Thursday 21 May 2009

IQATUL MAUT



Saat semakin singkat

Ruang semakin sempit

Jarak semakin dekat

Keadaan semakin hampir


Masa itu akan tiba

Masa itu akan datang

Masa itu akan hadir

Masa itu akan wujud


Datangnya tidak diundang

Datangnya tidak dijemput

Datangnya tidak dipelawa


Tapi


Masa itu tetap menyinggah

Masa itu tetap menyapa

Masa itu tetap membisik


Inilah jalan hidupku

Inilah jalan hayatku

Inilah jalan nyawaku

Inilah jalan nafasku


Bila saatnya tiba


Disentap bagai dibelit kawat berduri

Bagaikan isi tercabut dari tulang

Nyawa ditarik ke halkum

Bagaikan hirisan pisau yang amat tajam


Besediakah kita dikafankan

Bersediakah kita diturunkan ke liang lahad

Bersediakah kita merasakan kegelapan timbusan tanah

Bersediakah kita dibacakan talkin


Kita akan meninggalkan ibubapa kita

Kita akan meninggalkan adik beradik kita

Kita akan meninggalkan saudara-mara kita

Kita akan meninggalkan kawan-kawan kita

Kita akan meninggalkan kekasih hati kita


Hanya tiga perkara kita tidak tinggalkan

Sedekah jariah kita

Ilmu yang berguna dan bermanfaat oleh pengamalnya

Anak yang soleh yang sering mendoakan kedua ibubapanya


Bersedialah

Bersedialah

Bersedialah


Masa itu akan tiba jua suatu hari

Bila masanya kita tidak tahu

Mungkin juga cepat

Mungkin juga lambat


Tapi persediaan itu wajib kerana

Kullu nafsin dzaa iqatul maut

(Tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati)








12 comments:

  1. sungguh sayu madah nie...
    hngga bleh mmbuatkn airmta nie jtuh dikala bening sbuh,,,
    ssghnya...
    masa itu mkin mnghmpiri kite.
    adkah smpat untk hmba yg lmah nie.
    untk mmhon keampunan drNYA.

    ReplyDelete
  2. SKATYPE-Walau dimana kita dan apa sahaja yang kita lakukan..Kita haruslah sentiasa dalam keadaan bersedia kerana jemputan maut itu kita tidak tahu bila masanya...
    Sempat jika mohon keampunan sekarang..Insyallah..Allah maha adil dalam ketentuanNYA.

    ReplyDelete
  3. ramai orang takut citer pasal mati.. padahal semua orang akan mati..

    ReplyDelete
  4. kalau itu sudah masanya, tetap diterima...

    tapi, kesediaannya belum cukup rapi lagi....

    ReplyDelete
  5. WAlaupun....
    kutahu akhirat itu adalah final destinationku...
    Tetapi, mengapa tidakku bersedia sepenuhnya?? Mungkinkah aku terkena penyakit akhir zaman... Cintakan dunia dan takutkan mati???

    ReplyDelete
  6. BLOKDRIVE-Yup ramai yg takut tapi tetap akan ditempuh suatu masa nanti..Masa jer tidak diketahui bila..Mungkin esok lusa tulat..atau bila2..

    ReplyDelete
  7. ZAMSPOTTE-Mungkin..tapi dlm hati kecil ada terdetik juga mungkin..Tetapi mengapa melengah2kan taubat..Kenapa tidak jadikan diri dalam jalan persediaan itu?..Bukan maksud lupakan dunia tetapi jalani dunia ini dengan rahmat dan redhaNYA...Sama-samalah kita bersedia..

    ReplyDelete
  8. KCYNODIA-Alhamdulillah jika jalan persediaan itu sudah dilalui..sekurang-kurangnya kita menghisab diri dan perbaiki dimana salah dan silap kita..
    Mana mungkin kita tidak silap tapi ada usaha kita utk perbaiki diri itu yg penting..Moga kita dipermudahkan jalan menuju redhaNYA..

    ReplyDelete
  9. Saat mahu mengucap selamat tinggal semua....sangat beruntung bagi yang sudah bersedia...


    saya takut MATI...

    ReplyDelete
  10. SRISUFI-Semua orang takut mati walau yg sudah bersedia..Kerana penghisaban itu ketentuan Allah..Adakah amal kita diterima?..Kalau diterima setakat mana diterima?..Kita tidak tahu..
    Jadi buatlah amal yang disuruh dan tgglkan larangan..Itu juga adalah satu jalan kita menuju jalan yang lurus...Jalan seperti org2 yang DIA redhai..

    ReplyDelete
  11. Sesungguhnya kematian itulah sebaik-baik peringatan....

    ReplyDelete
  12. CHIME-Yup sebaik-baik ingatan...bagi yg teringat dan mengingat...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)