Thursday 20 August 2009

ENTRI MAAF - MAAFKAN AD

Diriwayatkan oleh Imam Nasaie ,Ibn Majah ,Ibn Habban dan Baihaki.Daripada Abu Hurairah Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu"
Kita semakin hampir dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan.. RAMADHAN.. Moga kita semua dapat menikmati bulan ini dengan penuh keimanan , penuh kesabaran , penuh kelapangan , penuh kemaafan dan penuh rasa khusyuk. Bulan yang menduga kita bukan sekadar lapar dan dahaga. Bulan yang menduga kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup seharian yang mana lebih kita maklum dan peka atas segala tingkah dan gerak laku kita. Moga kita berjaya menghadapinya sehingga akhir Ramadhan..INSYALLAH..
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini AD memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang AD lakukan baik secara sedar atau tidak.. AD mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam bicara di blog yang menyentuh hati dan mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. AD mohon maaf jika ada sesiapa yang jelek dan benci bila membaca ayat-ayat yang penuh MELANKOLIK yang mana AD tidak boleh lari dari bicara MELANKOLIK kerana blog ini sememangnya blog yang MELANKOLIK. Tajuk blogpun MELANKOLIK.. AD tidak pasti sampai bila blog ini akan berMELANKOLIK.. Mungkin sampai bila-bila atau mungkin suatu hari AD akan menutup juga blog ini.. Mungkin juga blog ini akan terbiar sepi juga suatu hari.. Itu bukan dalam kuasa AD kerana hanya DIA yang menetapkan segalanya..Yang penting sekurang-kurangnya pembaca mendapat sesuatu dari entri-entri yang AD paparkan walaupun sedikit. AD juga mohon maaf sekiranya anda melawati dan memberikan komen di blog AD tapi AD sebaliknya.. Maafkan AD kerana kesuntukan mengganggu untuk AD berbuat begitu.Tapi INSYALLAH AD akan cuba juga membaca dan memberikan komen di blog anda..AD menghargai semua blog-blog yang ada..Anda berhak menyuarakan apa sahaja kerana itu adalah blog anda..

Dalam kehadiran Ramadhan ini juga AD pohon maaf pada semua kenalan tidak kiralah kenalan alam maya atau kenalan alam nyata. Maafkan sekiranya tersilap kata dan terlebih bahasa dalam berbicara.. Maaf jika tersilap kata dalam percakapan atau pun "sms" . AD tidak pernah terlintas untuk menyakiti atau melukai hati sesiapa dengan tutur bicara dan susunan ayat "sms" yang membuatkan ada yang tidak selesa atau tidak suka.. Maafkan AD.. Tiada langsung niat yang tidak baik terdetik dalam hati .Hanya sekadar gurauan untuk menceriakan suasana atau satu jalinan kata untuk mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin.. AD menghargai setiap orang yang AD kenal.. Anda semua mengajar AD sesuatu.. Sesuatu yang cukup bermakna dalam penafsiran jalan hidup yang pelbagai.. Maafkan AD ..
AD tinggalkan anda semua dalam entri ini dengan satu komen berpuisi di entri blog AD yang lepas dari http://anaklaut.blogspot.com . Mungkin anda semua akan dapat sesuatu dari puisi ini..InsyaALLAH..



Ada sebuah jalan setapak

Jauh di dalam hutan

Yang lalu bercabang

Baik dan rawan

Aku memilih menempuh

Jalan yang kiri

Aku tak punya peta

Kerana tak pernah di beri

Jalan yang kulalui ini

Kotor dan rosak

Dipenuhi tebaran mimpi

Yang patah dan koyak

Dilapisi kesalahan

Dan ditebari hati,

Yang diambil dari manusia

Dan dicabik mati

Penderitaan dan penyesalan

Banyak ditemukan di tempat ini

Kemanapun kau menoleh

Berserakan di sana sini


Aku ingin menyeberang

Ke jalan setapak yang satu lagi

Dan meninggalkan di belakang

Kemarahan menyakitkan ini

Kukira aku akan selamanya

Ditakdirkan berjalan dalam kegelapan

Dan semua gerbang

Terkunci rapat di kiri-kanan

Tapi ketika melanjutkan

Terlihat sebuah jembatan kecil

Jembatan harapan

Memanggil namaku di tempat terpencil

Perlahan aku menyeberang

Menuju jalan kebaikan

24 comments:

  1. takper. saya maafkan awak... hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam ad,

    selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat beribadah. semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sudah.

    maafkan biru juga..

    =)

    ReplyDelete
  3. Nice post!

    Maafkan salah silap Cahaya pada Ad yer. Salah satu yang Cahaya belajar dalam hidup ini, kesilapan sesama manusia perlu diampunkan sesama manusia. Yang kemudian adalah antara kita dengan Dia.

    Selamat berpuasa Ad.

    ReplyDelete
  4. HONEYDY LOVE- Maafkan Ad yea..hehe..

    ReplyDelete
  5. BLUECITY- Ad sudah maafkan semuanya..hehe.. Moga ramadhan ini memberikan kita suatu jalan yang lebih dekatkan diri kita padaNYA..InsyALLAH..

    ReplyDelete
  6. CAHAYA-Yup betul tu..Kesalahan sesama kita hanya dapat diampunkan oleh diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  7. CHEKGU SEKOLAH-Sorry di terima..hehe...

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut Ramadan jugak utk ad... mintak pd Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk mendampingi bulan mulia ini utk sekali lagi....

    Ok... AMpun kan juga mana-mana kesalahan saya ya...

    ReplyDelete
  9. CHIME-Salam Ramadhan..InsyALLAH moga kita diberikan kekuatan dan daya untuk menghadapi bulan yang mulia ini..ok..

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan al mubarak. semoga diberkati Allah swt selalu. maaf kalau ada salah silap =)

    ReplyDelete
  11. samalah kita bermaaf2an.

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  12. BIRU-Salam Ramadhan juga untuk biru..Moga kita mengambil peluang dari Ramadhan ini..

    ReplyDelete
  13. IXORA-Selamat berpuasa Ixora..

    ReplyDelete
  14. IZMAN-Selamat Berpuasa Izman...

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan abang ad!
    maaf untuk silap salah dan dosa sepanjang kita bergelar sahabat.

    selamat berpuasa bang ad!

    ReplyDelete
  16. ADDY-Sama2 lah kite yea..hehe..Selamat Berpuasa juga..Rebutlah peluang2 yg ada dalam bulan ini..

    ReplyDelete
  17. rasa tenang saja membaca entri kali ini.

    Menyentuh jiwa...

    selamat berpuasa...sama-sama tingkatkan keimanan

    ReplyDelete
  18. KCYNODIA-Menyentuh jiwa ek?..hehe... Alhamdulillah kalau ia boleh membawa ketenangan..Selamat berpuasa..Sama2 lah kita mengejar nikmat yg diberi ini..

    ReplyDelete
  19. CHEKGU SEKOLAH-Selamat berpuasa cikgu izie..

    ReplyDelete
  20. selamat berpuasa... moga ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kamoo...

    Muga semua dosa yang la diampunkan oleh Allah

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)