Friday 9 October 2009

ENTRI : CERITA TENTANG MASA LALU..


Salam bloggers.. Pagi nanti dalam pukul 9 pagi AD dan keluarga akan ke AMPANG SELANGOR untuk agenda majlis konvokesyen adik AD di UIA pada hari AHAD 11 Oktober 2009. Agenda keluarga ke sana .Bila agenda keluarga dalam waktu yang cukup singkat tidak membenarkan AD untuk berjumpa sesiapa. Mungkin... Cuma jika ada masa mungkin boleh difikirkan untuk aktiviti sendiri.

Actually AD dah 9 bulan tidak ke KL..Last sekali semasa awal tahun hari tu.. Ada dalam entri semasa AD bercuti tempohari.. Untuk pengetahuan semua Kuala Lumpur cukup memberikan erti kepada AD..Ad sebenarnya bersekolah di sana sejak darjah 3 lagi sehinggalah tamat tingkatan 5. Usia remaja banyak disana.. Cerita tentang remaja banyak disana... Orang kata tempat jatuh lagi dikenangkan.. Banyak cerita yang tidak mampu dan berdaya untuk AD lupakan sampai sekarang.. Malah ada cerita yang cukup dalam ertinya bagi AD. Iyalah biasanya cerita sedih yang biasa melekat dalam hati sampai bila-bilakan?.. Tetapi cerita itu tidak payahlah dikongsi.. Sebenarnya cerita itulah yang kuat dalam menafsirkan RASA yang terbentuk elok dalam BLOG MELANKOLIK ini. Walaupun dengan sedaya upaya AD cuba melupakan tetapi ianya tetap datang.

Jalan hidup kita tidak pernah kita tahu.Tidak pernah kita mampu ubah. Kadang-kadang cerita dulu cukup membuatkan kita bersalah, membuat kita sebak dan sedih sampai ke hati yang cukup dalam. Kita cuba tetapi  diri memang tidak mampu untuk melupakan. Walaupun bertahun ianya sudah berlalu tetapi cerita itu sangat menguis dan mengetuk hati ini.Dan kita tidak tahu bila ianya akan pergi dan pergi. Kuala Lumpur cukup memberi erti bagi diri AD. So sempena keberangkatan pergi AD ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari ini bacalah puisi ini spontan dari diri AD.. Terima kasih kerana terus membaca blog MELANCHOLIC HYPHOTHESIS  AD RIFZA...

CERITA TENTANG MASA LALU

Cerita itu kembali menusuk
Cerita itu kembali menekan
Cerita itu kembali memaksa
Cerita itu kembali menyiksa

Aku tidak mampu menolak
Aku tidak mampu memadam
Aku tidak mampu mengabur
Aku tidak mampu melindung

Sedihku nampak
Piluku jelas
Sebakku dengar
Esakku terang

Walau telah lama berlalu
Walau telah lama bersedih
Walau telah lama berlaku
Walau telah lama bersendu

Masih kuat bayang itu
Masih jelas lambaian itu
Masih terang renungan itu
Masih nampak hasrat itu

YA ALLAH,

Teguhkan IMANku, 
Tetapkan IMANku

DAN  

Kuatkan hatiku ini
Tabahkan hatiku ini
Perkasakan hatiku ini
Sabarkan hatiku ini

Dalam menempuh RASA yang ada
Dalam menghadapi RASA yang datang
Dalam mengalami RASA yang wujud
Dalam menerima RASA yang singgah

Janganlah KAU balikkan diri ini
Janganlah KAU pesongkan hati ini
Aku tidak mahu merasakan cerita dulu lagi
Aku tidak mahu mengingati cerita dulu lagi

Cerita itu cukup memberi kesan pada hati
Cerita itu cukup membuat calar pada hati
Cerita itu cukup membuat parut pada hati
Cerita itu cukup memberi resah pada hati

Aku mohon YA ALLAH,

Kau padamkanlah cerita itu dalam diriku

13 comments:

  1. cerita masa lalu...
    membuatkan aku hanya mampu tersenyum...
    dan aku sudah memaafkan aper yg berlaku dalam cerita itu.....

    utk cerita masa depan...
    aku akan terus melangkah...dan terus melangkah....
    mencari PACAR yg baru lagi hensem...

    kekkekekkekkekeke

    ReplyDelete
  2. cerita masa lalu...
    membuatkan aku hanya mampu tersenyum...
    dan aku sudah memaafkan aper yg berlaku dalam cerita itu.....

    utk cerita masa depan...
    aku akan terus melangkah...dan terus melangkah....
    mencari PACAR yg baru lagi hensem...

    kekkekekkekkekeke

    ReplyDelete
  3. Salam bang Ad...

    Wah ke KL hari nih. Pastinya akan mengusik nostalgia di zaman muda remaja....

    Setiap penjuru jalan tentunya bercerita dan berkisah.....

    Hati2 dalam perjalanan...moga semuanya diermudahkan Allah!

    ReplyDelete
  4. Masa lalu itu untuk tauladan. Masa lalu itu untuk pengajaran. Masa lalu itu untuk memori. Selamat jalan2 KL yer. ;)

    ReplyDelete
  5. klu dtang ampang dan nak lepak2 kat white coffee waterfront roger2 lah bozzo...

    ReplyDelete
  6. salam..

    "Sedihku nampak
    Piluku jelas
    Sebakku dengar
    Esakku terang.."

    ayat yang paling best menyentuh rasa..tq singgah anaklaut..

    ReplyDelete
  7. tahniah utk adk nk konvo....
    snap ler pic byk2 wat kenangan...

    ReplyDelete
  8. mungkin sukar untuk memadamkan kenangan semalam
    tapi boleh dilipat menjadi sejarah..sekadar mengenang bukan meratapi..kan?

    ReplyDelete
  9. thanks visiting my blog...nice blog u have...

    mcm2 perasaan baca entry nie..hehe

    ReplyDelete
  10. Mungkin Allah tidak mahu Ad lupakan masa lalu itu supaya dgn nya ad boleh jadikan iktibar dan pengajaran... utk dijadikan teladan menghadapi hari2 yg akan datang...

    ReplyDelete
  11. >> wah..turun KL bukan nyer nak call kan?
    jumpa bloggers lain jer....

    huhuhuhu sedeh *

    ReplyDelete
  12. salam ad,
    heeeeeeeeeeeee kalo dah sampai kl,calling3 lah, leh jumper, hahahhah

    cerita tentang masa lalu
    cerita tentang kau dan aku
    kini hanya tinggal kenangan
    kau abadi dalam hati ku

    heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  13. Sesak nafas ku bile mengenangkan itu
    segala kenagan masih terpahat di benak fikiranku
    semoga aku tabah menghadapinya
    agar hati ku tidak lagi merintih sayu.

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)