Wednesday 18 February 2009

RISAU..

Risau... sering bermain difikiran apabila ada benda yang menggangu fikiran kita.... Gelisah akan membuatkan kita risau.. Keliru akan membuatkan kita risau.... Curiga akan membuatkan kita risau.. Takut akan membuatkan kita risau... Macam2 rasa yang kita rasa akan membuatkan kita risau..
Tapi kadang-kadang kita risau atas benda yang kecil sahaja... Tapi kadang-kadang kita risaukan benda yang besar... Ada-ada sahaja yang membuatkan kita risau.. Malah dalam kegembiraan tiba-tiba kita menjadi risau bila fikirkan suatu masalah.. Sukahati menjadi dukahati.... resah gelisah.. makan tak lalu..tidur tak lena... mandi jer yang basah...
Risau akan mengganggu hidup kita...Apa sahaja kerja yang kita buat membuatkan kita tidak lagi boleh berikan tumpuan kerana risau..Kerja menjadi tidak sempurna...Malah kadang-kadang ada sahaja kesalahan yang kita buat akibat dari kerisauan yang mengganggu..
Risau membuatkan kita dingin..Dingin dengan orang sekeliling...Bercakap pun nak tak nak jer..Jawab acuh tak acuh jer..Malah orang tanya lain kita jawab lain..Jadi khayal kerana asyik kerana risau...Masa memandupun kadang-kadang di hon di belakang kerana lamunan kerisauan..Kenapa kita berasa risau?..Apa yang perlu kita buat jika risau?..Sedangkan benda yang kita risau itu adakah sepatutnya kita risau?..Adakah kita risaukan sesuatu yang tidak wujud?..Adakah risau kita akibat mainan hati yang cemburu?..Mungkin juga akibat kita pernah mengalami sesuatu yang sama membuatkan kita risau?..Dan kita juga mungkin tertanya-tanya apakah punca kerisauan itu wujud..Dan mungkin juga kita fikirkan perlukah aku risau?..Risau..risauu..risauuu...

17 comments:

  1. yeah certain time kiter risau pd sumthing yg tk perlu kan...tp kan tk bole la over limit risau nanti dpt anxiety disorder la pulak

    ReplyDelete
  2. risau - perasaan semulajadi yg memang perlu ada dalam diri kita semua... dengan rasa risau akan mengajar kita lebih berhati-hati... lebih bersunguh-sungguh... risau juga menujukkan yg kita masih punya rasa sayang pada seseorang atau sesuatu... walaupun ada masanya kita rasa tak perlu risau... tapi rasa itu memang perlu ada walaupun sikit...

    errrr... tgh dok risau ke ni????

    ReplyDelete
  3. WAHIDAH-Hmmm takleh over limit ek?..tapi dah nak risau nak buat camna ek?..hmmm cuba sabar lah kan..

    ReplyDelete
  4. CHIME-Perasaan yang ada pada setiap insan..Kita tidak dapat elak bila ianya datang cuma kita hanya mampu handle setakat yang termampu..tetapi biasanya kita tidak mampu handle bila ianya datang..Kita hanya mampu berserah dan berdoa agar semuanya akan baik2 belaka...
    Risaukan something...hmmm

    ReplyDelete
  5. Kerisauan tercipta dek kerana gelodak hati yang digoncang, kadangnya disebabkan sesuatu yang buruk dan kadangnya hanya mainan perasaan, mungkin juga dari perkara kebaikan.

    Kerisauan ini juga kadangnya menghilangkan kewarasan diri dalam berfikir. Terlalu ikutkan kata hati dan perasaan. Sesuatu yg buruk kadangnya berlaku.

    Jgn biarkan kerisauan ini bertambah buruk bila dicampur dgn tingkah laku atau perbuatan tidak sewajarnya. Berfikir secara rasional. Itu bukti kekebalan hati dan ketajaman akal yang dikurnia. InsyaAllah.

    skullsplitter

    ReplyDelete
  6. SKULLSPLITTER-Kita tidak dapat menahan risau ini datang..kerana apabila ianya belum berlaku kita akan terus kerisauan..Sampailah kita yakin dan jelas akan ceritanya dan perkhabarannya...Bagi sesuatu perkara mungkin sampai suatu masa ianya akan hilang tetapi bagi suatu perkara yang lain ianya mengambil masa yg agak panjang untuk hilang malah mungkin akan sebati dalam kehidupan..Tapi kita mohon takdir yang baik bagi diri..Insyallah..

    ReplyDelete
  7. Kadang2 hati berdebar bila kita risau. Kadang2 tu, kita pun tatau kita risau pasal apa.

    Cuba tenangkan diri dengan doa, selawat, bacaan al-quran dan solat sunat. Kawan Cahaya suggest ini dan sangat berkesan. Kadang2 baca sepotong ayat pun dah settle masalah degupan kencang itu.

    Selamat mencuba yer Ad. :)

    ReplyDelete
  8. CAHAYA-Hmmm sentiasa tenangkan diri macam tu..tapi selagi apa yg dirisaukan tidak selesai atau berlaku kita akan sentiasa risau..Insyallah bleh handle cuma risau itu tetap ada..Moga Allah bagi kekuatan..Insyallah..

    ReplyDelete
  9. jgn risau ad...

    be happy k.. u r sweet ok

    ReplyDelete
  10. bozzo risau duit tak cukup sbelum gaji...hu hu hu..

    ReplyDelete
  11. AREP-Nak buat camno..kerisauan itu dtg dgn tiba2..tanpa diundang...tapi Insyallah...cuba untuk kurangkan rasa..

    ReplyDelete
  12. BOZZO-Duit mmg selalu camtu..asyik tak cukup jer..bila lagi banyak pun still camtu jugak..bila bertambah duit bertambahlah belanja jugak..hmm duit duit duit...

    ReplyDelete
  13. KAERY- Risaukan sesuatu..hehehe

    ReplyDelete
  14. Jangan terlalu risau sebab risau boleh membawa kita kepada depresi dan kemurungan. Hidup terlalu singkat untuk kita risau dan fikir benda-benda yang menyerabutkan kepala :)

    Life is about choices Ad. Pilih la jalan yang anda mahu :)

    ReplyDelete
  15. FAISAL-Yup itu akibat risau..tetapi risau juga ada tempohnya..bila semuanya sudah berlaku atau selesai dan dapat jawapannya risau akan pergi...
    Yeah life is about choices but tidak semua yang kita hendak kita akan dapat dan miliki..hmmm

    ReplyDelete
  16. ad..mu jange le risau2..x elok utk ksihatan sejagat tau..hehehe

    tp kan..risau tu bagus gak at least as an alert to be more sensitive to the environment sorrounding..so tat we wl try harder to act quick to solve them..aihh..ter skiping omputeh pulok..aihhh :p

    akok non risau kalu makan x kenyang2 la Ad..aihhh :p

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)