Thursday 7 May 2009

MATA AIR









Mata Air..
Keluarmu tanpa diduga
Hadirmu tanpa dipaksa

Mata Air
Kau jujur dengan diri
Kau pasrah dengan niat

Mata Air
Kau memberikan kebahagiaan
Kau sering menghilangkan kehausan
Kau sering membasahi kegersangan
Kau sering menyirami kekeringan

Mata Air
Tanpamu orang lain kesusahan
Tanpamu orang lain kehausan
Tanpamu orang lain kegersangan
Tanpamu orang lain kekeringan


Mata Air
Jujurmu tiada siapa yang tahu
Ikhlasmu tiada siapa yang peduli
Setiamu tiada siapa yang ambil tahu


Mata Air
Kau tetap dengan tugasmu
Kau tetap dengan tanggungjawabmu
Kau tetap dengan jujurmu
Kau tetap dengan ikhlasmu


Walau datang gempa
Walau datang banjir
Walau datang kemarau


Siapakah sanggup menghargaimu
Siapakah sanggup menyayangimu
Siapakah sanggup memilikimu


Kerana

Bila engkau ada
Kau sering saja dibiarkan
Kau sering saja dibazirkan
Kau sering saja dibuang





22 comments:

  1. kalau di kedah, orang-orang tua cakap kekasih itu "mata ayaq" =)

    malam bang ad. belum tidur?

    ReplyDelete
  2. ADDY-Huhh time cenggini tak tido lagi?..hehe..Dh tido tadi terjaga terus tulis blog..gegehkan tulis blog kul 4 pagi..hahaha..

    ReplyDelete
  3. bozzo dah ada mata air sendiri dah...ayang nama dia...hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. mata ayaq tu chek tahu la.... lain chek tak tau... :P

    ReplyDelete
  5. huhu..
    air mata juga dapat menenangkan
    hehe

    ReplyDelete
  6. BOZZO-Alhamdulillah...Semoga bahagia hendaknya...Insyallah..

    ReplyDelete
  7. KASIH-Aii mata ayaq jer dia tahu yea..taulaa ada mata ayaq..hehehe...

    ReplyDelete
  8. SUNSHINE-Menenangkan?..Hmmm ya laa bila nanges nanges rasa lega kan?..Haa betulla tu...hehe

    ReplyDelete
  9. Ada lagi ke mata air kat Mesia ni? Dengan pembangunan yang banyak di sekitar bukit dan lembah, rasa macam dah kurang pulak.

    ReplyDelete
  10. CAHAYA-Mata air tetap ada..Bila bumi digali tetap ada..Itulah kejadian Allah untuk manusia berfikir ttg zatNYA..

    Dalam komen2 di entri ini masih belum ada yg dapat membaca melankolik diri..Takpe AD bleh tunggu untuk dpt komen yg memahami..

    ReplyDelete
  11. bro...
    sangat mendalam maksudnya...
    kehadirannya tiada yang menghargai....
    kehilangan nya tiada yang perduli...

    ReplyDelete
  12. SETIASAHABAT-Haaa sahabat sudah faham maksudnya yea..hehe..

    ReplyDelete
  13. Aku masih sudi hargai sang setia, terima kasih kau cuba memahami diri ini seadanya, aku cukup bahagia, kau juga amat setia...........

    ReplyDelete
  14. selalu dianggap tidak berharga kerana mata air selalunya kira dpt secara percuma... nilainya terus hilang dlm kebangkitan teknologi...

    ReplyDelete
  15. D'RIMBA-Setiap manusia ada ruang dan batas yg perlu dalam penafsiran setianya..Setia perlu dlm hubungan apa sahaja lebih2 lagi sesama saudara muslim..

    ReplyDelete
  16. CHIME-Kenapa ya dalam suatu kealpaan dunia itu mata air selalu diabaikan..jasanya tiada dinilai lagi..padahal kederat dan tenaga sudah byk dihabiskan..Bukan ingin mengungkit tetapi setiap jiwa akan rasa dihargai bila jasa2 mereka dihargai oleh org lain..

    ReplyDelete
  17. kali terakhir mata air keluar tatkala di lapangan terbang...sayup dan sayu jer...

    ReplyDelete
  18. AL-HUSSAINI-Mata air keluar di lapangan terbang?Camana tu?

    ReplyDelete
  19. sentap kejap baca tajuk...MATA AIR kata nyer....ker mata ayaq aka marka....?

    hahhahhaha...

    (^_^)

    ♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

    ReplyDelete
  20. eq ada mata air.....tapi simpan dulu. tak nak heboh2...hehee

    ReplyDelete
  21. YANIE-Mata air laa..maksud tersirat laa tu cuba faham elok2..hehe..

    ReplyDelete
  22. EQ-Alaa heboh2kan jer Eq barulah takde yg mengacau dan mengusha....hahaha..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)