Friday, 26 September 2008

SALAM AIDIL FITRI

RAYA AD copy


AD just nak ucapkan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri..Ad mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kealpaan AD selama ini kay...Ada apa-apa tulisan yang menyinggung atau apa sahajalah salah silap kawan2 bloggers dan kawan2 kat luar yang kenal AD, AD susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kay..Moga kita juga diampunkan olehNYA atas kesilapan dan kealpaan diri kita selama ini..
Bagi yang nak balik kampung tu bawak kereta elok2 kay..biar lambat asalkan selamat..Insyallah..Hati-hati kay bawak kereta ramai yang menunggu anda di kampung tu..So makan biskut raya ke apa ke ingat kat Ad yea..hehe..Dan bagi yang kena kerja juga masa raya tu sabarlah kay semoga pengorbanan anda akan dapat ganjarannya suatu hari nanti..Insyallah...Ad for sure busy yang amat raya ni start raya pertama malam sampailah raya ke 4..Sesiapa yang dekat2 tu jemputlah datang rumah yea raya ke 4 tu..Majlis besar akan dijalankan hari itu..Insyallah...Kay salam ikhlas penuh ukhuwwah untuk semua bloggers dan peminat2 tulisan Ad(ada ek?..hihi)...Keprihatinan dan kesanggupan anda membaca blog Ad yang tak seberapa ini amat Ad hargai..thanks a lot..Salam..

Thursday, 25 September 2008

Puas atau Tidak?

Hmm hari ni eh semalam laa kan dah kul 1 pagi lebih ni..hehe..Just wake up from sleep terkejut ada orang call..Terus takleh tido..huhu..Jot down something here..Semalam keje yang Ad buat sampai malam tus dikomen...huhu..Rasa tak satisfied jer rasa..Memamglah bila benda dibuat tergesa-gesa dengan dateline pulak nak onspot so adalah kekurangannya laporan itu...Boss panggil.."Ad (acctually boss tak panggil nama ni..hihi) you have to check back your report,there is some mistake youve done in your report..After that you just email it to me..."..Argghh report salah?..Adusss..kenapa orang yang buat sebelum ni tidak pun dikomen macam ni?Why my group dua orang ni...Asal saja kita nak buat kelainan dan tak mahu copy and paste saja kena betulkan pulak..aduss..Sampaikan manager pun tahu..huhu..what to do..We learn from mistake..rite?..Hope after this Ad dapat peka tentang kesalahan2 itu..Harap2 laa tidak buat kesalahan yang sama...So rasa tidak puashati gaklaa dengan hasil keje sendiri..tapi dengan keadaan masa yang terhad sesiapa pun tidak dapat rasanya menghasilkan sesuatu yang baik..agree with me?..

Wednesday, 24 September 2008

Keje vs Sakit

Salam Ramadhan yg ke 24 ...Dah 24 hari dah kita berpuasa..Dah semakin hampir kita dengan syawal...Dan ramadhan beransur-ansur pergi...Sedihkan bulan yang cukup mulia dan penuh keberkatan akan pergi meninggalkan kita..Entah tahun depan dapat berjumpa atau tidak kita masih tidak pasti..Hanya dengan ketentuanNYA..
Minggu ini Ad betul2 busy dengan keje..Betul2 busy ..baru je balik keje pukul 12 tadi..Taulah dengan jauhnya ke tempat keje so turun dari pejabat ambik masa dekat one hour nak sampai rumah..Tensen keje macam2 ..Boss nak itulah inilah..Kadang2 onspot nak tang tu jugak..huhh..tu tal masuk rutin keje harian yg perlu dibuat...Kadang-kadang terfikir kenapa aku tak keje je yang dulu banyak masa relex even gaji seciput..Yang keje ni pun gaji biasa2 jer keje penat..But pilihan telah dibuat so hidup perlu diteruskan..rite?..By hook by crook..Life must go on...Akan datang kita fikirkan kemudian..Ok?..hehe..
Ketensenan Ad ni lebih membakar bila sakit kaki Ad datang kembali..Ni kes makan daging kambing lee ni..huhu..Apo nak dikato..Den dah sakit nih hah..orang lain tak dapek nak nolong eh..Bila keadaan ini bersama iaitu sakit dan keje..Hidup rasa lebih tensen..Nak MC sian lak kat kawan sebab keje ni dengan group 2 orang..So sianlak nak tinggalkan beban itu kepada kawan sorang tu..For sure tak terbuat dia...So I have to..Sakit-sakit pun drive gak gi keje..Semata-mata nak siapkan laporan harian dan mingguan untuk minggu ini..Hope so report yang dibuat menepati kehendak bos-bos atasan.Hope so jugak tidak dikomen..Hehe...
So bloggers semua for sure ada yang dah soping raya kan..mesti banyak pakaian2 baru yg dibeli..Dan maybe ada yg akan RAYA SAKAN..hehe..Apa-apa jer lah asalkan semua berbahagialah hendaknya..Insyallah..BUT jangan lupa akhir ramadahan ini ada malam lebih baik dari sewribu bulan..Sama-samalah kita mencarinya dan moga kita temuinya..Insyallah..

