau cita-cita itu perlukan kesungguhan untuk dicapai.

Ringkas sahaja rumusan "entry" AD kali ini ialah besarkan cita-cita kita di dalam apa jua yang kita ingin lakukan sekiranya kita ingin maju ke depan..Maju setaraf manusia lain atau sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk merealisasikan cita-cita itu..Mungkin kita gagal tetapi kita akan rasa sudah puashati kerana kita telah mencuba untuk mengejar cita-cita itu...

4 comments:

  1. Salam. Teruskan impian dan cita-cita AD. Jangan bimbang, berdoa pada Allah

    ReplyDelete
  2. God gives us dreams a size too big so that we can grow in them.

    ReplyDelete
  3. Cita-cita + usaha..

    Orang yang berjaya punya lebih dari satu cita-cita, kerana setiap kekalahan tak diratapi, tapi akan terus berusaha ke cita yang lain..

    ReplyDelete
  4. yes, think big! insyaallah....

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)