Tuesday 13 January 2009

RINDU



Rindu ku rasakan ..

Dalam tawa ku tersenyum tapi hati tidak begitu...

Hati terasa amat rindu..

Aku tidak tahu apa yang aku rindu..

Tetapi aku rasakan ianya cukup membuatkan ku gelisah..


Malam ku tanpa lena..

Minumku tanpa dahaga...

Makanku tanpa lapar...

Kejap-kejap fikiran terlintas..

Kadang-kadang terbayang-bayang..


Rindu hanya perasaan yang datang dengan sendiri...

Aku bukan menginginkannya tetapi ia datang juga merapati hati..

Hati menjadi resah dan sepi..

Rasa yang sudah lama aku tidak rasa..


Mengapa rindu ini datang?..

Aku tidak tahu kenapa...

Tetapi ianya cukup kuat menerjah hati..fikiran..

Dan rasanya bagaikan menyerap keseluruh urat sarafku...


Aku cuba untuk menepis tetapi tidak berdaya..

Aku tidak mampu..

Aku cuba membuangnya jauh

Tapi semakin aku buang semakin ia merapati..


Ohh rindu..

Tetapi aku tidak tahu apa yang aku rindu...

Apa yang rindu ini mahu...

Aku cuba mengamati tetapi tiada jawapan yang aku perolehi...


Ohh rindu..

Adakah rindu ini hanya aliran sehala perasaan atau ada temunya?..

Aku tidak pasti..

Yang aku tahu aku amat rindu..rindu dan rindu...



P/S: SIAPA YANG SEDANG MERINDU DISINI ?..JOM HAYATI LIRIK KU MERINDU NYAYIAN SHAH DAN ELLA..hehe..



KU MERINDU


Shah:


Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ella:


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintakuKu selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Chorus:


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu


16 comments:

  1. aduhai makin mendalam plak rs rindu ni biler baca entri nih..:P

    ReplyDelete
  2. merindu tak siapa yang tahu
    hanya kita saja tahu
    merindu kekadang boleh beri kita kekuatan
    namun, ia juga sering kali bawa gelisah pada si perindu
    rindu... segalanya subjektif... susah untuk dijangkakan... apa2 pun segalanya diharapkan dapat membahagiakan kita dan orang lain... insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. WAHIDAH-Sah anda sedang merindu..ahaks..

    ReplyDelete
  4. PUTRA745-Itu yang kita sering rasakan..Mungkin apa yg dirasa sama juga disana tetapi mungkin juga tidakkan?..Susah dijangkakan kan?..Moga bahagia itu menjadi milik semua...Insyallah..

    ReplyDelete
  5. Rindu adalah anugerah dari Allah... Insan yang punya hati nurani kan punya rasa rindu..

    seprti cinta - rindu tak tertumpu hanya pada satu perkara - mungkin pada kekasih - mungkin pada keluarga - mungkin pada teman2 - mungkin pd rasa damai... rindu akan sentiasa ada....

    (saya jugak tgh dok merindu sekarang... tapi sikit2 je... hehehe)

    ReplyDelete
  6. rindulah pd org yg merindu
    itu lebih berbaloi :)

    ReplyDelete
  7. CHIME-Yaa betul tu..tak semestinya rindu kepada kekasih hati..mungkin juga pada keluarga,teman2..Suasana juga mungkin kita rindu...:-)

    ReplyDelete
  8. CAHAYA-Semua orang ada hak untuk merindu apa sahaja...hehe...

    ReplyDelete
  9. AN_NIDXAM-Itulah rindu yg sebaiknya rindu pada yang merindu..tetapi dimanakah yang merindu itu?..hehe

    ReplyDelete
  10. rindu tu sebahagian dari cinta. dan cinta itu serpihan dari rindu.

    jadi rindu pada cinta yang mana?

    ReplyDelete
  11. ADDY-Hmmm cinta yang pelbagai ..Yg mungkin orang tahu atau tidak tahu..Yang mungkin didepan atau dikejauhan...Hanya hati merasakan cinta yang mana..hehe..

    ReplyDelete
  12. kata kn sj pd nyer: I MISS YOU.. =)

    ReplyDelete
  13. ANONYMOUS-hehe sembarangan je kan nak i miss i miss..hehe..kalau dia jawab i dont miss u?..haha..

    ReplyDelete
  14. ai like tis song 2..b4 he married me .. :)

    ReplyDelete
  15. TINIE-Oooo suka ya lagu ni..ada nyanyi sama2 tak ..together gether..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)