Wednesday, 17 September 2008

Kepenatan di hari puasa ke 17

Salam Ramadhan semua bloggers dan peminat2 misteri..ahaks..ada ker?..hehe... So arini cuti di sini so petang2 ni takde apa nak buek so tulis bloglah ..pagi tadi dah post satu entry renungan..Kali ni nak cerita bab cuti arini plak..So pagi2 sedang2 duk check2 msg kat laman2 friendster,myspes,facebook dan blog nih tiba2 Ad terdengar orang menjerit kat luar rumah..Tangkap!Tangkap! Lari tu ...Tangkap!Tangkap!...Ad duk fikir apo kobondo eh bising2 kat luar tuh..Ad buat dekk jer memula tu...Alih2 dengar lagi..Tangkap!Tangkap! Lari kot sana tu..Tangkap!..Ad pun bergegas kuar umah..
Ad tengok 2 orang sedang mengejar..Sorang saudara Ad ..Ayah Soh dan sorang lagi Bro Kamal..Orang Kg nih jugak..Ad pun membantu mereka mengejar...keliling rumah Ad saling berkejaran...Ikut sana!Ikut sana! Tangkap!..Kami bekejaran sampailah ia masuk ke bawah rumah Ad..Tiada ruang lagi untuk lari..hahaha..bagus2 semua sekat jalan supaya takleh kuar...dibantu oleh seorang lagi orang kampung Ayah Wi..Kami berempat cuba menangkap..Cubaan ia mengelak untuk ditangkap gagal...Akhirnya ditangkap..Berjaya...Dan kedengaranlah bunyi Embekkk!Embekkk!...Fuhhh ponat den ..dah laa pose..diorang ni camana laa ikat kambing sampai terlepas...kambing tu sebenarnya nak disembelih untuk majlis berbuka puasa kat Balaisoh(surau) kg Ad malam ni...hehehe...Dan kambing itu sudah selamat disembelih dan Ad ada gak pi tolong2 tadi melapah kambing tu..Set-set veteren jer yang expert melapah kambing ni..Ad ada gak tolong menghiris daging tu kecik2...Itu jer laa yg pandai..hehe..tapi oklahkan buat amal jariah bulan2 pose ni....Best2 malam ni makan daging kambing masa berbuka...Harap2 jangan laa beri kesan pada sakit kaki Ad nanti (Mesti ada yang marah Ad cakap macam ni..ahaks..sori terliur sangat nak makan)..Insyallah tak beri kesan....Nanti raya ke 4 kita makan kambing lagi..Masa tu 3 ekor akan dikorbankan..ehhe.. Ok selamat berpuasa ya..Dah lebih setengah bulan berpuasa..camana puashati dengan pengisian kita?..Kalo belum masih ada masa..Sama2lah kita meneruskan ibadah ini dengan berjaya...Insyallah...

SALAM NUZUL QURAN

Nuzul Al-Quran
Salam Nuzul Al-Quran untuk semua bloggers..Just want to share entry yang AD dapat berkaitan Nuzul Al Quran untuk renungan kita bersama.Insyallah...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Friday, 12 September 2008

RAHMAT DISEBALIK UJIAN ...

