Saturday 21 February 2009

UPAYA DIRI..siapa yang tahu..


Setiap orang boleh melihat kedalam diri sendiri keupayaan diri mereka dalam melakukan sesuatu..Keupayaan dirilah yang membuatkan diri kita berani untuk melakukan sesuatu..Jika kita tidak berupaya kita tidak berani untuk melakukan..Orang lain boleh berkata apa sahaja..


Ada yang berkata:" Alah senang jer..."

Ada yang berkata: "Mudah jer.. "

Ada yang berkata:"Ko ni itu pun nak takut..."

Ada yang berkata:"Ko ni berani laa sikit..."

Ada yang berkata:"Orang lain boleh buat apa.."

Ada yang berkata:"Ko ni nak takut apa?.."

Pokoknya tuan punya diri itu sendiri yang tahu keupayaan diri dan kehendak diri mereka buat masa sekarang..Apa yang mereka fikirkan sudah pasti orang lain tidak tahu..Apa yang mereka rancangkan juga orang lain tidak tahu..Manusia lain hanya boleh melihat dan membuat tuduhan atau tafsiran sahaja..

Keupayaan diri itu boleh di tafsirkan dengan pelbagai cabang dalam kita mengingini atau berhasrat atas sesuatu..Kita tahu diri kita dimana...Keupayaan kita dimana...Orang lain hanyalah perlu melihat sahaja...Tidak perlu mengganggu dalam percaturan diri orang tersebut dalam membuat atau merancang sesuatu..Bak kata yang mudah jangan menyebok..haha..

Kita tahu diri kita dan kita yakin yang suatu hari orang juga akan faham diri kita(Bagi yang tidak faham atau sukar untuk memahami org lain laaa..) Bagi orang lain cubalah fahami apa yang orang lain rasa apabila kita cuba untuk bercakap sesuatu sebab kadang-kadang sesuatu itu cukup sensitif bagi seseorang...Even kita close sekalipun kata-kata kita harus dijaga..Kita mempunyai privacy dalam hidup selagi apa yang kita buat itu masih dalam landasan yang tidak salah disisi agama..Bila yang kita buat itu salah orang lain mempunyai hak untuk menegur ..

Kita tidak pernah menolak bulat-bulat apa yang orang lebih tua dan berpengalaman perkatakan tetapi dalam suatu corak dan keadaan hidup yang berbeza orang lain tidak boleh samakan dengan apa yang mereka alami dulu..Setiap orang dikurniakan dengan rezeki dan hasrat yang tidak sama..So seharusnya orang lain menghormati hasrat dan niat orang lain dalam perjalanan hidupnya...Jangan mudah menafsirkan dan membuat andaian sendiri bila kita tidak mengetahui diri orang tersebut...Cubalah untuk memahami keadaan orang lain..Bila anda cuba memahami anda akan dapat jawapannya..Insyallah..

6 comments:

  1. yo Ad

    pdulikan kondem2 org tuh (dengki tuh suke nk bg kite down jek). take as a challenge to achieve them no matter how..doa+usaha+tawakkal..!!

    be more ambitious, put high self-confident 2 yrself 2 achieve yr target/aim okies..

    ReplyDelete
  2. TINIE-Yup org mmg suka camtu.nak bagi owang lain down jekk kan..hehe..keyakinan itu dgn sendiri dtg bila segala kelengkapan cukup..hehe

    ReplyDelete
  3. Btol. Diri sendiri je boleh ukur keupayaan diri sendiri. Kita tahu tahap dan limit kita. orang lain boleh beri perangsang je.

    p/s: kadang2 ada orang sker tgk orang jatuh. itu sebabnya paksa orang utk melebihi daya sendiri. Untung sabut, timbul.

    ReplyDelete
  4. CAHAYA-Yup betul tu Cahaya..untung sabut timbul..Hanya kita yang mampu mencorak hidup kite..org lain hanya boleh bagi perangsang then tgok saja..

    ReplyDelete
  5. you know what you want,
    you know ur direction..
    jet let it be, what the evil talked to you ..
    :)

    take a gud care

    ReplyDelete
  6. Ad... kita perlu jadi apa yang kita mahu dan bukan jadi seperti yang orang lain nak kita jadi...apapun pendapat org pada kita tk kesah lah... janji kita tenang, gembira dan tidak pernah menyusahkan org lain...btul tk ?

    mohon di kental rasa di jiwa, mohon di ampuhkan dari sensitiviti rasa.

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)