Saturday 17 January 2009

LAGU KITA

Entah kenapa Ad suka sangat dengar lagu ni skrg..Rasa ini makin dekat menghimpit hati... Kenapa rasa ini tidak boleh dibuang walau ianya telah bertahun pergi..Laluan yang sudah tertutup pasti..Kenapa harus hati ini merasa pedihnya sampai sekarang..Adakah luka hati ini tidak mampu sembuh kembali..Semakin kuat aku menolak pergi tapi semakin dekat ia merasuk fikirku...Tusukan panahan pedih masih lagi terasa..Kenangan yang cukup membuatkan rasa ini tetap terasa sampai bila-bila mungkin...Aku sudah tidak mampu lagi menolaknya..Biarkan saja rasukan itu menerobos hati ini..Aku sudah tidak berdaya lagi..Tiadakah balutan luka yang mampu kembalikan semua rasa yang hilang ini..Ya Allah bantulah aku mengembalikan semua yang hilang dalam diri ini..Aku sudah tidak mampu lagi menanggung sedih pedih pilu ini tanpa memberikan peluang yang baru pada yang hak..Bukakanlah kembali hati ini dan jauhkanlah rasa yang menyeksa dan masih menggenggam erat rasa hati selama ini...Sudah cukup lama rasa ini ada..Lepaskanlah ianya pergi...Lepaskanlah...Lepaskanlah...



LAGU KITA - AIZAT



Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu


Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya


Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,


Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

24 comments:

  1. yang sudah berlalu biarkan berlalu... ia mungkin kenangan terindah dalam hidup kita... biar pun pahit, kita kena tempuhi dan meneruskan kehidupan kita. sabarlah... siapa tahu , di hadapan kita ada yang terbaik dari yang telah pergi... pasrah dan tabah...

    ReplyDelete
  2. PUTRA745-Yup itu yg sebaiknya..tetapi apa yg dirasa dan terasa hanya empunya diri yang tahu..kekuatan rasa itu mungkin berkurang tetapi mustahil untuk dilupakan begitu sahaja...Life must go on..rite?..

    ReplyDelete
  3. salam,

    abg ad.. nape neh.. sedih je. CINTA ke penyebabnya??
    Mmg luarannya kita mampu menyembunyikan perasaan, tetapi hati?!!
    berterus terangla kepada yang sepatutnya.. mungkin masih ada peluang kedua??

    lagi kita.. aizatkan.. best2..(tgh tiru gaya aizat diet.. hahahaha)

    ReplyDelete
  4. niceblogging style you have i liked it..By the way i am Isha from india.I found your name in one of my friend's Blog.i have already added you in my blog roll if you dont mind please add me in your blogs friends list..LET US SHARE OUR EXPERIENCES.Bye takecare friend.And see you in next post...

    ReplyDelete
  5. ALHAQIMI-Saje je penyataan rasa yang mungkin hanya difahami oleh empunya diri..tidak kiralah siapa sahaja..Mungkin anda diluar sana menrasakan sama apa yang dirasa oleh penulis..Dan mungkin juga luahan rasa yang penulis dapat rasa dari org disekelilingnya..hmmhmmm..Pernyataan rasa siapa sahaja yang merasa..

    ReplyDelete
  6. penuh puitis..
    hm..
    lepaskan semua andai rasa yang menghimpit itu kian menyiksa..
    peluang masih ada kan..

    ReplyDelete
  7. ISHA-Hmm thanks coz spend a little time to read my blog..Just an expose of feeling that can be shared with anybody in this bloggers world..thanks again..i've added u in my list also..

    ReplyDelete
  8. SUNSHINE-Peluang sentiasa ada bila pintunya masih terbuka tetapi ketidakrelaan hati yang menghalang semuanya kembali..
    Andai ada peluang lagi masihkah ada harapan yang seperti dahulu..Adakah lunaknya masih ada..Lembutnya bisa dirasai lagi..tidak pasti..

    ReplyDelete
  9. Waa AD. You speak London very terer arr.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. SAAD-Ngutuk ke puji...huhu..pakai hentam jer..kah3x..sabo je la..

    ReplyDelete
  11. abg,
    wanie pun suka dgr lagu tue,
    hurm...

    mmg best sgt2:)
    heheheheheheh:)

    ReplyDelete
  12. CIK WANIE-Dik wanie suka jugak yea..hehe..Ke ada tuju lagu kat sapa2..hehehe...

    ReplyDelete
  13. Kisah silam sentiasa menghantui diri kita. Itu yang membuatkan kita tidak berani melangkah ke hadapan. Banyak perkara yang kita fikirkan sama ada yang positif mahupun negatif. Ia amat mudah dibicarakan jika dibandingkan dengan melakukannya. Jauh sama sekali jurang perbezaannya.

    Kadang-kadang adalah lebih baik kita berdiam diri dan mencari ketenangan dengan cara tersendiri di samping menyibukkan diri dengan arus pekerjaan seharian.

    ReplyDelete
  14. Cahaya pun sker lagu ni. Kalaulah si Aizat ni nyanyi utk Cahaya. Fuhhh! Best. Hehe.

    ReplyDelete
  15. hmm..mendalam betul ayat2 tu..sabar jela..

    ReplyDelete
  16. FAISAL-Yup benar kata faisal..sering menghantui rasa ini..tapi kita selalu cuba untuk menghilangkannya tapi mungkin tidak mampu lagi..kita akan cuba dan cuba...walaupun fikir kita ,kita akan gagal..kita hanya harus pasrah..

    ReplyDelete
  17. CAHAYA-Amboii nak suruh aizat nyanyi yea..boleh aja..bila dia nyanyi kat tv cahaya duk depan tv..hihi..

    ReplyDelete
  18. REMO-Hehehehe..mendalam ek?..menusuk ke dalam hati tak?..hehe...sabo je laa..

    ReplyDelete
  19. salam AD
    huish..
    usah dkenang brg yg lama..
    jika dkenang merosak jiwa..

    naa obat penenang ati utk Ad... http://www.darulnuman.com/mhikmah/doa/doa2.html

    tk care

    ReplyDelete
  20. TINIE-Hehehe..Barang yg lepas jangan dikenang ek?..hmm..Insyallah semuanya telah berlalu cuma kdg2 teringat..ahaks..
    Terima Kasih coz bagi web tu yea..bleh diamalkan..Moga semuanya baik-baik belaka..Insyallah..

    ReplyDelete
  21. ADDY- Sesuatu??..hehehe..no komen..no komen.. ahaks cam artis laks..
    Takde apa2 laa Addy..hanya paparan rasa yg mungkin org lain tidak rasa..Setiap org ada rasa dan mungkin ada yg sama rasanya..dan ada juga yang berbeza..hmmm

    ReplyDelete
  22. lagu neh best.. hehehe =)

    *tapi lagi tulus maksud lagu Sampai Syurga-Faizal Tahir.

    ReplyDelete
  23. SIREBENMERAH-Hmmhmm..best ek lagu ni..lagu sampai syurga pun ok.. meremang bulu roma bila dengar nyanyi..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)