Salam Ramadhan ...Hari ni cuti jumaat so takde apa yg hendak di buat..Puasa-puasa ni jalan2 kurang sikit..hehe..kalo pegi pun bazar ramadhan kat pekan Machang sebelah petang...Nak beli akok,jala mas, buah tanjung la rasanya..Kueh Klate..but now quite expensive laa..Jala mas tu dah 3 utk 2 ringgit...Hmmm semua semakin mahal walaupun hari2 dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP..Nak buat camno kan..dah bahan2 mentah pun mahal jugak so peniaga takde pilihan kecuali naikkan harga..dan kenapa pulak bahan mentah itu mahal?sebabnya kos pengangkutan...Kos pengangkutan pulak sebab apa?..Semua pun tahukan?..Hmmm..Sabar je lah....Cuti2 ni plan nak kemas apa2 yang patut untuk majlis besar nanti hari raya ke 4 ..Moga semuanya berjalan lancar..Insyallah..
Hari ini dah hari yg ke 12 kita berpuasa..Sepanjang 12 hari ini sudahkah kita memanfaatkan peluang yang Allah berikan kepada kita pada bulan ini?..Mungkin ada yg ambil peluang itu dan mungkin juga tidak oleh sebab kesuntukan waktu kerja atau macam2..tapi semua itu adalah ketentuannya juga...Kita diuji lagi dengan kesuntukan waktu untuk mengejar sesuatu peluang yang diberikan untuk kita..Tapi itu pandai2lah kita membahagikan masa kedua2nya penting dunia dan akhirat..Dalam waktu ini juga macam2 ujian dan dugaan telah kita tempuh dan mungkin juga ada yang masih tidak merasa ujian itu..Moga kita sama-sama dapat menghadapi apa jua ketentuan ujian itu untuk kita dengan penuh redha dan sabar..Insyallah..Ujian ini tidak akan putus selagi hayat dikandung badan..Ujian dengan rahmatNYA jua...Insyallah..
RAHMAT DISEBALIK UJIAN
DALAM DERITA ADA BAHAGIA
DALAM GEMBIRA MUNGKIN TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
TAK SIAPA PINTA UJIAN BERTAMU
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
TAPI HATILAH YANG REMUK MENDERITA
INSAN MEMANDANG
MEMPUNYAI PELBAGAI TAFSIRAN
SEGALA TAKDIR
TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA
WALAU TERSEKSA ADA HIKMAHNYA
HARUS ADA RASA BERSYUKUR
DISETIAP KALI UJIAN MELANDA
ITU JELASNYA MEMBUKTIKAN
ALLAH MENGASIHIMU SETIAP MASA
DIUJI TAHAP KEIMANAN
SEDANGKAN RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
HANYA YANG TERPILIH SAHAJA
ANTARA BERJUTA MENDAPAT RAHMATNYA
ALLAH RINDU MENDENGARKAN
RINTIHANMU BERPANJANGAN
BERSYUKURLAH DAN TABAHLAH MENGHADAPI
SEGALA TAKDIR
TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA
WALAU TERSEKSA ADA HIKMAHNYA
ALLAH RINDU MENDENGARKAN
RINTIHANMU BERPANJANGAN
BERSYUKURLAH DAN SABARLAH MENGHADAPI
SEGALA UJIAN YANG DIBERI
MAKA BERSYUKURLAH SELALU.....

Saturday, 6 September 2008

Dugaan itu ada hikmahnya...

Salam ramadhan bloggers semua..Hari ini tiada apa nak buat..Nak keluarpun malas rasanya lebih2 lagi keadaan kaki Ad yang sakit..Sakit yang menguji Ad dibulan yang mulia ini...Semalam sakit ini amat sangat sampai jalan terhencot2...Sakit ini kembali menyerang..Tiba2 semasa berterawikh disurau..tapi alhamdulillah Ad dapat sempurnakan terawikh pada malam itu..Tetapi malam tadi sakit ini masih tidak reda dan Ad berterawikh dirumah sahaja buat setakat yang mampu..Mungkin ubat masih tidak memberi kesan..Pagi ini alhamdulillah sakit ini berkurangan..Tapi masih lagi terasa bila digerakkan ibu jari kaki..Moga ianya beransur pulih dengan izinNYA...Biasanya bila sakit Ad perlu makan ubat itu dua jam sekali sampai terasa mual..Tapi oleh kerana bulan puasa Ad tak boleh makan ubat so terpaksa tahan sakit sampai waktu berbuka..Sudah lama Ad tidak mendapat sakit ini..Mungkin ini dugaan dibulan yang mulia ini..Adakah kesakitan itu penghapus dosa??..Mungkin..Dugaan ini ada hikmahnya kan?..
Sempena bulan yang mulia ini mari kita sama-sama membaca dan menghayati hadith2 Rasulullah yang berkaitan..Mungkin kita dapat manfaat darinya...Insyallah...

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Segala yang berlaku kepada kita tentang apa sahaja seperti bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa diri kita adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) dosa dan kesalahan yang mungkin kita lakukan.Sesiapa yang menyifatkan dugaan yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda maka mereka akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.