Wednesday 25 February 2009

Kerisauan itu terjawab...

Hmmm mesti ada nak taukan apa jawapan kepada kerisauan Ad sebelum ini sebab setiap entry Ad ..Ad tidak menjelaskan perkara sebenarnya..Hanya mainan kata-kata yang menjelaskan maksud tersirat..So sekarang Ad jelaskan lah...

Hari ini dapatlah Ad keputusan dari pihak pengurusan kementerian tentang status kontrak kerja Ad...So by the end of this February 2009 maka tamatlah riwayat kerja kontrak Ad untuk sesi kontrak ini..Kami pekerja-pekerja kontrak lantikan contract for service ni ataupun dalam Bahasa Melayu nya kontrak untuk perkhidmatan akan tamat kontrak dan dengan kata lain tiada kerja lagi..huhu..Bagi kontrak akan datang kami akan di temuduga sekali lagi pertengahan Mac ini untuk lantikan April nanti selama setahun ..So proses pemilihan adalah seperti biasa dengan persaingan yang sama dari graduan2 lain yang memohon..Rasional untuk ditemuduga semula masih tidak dapat difikirkan..Mungkin nak buang yang bermasalah atau....Pihak pengurusan sahaja yang tahu...

So by Mac ni kembalilah tiada kerja..huhu..Sedihkan?..but Ad dah prepared untuk merasai rasa ini 10 bulan yang lalu..So Ad ada gak termenung memikirkan masa depan tetapi itulah hakikat hidup yang harus ditelan oleh setiap orang yang merasainya..Kami seramai 105 orang di seluruh negeri ini merasainya hari ini selepas diumumkan oleh Tuan Pengarah pagi tadi..Kalo single macam Ad ni maybe fikir untuk diri sahaja dan ansuran jer..Tapi ada yang telah married so akan merasai lebih keperitannya...Ada yang akan berkahwin 2 minggu dari sekarang laagi perit...Tapi itulah hakikatnya yang harus ditempuh bagi pekerja contract for service..Jawatan tidak tetap dan bila-bila boleh tamat..

Hakikat ini akan Ad terima dengan hati yang terbuka dan sabar....Insyallah...Terima kasih kawan terdekat yang memberikan sokongan..Harapan Ad agar perjalanan hidup ini akan berjalan dengan lancar walaupun ada halangannya yang hanya dirasai oleh empunya diri..Orang lain pasti tidak dapat merasainya kecuali yang mempunyai pengalaman yang sama..Kalau anda semua baca entry Ad sebelum ini Ad ada bercerita tentang masalah tentang pekerjaan di sykt. swasta Ad yang mendapat notis 3 bulan berhenti..Lebih kurang sama jer lah kali ini cuma masa jer yang berbeza..Dulu syarikat yang bermasalah sekarang ini prosedur yang wajib diikuti oleh kementerian..Tapi asasnya adalah pemberhentian pekerja..

Kita dijadikan dengan mendapat rezeki yang berbeza-beza..Ada yang senang dan bahagia..Ada yang susah dan sedih..Tapi disisi Allah kita adalah sama..rite?..So langkah seterusnya adalah meneroka kembali peluang2 yang ada untuk mendapat pekerjaan..Insyallah..Moga Allah membantu Ad..Pray for me k...

16 comments:

  1. Semoga doa Ed dimakbul Tuhan.

    ReplyDelete
  2. seorang teman pernah cakap, bila kita langsung tak punya apa-apa sekalipon, tuhan takkan tutup pintu rezeki untuk kita. sentiasa ada. cuma kita saja yang perlu berusaha. mungkin berusaha lebih lebih sesuai.

    tuhan tak pernah mahu hambaNya jadi manusia sia-sia.

    semoga berjaya untuk abg ad. moga abg mampu capai semua yang abg mahu. doa saya sentisa ada.

    ReplyDelete
  3. SAAD-Insyallah...Moga Allah membantu Ad..

    ReplyDelete
  4. Salam....semoga yang terbaik untuk ad akan datang dan seterusnya...amin. mudah2an Allah permudahkan langkah ad dan dimurahkan rezeki ad....

    Idany

    ReplyDelete
  5. ADDY-Yup betul tu Addy..Manusia perlu berusaha untuk berjaya..Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih..Terima Kasih..

    ReplyDelete
  6. SUFIIDANY-Terima Kasih Idany..Moga yang baik2 sahaja akan dirasai..Moga Allah permudahkan segalanya..Insyallah..

    ReplyDelete
  7. sabar la ad..insyaAllah ade rezeki Ad nanti kay...

    ReplyDelete
  8. WAHIDAH-Terima kasih..Insyallah moga rezekinya ada nanti..

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah kalau dah rezeki..
    tak kemana..
    usaha dan doa yg penting

    ReplyDelete
  10. Ad, minta2 semua berjalan dengan lancar. Kalau kata Dia itu rezeki Ad, insyaAllah. Cahaya doakan dr sini. :)

    ReplyDelete
  11. Ad, ada kelulusan dalam bidang apa? Email Faisal or sms ok? Mana tahu LHDN ada peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  12. MOHDRAZ-Insyallah..Moga ada rezekinya nanti..Terima kasih..

    ReplyDelete
  13. CAHAYA-Insyallah Cahaya..Harapan Ad agar temuduga akan datang pihak pengurusan akan lihat rekod perkhidmatan kita..Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. FAISAL-Insyallah nanti Ad sms k..Terima kasih..

    ReplyDelete
  15. salam abg ad....
    yanie harap abg ad bersabar yer...
    insyaAllah rezeki ada di mana2...

    yanie doakan abg ad akan lulus dalam temuduga tu.....AMIN....

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  16. YANIE - Terima Kasih..Mudah-mudahan...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)