Wednesday 9 January 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429H

HIJRAH3

hijra1


Doa Akhir tahun :

Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah.

Segala puji bagi ALLAH , Tuhan yang memelihara dan
mentadbirsekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda dan para
sahabatnya.
Ya ALLAH ,
Sesungguhnya pada tahun ini aku telah
melakukanlaranganMu tetapi aku masih belum bertaubat,
sedangkan ENGKAU tidak redha dan tidak melupai pekara
itu.Engkau telah menangguhkan azabMU yangtelah ditetapkan
kepadaku.Engkau telah memerintahkan supaya aku
bertaubatdaripada kesalahan itu.Sesungguhnya pada hari ini
aku memohon keampunandari ENGKAU, ampunilah aku dan apa
yang telah aku lakukan pada tahun ini yang ENGKAU tidak
redhai dan ENGKAU janjikan pahala maka aku memohon
daripadaMU.

Ya ALLAH , Ya Zal Jalali Wal Iqram,
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
saw dan keatas keluarga serta para sahabatnya.Segala puji
hanya bagiALLAH yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.


Doa Awal Tahun:

Ya ALLAH
Dengan berkat NabiMU
Luruskanlah hatiku
Agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku
Agar aku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku
Agar aku tidak tergugat dengan ujian yang menimpa.

Ya ALLAH
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmummahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan..........
Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamaMU
Supaya aku rasa
Ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu
Melanggar perintah dan sentiasa siap siaga
Menunaikan perintahMU


Ya ALLAH
Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat
Dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan.........
Limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyulUh kehidupanku
Supaya lahir batinku menjadi taat

Tuhan........
Aku harap ENGKAU kabulkanlah doaku ini....

3 comments:

  1. Salam maal Hijrah 1429.Semoga dilorongi Illahi jalan lurus kudus di hiasi iman yang hijau segar mekar.Sesegar embun pagi,seharum kasturi di kurniai Illahi rahmatberkat yang tidak terperi.Ad.dengan izin mohon dikirimi alamat sdra melalui email saya: rio_alang_sedayu@yahoo.com.my.Ada ole ole tandamata apreasiasi diatas kesudian sdra berkongsi ilmu dgn tamu mu di laman mu.Sekira nya alamat rumah agak confidential sila titipkan alamat tempat bertugas.Kesudian sdra amat dihargai.Salam mesra.

    ReplyDelete
  2. gOoD iNfo..
    tHanKs a Lot..
    baNyak mEmBanTu..

    ReplyDelete
  3. Salam maal hiijrah ya kawan..
    Moga hari depan lagi bergaya dari semalam.. amin!

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)