Monday 19 January 2009

Bayangan Itu Parasit..


Kita sering dibayangi apa sahaja yang kita fikirkan..Bayang-bayang sering menerjah dan merasuk fikiran..Bayang yang kadang-kadang membuatkan kita resah..Bayang yang kadang-kadang membuatkan hati lemah..Bayang yang kadang-kadang membuatkan jantung berdebar..Bayang yang kadang-kadang membuatkan senyum melebar...

Kita tidak kesah atau tidak ambil peduli bila senyuman yang terukir kerana ianya tidak menyentuh hati dan perasaan kita tetapi bila sering diganggu bayang yang meresahkan, melemahkan kita amat payah untuk melupakan..Laku kita tidak lagi betul caranya..Lagak kita mungkin tumpul langkahnya..Kita menjadi tidak keruan ..Menung menjadi panjang...




Walaupun ianya hanya bayangan tapi ianya cukup menyentuh diri kita dan membuatkan diri menjadi serba-salah.. Orang lain mungkin akan nampak perubahan laku kita dan cara gerak langkah kita dengan menung yang panjang..senyum yang tawar..gelak yang sumbang..diam yang kelu..Apa yang kita lakukan menjadi serba tidak kena...

Kita cuba dan cuba mengorak langkah dan mencambahkan suatu yang baru dan segar..tapi seringkali bayangan itu membantutkan segalanya...Seolah-olah parasit yang boleh menghancurkan semuanya..malah ianya mampu membunuh rasa yang ada..Kita menjadi pasrah ..Mungkin apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah segala-galanya kepadaNYA..Moga bayang itu tidak lagi menggangu ..Tidak lagi menghasut..Tidak lagi menjadi parasit diri..




8 comments:

  1. huh : parasit!!! tak suke... tak suke..

    ReplyDelete
  2. ALHAQIMI-Hehehe..tak suke ek?..Sesiapa pun tak suka parasit..

    ReplyDelete
  3. Bayangan memang parasit, kuman, yang boleh rosakkan kita kalau kita tak boleh pisahkan mana realiti dan juga bayangan.

    Kita ada Dia, Dia boleh bantu kita bezakan. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  4. CAHAYA-Ya betul apa Cahaya perkatakan ..parasit dan kuman yang boleh merosakkan..Kita hanya mampu berdoa moga realitinya tidak begitu..

    ReplyDelete
  5. bayangan itulah kembar kita.. nak buang x boleh.. nk pegang x dapat.. tapi kita mampu menghilangkan bayangan itu.. so, suma atas kita utk letakkan bayangan itu parasit ataupon corak diri kita..=)

    ReplyDelete
  6. SIREBENMERAH-Kita mampu kalau kita betul2 kuat untuk menghilangkannya..Jika kita tidak kuat ianya akan selama-lama wujud dalam hati...Hmmm

    ReplyDelete
  7. berdoalah agar parasit itu pergi suatu masa nanti..

    ReplyDelete
  8. AXIM-Insyallah...Hanya doa boleh dipanjatkan atas sesuatu kehendak hati..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)