Friday 16 May 2008

PILIHAN

Di dalam hidup ini kadang-kadang kita sukar untuk membuat pilihan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan masa depan kita tidak kiralah ianya berkaitan dengan kerjaya atau perkahwinan.Kadang-kadang ianya amat sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata tapi kita perlu membuat pilihan untuk meneruskan kehidupan.Jika kita berdiam diri tanpa pilihan kita tidak akan mempelajari sesuatu..Orang lain takkan memahami apa yang kita rasa walaupun kita telah menjelaskannya sebab mereka itu orang lain bukan diri kita yang merasakan.Kadang-kadang kita keliru dan buntu untuk membuat pilihan tapi kita terpaksa memilih juga untuk kesinambungan perjalanan hidup yang sementara ini.Harapan kita agar apa yang kita pilih menjanjikan sesuatu yang bahagia atau mengembirakan kita..Tapi kita tidak pasti dengan takdirnya tapi kita harus bertawakkal kerana qada dan qadar Allah itu sudah jelas kita harus tempuhi..Hanya doa kita dapat panjatkan agar pilihan kita itu tepat dan diberkati..Insyallah...Sebelum Ad akhiri"entry" kali ini ,mari kita hayati lirik lagu Warkah dari Bau ini...


WARKAH ...


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

8 comments:

  1. Ya, setuju. Kehidupan adalah tentang pilihan. Kita yang menentukan pilihan arah kehidupan kita. Kita yang membentuk kehidupan kita ke arah apa yang kita mahukan. Kehidupan hanya sekali dan ianya amat pendek sekali. Hargai dan gunalah ia denngan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. sekali melangkah... biarlah melangkah... jadikan pengalaman lalu sebagai kekuatan untuk terus berjaya... belajarlah dari pengalaman itu walaupun ia sedikit dan menyakitkan... tabah dan hadapi lah tanpa putus asa... setiap ketentuan itu ada hikmah di sebaliknya dan itulah takdir yang ditentukan olehNya kepada hambaNya untuk menguji dan melihat sejauh mana keimanan kita dan rasa syukur kepadanyaNya... Selamat berkerja di tempat baru... semoga hari ini lebih baik dari hari esok... Amin...

    ReplyDelete
  3. Putra745 - Insyallah..Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Hidup=pilihan..setuju sgt.. tp kdg2kita buat pilhan yg salah... pilihan yg akhirnya memudaratkn diri kita...wlupun yg sebenarnya, x ada istilah pilihan yg salah dlm erti kata kehidupan..kerana apa jua pilihan kita n akibatnya... itulah dinamakan renceh kehidupan, semuanya terpulang kpd diri kita bagaimn utk menerima n mengubahnya kerana "Hidup mesti diteruskan..."

    ReplyDelete
  5. setiap pilihan yang kita buat ada kebaikan dan keburukan. ianya bergantung kepada kita dalam menangani semua dugaan dan cabaran yang mendatang. bukan senang insan biasa seperti kita untuk melakukan keputusan yang betol2 boleh mengembirakan kita. Redha dengan setiap ujian yang bakal kita hadapi kelak. Gud Luck

    ReplyDelete
  6. Muin - Harap kita agar pilihan ini yang baik..walaupun mungkin bukan terbaik..Redha..pasrah..

    Raz - Terima kasih izie..

    ReplyDelete
  7. anda di Tag..
    jaNgan luPa jaWab..
    hehehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)