Monday 18 May 2009

Hapuskan Hilangkan


Hapuskan aku dalam memori hidupmu

Hapuskan aku dalam bicara hidupmu

Hapuskan aku dalam sinopsis karanganmu

Hapuskan aku dalam plot cerita hidupmu


Aku tahu jalan aku

Aku tahu arah aku

Aku tahu panduan aku

Aku tahu tujuan aku


Usah kau hamburkan kata-kata pedihmu

Usah kau lampiaskan kata-kata sakitmu

Usah kau simbahkan kata-kata nistamu

Usah kau percikkan kata-kata bencimu


Aku masih dengan jalan ini

Aku masih dengan tekad ini

Aku masih dengan redha ini

Aku masih dengan pasrah ini


Biar datang ribut yang melanda

Biar datang taufan yang memusnah

Biar datang banjir yang menenggelam

Biar datang api yang membakar


Jalan ini arahnya nyata

Tekad ini cerminnya jelas

Redha ini ikhlasnya rasa

Pasrah ini akurnya setia


Aku redha dan pasrah

Jalan ini semakin jelas


Hapuskan

Dan

Hilangkan


Aku dalam hidupmu

19 comments:

  1. Boleh tenang ke kalau semua terhapus? Rasanya macam makin sakit je.

    ReplyDelete
  2. CAHAYA-Rasa tenang itu anugerah..Doa kita pohonkan agar ketenangan itu sentiasa ada untuk kita.Walau rasa itu sakit tapi langkah harus diteruskan ..Tuju kita adalah destinasi yg membuatkan kita rasa gembira..Insyallah..

    ReplyDelete
  3. SUNSHINE-Itu yg kita harapkan dan doakan..Kenangan..Kenangan yang menjadi panduan dalam garis2 hidup kita..Insyallah..

    ReplyDelete
  4. Ayat power la bro..mesti BM dulu dapat A++ :)

    ReplyDelete
  5. salam ad rifza..
    adkh ia akan tnang jika kiter biakn semuanya brllu..
    karaya ni..
    mmg mnyentuh hati ini..
    thanks bro..

    ReplyDelete
  6. PYRO-Yup A1 for BM..Eh speaking plak..hehe..

    ReplyDelete
  7. SKATYPE-Salam juga...tenang dalam suatu tempoh masa yg kita kawal..Insyallah..
    Menyentuh hati?...hmm...Tak sangka lak puisi ni boleh menyentuh rasa..maafkan Ad yea..Moga skatye baik2 saja..Insyallah..

    ReplyDelete
  8. teringat lagu Nidji-Hapus aku..

    ReplyDelete
  9. Salam abg.....susah nih...sukar nih...

    Apa2 pun...silaturrahim itu ada, walaupun yang dibicarakan bukan sifatnya jasad dan roh...

    Abg...kuatkan semangat...ini hanya satu rentetan....dan juga cerita...

    Byk lagi rahasiaNYA...

    ReplyDelete
  10. Jika boleh.. mahu jadi seperti ini.. menyesali ttg apa yang telah terjadi.. dan tidak mahu lagi mengingati. Biarkan dia lupakan ttg aku.. hilangkan memori ttg dia dan aku.. Mahu pergi jauh dari sini.. Melepaskan segala-gala yang ada kini. Kerna.. bersamanya.. hanya menikam hati..

    ReplyDelete
  11. wah..rasa mcm bukak buku sastera la plak..

    Anyway, hapuskan dan hilangkan dari saper? awek?

    ReplyDelete
  12. @XIM-Teringat dengan rasa atau saja2 dengar?..hehehe

    ReplyDelete
  13. WAN-Yup sememangnya ini hanya suatu rentetan dan juga cerita..Rentetan dari cerita yg kdg2 di rasa oleh kita...Kdg2 juga kita merasakan apa yg org lian rasa..
    Semangat perlu kuat dalam apa jua tujuan hidup..Sekali kita menghapuskan dan menghilangkan sekali itu juga ianya akan berakhir pada pandangan zahir mata dan mungkin juga pandangan hati yang pasrah..

    ReplyDelete
  14. SEKEPING HATI-Yup itu yang sering kita fikir dan dambakan..Menjauhkan semuanya..Tinggalkan semuanya..Biarkan ia menjadi suatu episod hidup yg tidak mungkin mampu untuk diingat lagi..TAPI sering jua membayangi episod akan datang dalam hidup..

    ReplyDelete
  15. I HATE LOLIPOP-Bergantung kepada apa yang pembaca rasa..Tiap org mempunyai arah rasa yang berbeza..
    Sastera?..Takdelaa sastera sangat ..hehe

    ReplyDelete
  16. jangan hapus kan dikyah dari ingatan abg ad....uwaaaaaaaaaaaaaaaa....daku tak sanggup...

    hahahhaha...ayat2 drama tu

    (^_^)

    ♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

    ReplyDelete
  17. YANIE-Wah wah wah..pandai berdrama skrg yea..hehe..Actress terbaek 2010..2009 tak dapat sbb org laen dah bolot semua trofi..huhu

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)