Sunday 11 May 2008

SELAMAT HARI IBU

Hmmm hari ini ialah hari ibu ..so semua yang ada ibu seharusnya menjadikan hari ini sebagai suatu hari untuk membuat perghargaan kepada ibu mereka...Iyalah memang kita hargai setiap masa ibu kita tetapi hari ini dijadikan hari khas sebagai hari ibu... Suatu hari untuk memperingati kembali jasa-jasa ibu ..

Ad pun tidak terkecuali untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu Ad...Semoga dia sentiasa diberkati dan dirahmati Allah diatas segala jasa dia selama ini didalam mendidik dan memberikan pengajaran kepada anak-anaknya...

Ad panggil ibu Ad ..Ma..

Ma..Ad betul2 sayangkan Ma...Sepanjang hidup Ad ..Ad berkorban segala-galanya untuk Ma..walaupun Ma tidak tahu isi hati Ad..Tapi setulus kasih seluas langit dan lautan yang terbentang Ad bekorban segala-galanya untuk Ma.. Walaupun kadang-kadang timbul persoalan antara kita tapi percayalah suatu hari nanti Ma akan mendapat jawapannya...Insyallah..Ad harap Ma bersabar...(apakah jawapannya itu??...hehehe...hanya kami yang tahu)..


So selepas Ad balik keje tadi Ad singgah di Kedai Kek Muhibbah bersebelahan dengan KB Mall untuk membeli sebiji kek sempena hari ibu...ramai gak orang beli kek rupanya...sesak nak pilih kek pun payah..alih2 belilaa chocolate toffle kek ..mende tah namanya tadi lupo den...hehe..
Ok laa kan..share ngan adik .. Balik umah Ma belah kek..Tapi tanpa disangka2 Ad tengok matanya berair..tak tau kenapa..maybe terharu even sebiji kek jekk.. Tapi Ad hadiahkan kasih sayang Ad untuk Ma sepenuh hati dan jiwa Ad ni..Walaupun Ad tidak pernah menyebutkannya..Ad tahu Ma tahu isi hati Ad...

Terima kasih Ma kerana mendidik Ad sampai sekarang..Jasa Ibu tidak ternilai ...Semoga Allah membalasnya suatu masa nanti..Insyallah..Mereka telah mendidik kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang...Dari kandungan sampai lah kita dewasa malah telah bekeluarga tapi kesinambungan kasih ibu itu tidak pernah putus dan senggang walau seinci..Mereka menggunakan segala kudrat dan tenaga mereka untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna..Mereka hanya mahu melihat kebaikan dari kita..Mereka tidak mahu melihat atau mendengar kejahatan sedikit pun dari kita..Mereka ingin menjadikan kita yang terbaik antara yang terbaik...Sungguh mulia hati ibu terhadap anaknya...So kita jadilah apa yang Ibu kita kehendaki ..Ikutilah segala nasihat mereka..Walaupun kadang-kadang kita tidak dapat mengikut semuanya tapi beransur-ansurlah dalam tindakan supaya hatinya tidak terguris....Insyallah mereka akan memahami apa yang kita inginkan dan hajati suatu hari nanti...
Sempena hari ibu kita hayati lirik lagu ni lah yea...semoga semuanya memahami jasa ibu ..Insyallah...


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu



8 comments:

  1. Saya belum mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu lagi. Tapi nak ucap beserta sejambak bunga.

    Hari Ibu kali ni rasa nak imbas kembali masa mula-muula sambut Hari Ibu. Bunga pertama dibeli untuk ibu ialah pada umur 13 tahun.

    Nanti nak hadiahkan ibu bunga dan sekeping nota "Masih ingat lagi bunga pertama yang diberikan untuk Umi masa abang umur 13 tahun? Sayang ibu!"

    ReplyDelete
  2. Faisal - Alhamdulillah..Ada sesuatu yg boleh diingat dan mungkin setiap tahun sampai bila2...

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU ABANG AD, SEMOGA IBU ABANG DILIMPAHI RAHMAT DAN SIHAT KEKAL SELAMAYA, AMIN

    ReplyDelete
  4. Aduu.. sedey la baca entry ni.. tapi kan.. kalau ma Ad baca.. dia mesti nangis.. hati ibu tu sensitip..

    eceh.. macam tawu je perasaan ibu.. he he he.. sebab pempuan ni sensitip.. dan sekali sekala.. luahkan denga kata-kata.. biar lah lima tahun sekali diluahkan, rasanya puas.. cuba lah :D

    ReplyDelete
  5. Ida - Tak terluah rasanya...hmmm

    ReplyDelete
  6. Terlalu berat utk kita luahkan perasaan yang terbuku terhadap ibu sendiri. Mungkin kita malu agaknya.. Namun hanya ibu dan kita mengerti semua itu.. percayalah

    ReplyDelete
  7. Anonymous - Yup sometimes kita malu..but tindakan menyatakan segalanya..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)