Friday 21 September 2012

Sampai bila?



Sampai bila?

Aku masih disini
Masih di desa ini
Sedangkan orang lain sudah pergi
Mencari dan meneroka hasrat hati

Aku masih ditakuk ini
Masih seperti dulu
Menunggu yang belum pasti
Demi mencapai redha illahi

Tanggungjawabku berat
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang peduli
Tiada siapa yang lihat

Aku tidak sanggup lepaskan tanggungjawab ini
Kerana aku tahu tiada siapa yang mampu
Seperti apa yang aku mampu korbankan selama ini
Kerana ini adalah pengorbananku

Mungkinkah ada sinar suatu hari
Mungkinkah ada cahaya dihujung jalan
Yang membuatkan hasrat hati boleh mencari
Untuk mengisi segala resah dan kehendak diri selama ini

Tapi sampai bilakah ?
Sampai bila?

Aku tidak ketahui
Kerana ini jalan ALLAH
Aku lalui apa yang aku terdaya
Kerana hajat hati hanya mencari redhaNYA jua

~AD RiFza~
4.30 Pagi
21 September 2012

6 comments:

  1. insyAllah akan tiba masanya suatu hari nanti

    ;)

    ReplyDelete
  2. Syazwan - Fuuyyyooo...hehe..INSYALLAH suatu masa dan ketika..:-)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.....pasti sampai masanya. Bersabar, berusaha dan berdoa....

    ReplyDelete
  4. Kita bertanya kitalah perlu jawabnya,
    Setiap jalan ada arahnya,
    Setiap arah ada destinasinya,
    Setiap destinasinya ada penamatnya,
    Penamatnya adalah hasrat,

    ReplyDelete
  5. Wanpetunjuk - INSYALLAH..Masanya situasinya keadaannya ketentuaNYA jua..

    ReplyDelete
  6. Zila - Kadang2 kita tiada jawapan bagi setiap pertanyaan..kadang2 jawapan itu seolah2 terkunci menunggu masa..masa yang penuh dengan hasrat yg boleh dilaksanakan...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)