Friday 15 May 2009

KAU BAGAI MUTIARA

Tanggal 16 Mei setiap tahun telah dinobatkan sebagai hari guru.Hari yang cukup bermakna walau sekali setahun sahaja ada hari ini,tetapi jasa guru tidak terkira dan akan diingati sepanjang masa oleh setiap orang yang mendapat pendidikan.Di kesempatan ini AD ucapkan Selamat Hari Guru bagi semua guru-guru yang mengerah tenaga dan akal fikiran dalam mendidik anak bangsa MALAYSIA..Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati..Dan bagi yang tidak menjadi guru fahami dan hayatilah perjuangan dan pengorbanan guru dalam mendidik sehingga seorang manusia itu menjadi seperti yang dapat kita lihat sekarang..Diri kita sendiri ,keluarga kita dan juga manusia disekeliling kita.Tanpa guru kita semua tidak akan sampai ke tahap yang kita ada sekarang..Jangan lupa jasa guru..Sekurang-kurangnya berdoalah agar guru-guru kita diberkati dan dirahmati hidup mereka semua..Terima Kasih Guru..

Di kesempatan ini juga Ad nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru Ad di Sekolah Rendah Hamzah Machang Kelantan (1981-1983) , Sekolah Kebangsaan Ampang Selangor (1983-1986), Victoria Institution Kuala Lumpur ( 1987 -1991) dan Pusat Tiusyen Kasturi Kuala Lumpur (1992)


"Tabahkan hatimu dan ikhlaskan pergorbananmu juga kentalkan semangatmu untuk melihat kejayaan anak-anak generasi yang bakal mencorakkan masa depan. Teruskan usaha tanpa mengenal penat dan jemu. Semoga tanggungjawab yang dilaksanakan ini akan diberkati oleh Allah S.W.T."



Guru oh Guru


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG 1979

10 comments:

  1. missed my cikgu...

    ReplyDelete
  2. KASIH- Kita sentiasa merindui org yang berjasa dalam hidup kita...Kita jangan lupa itu..

    ReplyDelete
  3. esok hari guru ke? nih kena wat entry special nih...

    ReplyDelete
  4. BOZZO-Yea Bozzo..Hari guru untuk guru-guru..

    ReplyDelete
  5. selamat ari guru idanuy....eheheh...

    p/s: ad sorry lama tk tggl jejak.... selalu baca jer bila nak tinggal jejak tenet kt utan selalu wat poblem....huhuhuh...tu yang lama tk tinggalkan jejak kat ad, bukan ad jer.... bloggers lain pun..... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. SUFI-Selamat Hari Guru..hehe..Kira baca tu pun dah ok kan..hehe...

    ReplyDelete
  7. Selamat hari guru...

    Blog anda tersenarai dalam list blog saya yang baru seperti di bawah:
    http://zamatglance.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..ingat akan guru...

    lama sudah tak menghayati sajak dari usman awang tu...sangat gramatis n menusuk kalbu...

    ReplyDelete
  9. KCYNODIA-Selamat Hari Guru...Moga sentiasa tabah dalam memikul tanggungjawab ini..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)