Sunday 22 February 2009

AKU MENCARI...


Aku mencari..
Dimana yang kucari
Apa yang aku cari

Aku mencari disegenap ceruk..
Aku mencari disegenap celah
Aku mencari disegenap pelusuk
Aku mencari disegenap sudut

Pencarianku dalam
Pencarianku panjang
Pencarianku jauh
Pencarianku tinggi

Tetapi
Aku masih kelam
Aku masih keliru
Aku masih bimbang
Aku masih lemah
Aku masih risau
Aku masih kabur

Apa yang aku cari?..
Aku tidak tahu
Aku tidak mampu
Aku tidak bekudrat
Aku tidak bertenaga

Adakah aku bejaya mencari?
Aku tidak tahu kapan akan ku temui…



20 comments:

  1. mencari pasti yang ditemui.
    insyallah..
    yakin pada ketentuan..

    ReplyDelete
  2. SKATYPE-Insyallah...jika ditemui..tapi mencari akan terus mencari..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang apa yang kita cari ada di depan mata bang. kita sering dikaburi dengan sesuatu yang kita sendiri tak nampak.

    ReplyDelete
  4. cari ape???
    duit seposen jatuh ke??

    ReplyDelete
  5. Cari dengan deria yang Dia kurniakan. InsyaAllah jumpa.

    p/s: kadang2 lihat dengan mata tak jumpa. Cuba dengan hati. :)

    ReplyDelete
  6. Cari lah cinta hakiki utk menuju destinasi abadi.Hanya pada Illahi Rabbi.....Rio

    ReplyDelete
  7. ADDY-Kenapa kita tidak nampak?Apa yang mengaburi mata kita sedangkan peluang untuk hati telah kita buka...hmmm..

    ReplyDelete
  8. SIREBENMERAH- Cari reben biru dimana..riben merah jer ada..hehe..

    ReplyDelete
  9. CAHAYA-Hmmm cari dengan hati ek?..camana caranya?..hehe..Kalau yang kita lihat dgn hati tapi ada sahaja kabus yang menghalang penglihatan kita..nape ek?..hehe

    ReplyDelete
  10. RIO-Itu yang sering kita lalai dalam mencari..yang kita cari hanyalah kenikmatan dunia sahajakan...Nikmat akhirat sering kita abaikan atau ambil mudah..Moga kita semua tergolong dalam orang2 yang mencari kedua nya..Insyallah..

    ReplyDelete
  11. sebenarnya kita dah jumpa dgn apa yg dicari ..
    tapi hati masih berdegil utk menerima ...

    ReplyDelete
  12. SMURF-Hmmm dah jumpa kenapa kita masih degil..apa yg membuatkan degil itu wujud?..keliru..

    ReplyDelete
  13. Yang penting ada usaha mencari.. InsyaAllah satu hari nanti akan ketemu..

    ReplyDelete
  14. SAAD-Insyallah harapannya begitu tapi semuanya qada dan qadar Allah..

    ReplyDelete
  15. kita selalu cari sesuatu yang kita tak nampak.
    padahal sebenarnya apa yang kita perlu cari di depan mata.

    kadang-kadang kita lupa untuk hargai apa yang ada. kita ghairah mencari sesuatu yang bukan milik kita.

    ReplyDelete
  16. ADDY-Hmmm betul tu..kita kejar sesuatu yang bukan milik kita..kita tunggu dan tunggu padahal ianya bukan milik kita kan..

    ReplyDelete
  17. pertamanya - kenal pasti dulu apa yg nak di cari... bila dah di kenal pasti, maka kita akan punya matlamat utk mengapainya... bila dah punya matlamat, kita akan berusaha dgn bersungguh-sungguh agar kita temui perkara tersebut... kemudian, lepas beruasaha... bertwakallah... InysaAllah, akan ditemui apa yg di cari... Masalah kita, selalunya mencari sesuatu yg kita tak tahu... memang sampai bila-bila tak akan jumapa....

    ReplyDelete
  18. Jgn pernah lelah untuk mencari. Pencarian demi pencarian akan disusuli kenikmatan yang berpanjangan. =)

    skullsplitter

    ReplyDelete
  19. CHIME- Yup betul tu..setiap pencarian mesti ada asasnya apa...Kita tidak akan mencari apa yg tidak terfikir diri..Matlamat akan memandu diri ke arah pencarian tersebut..

    ReplyDelete
  20. SKULLSPLITTER- Sentiasa kita mencari tiada lelah selagi tidak putus asa..Insyallah..bila ditemui apa yg dicari nanti selesailah suatu pencarian atas sesuatu yang dicari..Org lain mungkin tidak nampak apa yg kita cari tapi hati kita tahu..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)