Wednesday 28 October 2009

JEJAKI LANDAS INI


Jejak ini
Langkah ini


Pada landas ini
P
ada jalan ini
Pada arah ini

Pada arus ini


Aku harus juga terbang
Aku harus juga telusuri

Aku harus juga rentasi

Aku harus juga harungi


Andai landasan ini berlubang
Andai jalan ini berliku

Andai arah ini bercabang

Andai arus ini deras


Aku sanggup tergelincir
Aku sanggup terbabas

Aku sanggup sesat

Aku sanggup lemas


Kerana aku yakin
Landas aku akan kembali rata
Jalan aku akan kembali lurus
Arah aku akan kembali satu
Arus aku akan kembali tenang

Saat itu ketika itu
Tiada lagi mungkir

Tiada lagi singkir

Tiada lagi pinggir

Tiada lagi kikir



p/s:Sebenarnya AD nak post entri yang ada dalam hp AD seperti yang AD nyatakan pada entri yang lepas tetapi bila masuk ke blog untuk menaip entri tersebut lain pulak fikiran yang datang tiba-tiba AD menaip jer apa yang terlintas difikiran AD tidak sampai 10 minit lahirlah puisi seperti diatas.. Tidak semena-mena fikir itu datang dan dititipkan disini menjadi satu entri yang bertajuk JEJAKI LANDAS INI..Fahami dan selamilah puisi ini dan anda akan memahami sesuatu berdasarkan diri anda.. Mungkin setiap orang akan memahaminya berdasarkan persepsi masing-masing dan AD akan fahaminya berdasarkan persepsi Ad sendiri.. Selamat cuba memahami.. hehe..Entri seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas akan ditunda untuk entri yang akan datang...hehe

7 comments:

  1. Salam Ad.Rifza.

    Nukilan sepontan kekadang lebih baik kerana ianya datang secara terus menerus dan bertali arus ideanya.

    ReplyDelete
  2. sekilas pandang, tajuk entry nie "LELAKI TANDAS INI"..huhu...dah kabur mata nie..ngantuk dah rupenyer...

    ReplyDelete
  3. LEENOH - Yaa bila spontan ianya terus dari hati ek..tiada selindung..huhu..kena teruskan kalau tidak terus lupa...hehe

    ReplyDelete
  4. E.D.Y.-Huhu...mata EDY dah kaburr..biar kabur pandangan jgn kabur hati..hehe

    ReplyDelete
  5. landas faisal dah kembali lurus, tidak berombak dan tenang seperti diimpikan :)

    ReplyDelete
  6. FAISAL-Alhamdulillah..itu yang sering kita impikan..Jalan yang lurus dan tenang..

    ReplyDelete
  7. ++ kalau tak berapa nak paham..mcm mana eh? hehee ++

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)