Saturday 11 April 2009

Apa yang kita cari..

Dalam aliran perjalanan hidup ini kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai menu hidup..Kita hanya perlu memilih yang mana kita mahu..Ada yang manis ada yang masin ada yang tawar dan ada yang pahit..Pilih sahaja apa yang kita mahu dan hendak..Tiada siapa menghalang apa yang kita ingin pilih dan jalani..

Tetapi apakah kita tidak perlu fikir dan sensitif terhadap apa yang kita pilih dan jalani itu bersesuaian tidak dengan norma-norma hidup pada manusia yang lain..


Mungkin akan ada yang berkata:

"Lantak akulah hidup aku..apa aku kesahh..."

"Biaq pi laa apa yang aku mau.."..

"Ikut kawe laa apo hok kawe nok buak demo apo peduli.." ..

"Hei ikut suka I laa apa yang you sibuk2 sangat pasal I..."..

"Well I still muda belia lagi you..nanti I bertaubatlah.."...

"Tak koser ngan you ni taww duk bzbody hal I taww.."..

"Jangan kacau hidup aku,aku tau apa aku buat..get lost.."..

"Pi mampus laa ko dengan nasihat kau tu..."


dan lain2 lagi dialog yang diorang rasa diorang bebas melakukan apa sahaja atas muka bumi Allah ini..Sampai orang yang memberikan nasihat dan teguran di anggap pengacau privacy orang lain...


Dimana hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan penciptanya?...Adakah bila kita melakukan sesuatu yang salah disisi tuhan orang lain tiada hak hendak memberikan nasihat atau teguran?..Tidakkah kita rasa berterima kasih apabila ada orang yang sanggup menunjuk ajar dan ambil berat hal kita?..Tidakkah kita rasa bersyukur sangat2 masih ada orang yang ingin melihat kita menjadi baik dan terbaik ?...


Apa yang kita pilih itu tidak akan berakhir disitu..Kita sebagai seorang yang ada agama kita wajib mengetahui bahawa apa yang kita lakukan dalam hidup ini ada suatu hari dimana kita semua akan dihisab nanti..Suatu hari perhitungan yang tidak dapat kita takwil lagi segala apa yang kita lakukan diatas mukabumi Allah ini.so sbgai seorang yang beragama kita seharusnya malah wajib memilih jalan hidup yang diredhai Allah bukan jalan hidup yang terang-terang terpesong dari jalanNYA... yalah mungkin dalam tempoh perjalanan itu ada kita tersilap dan tersalah langkah tetapi Allah maha mengetahui dan DIA tahu apa yang hati kita rasa..Pintu taubat masih terbuka luas selagi matahari belum naik dari barat..Sama-samalah kita bermuhasabah dan menghisab diri kita setakat ini dimana kita dan apakah yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini..Jalanilah hidup ini dengan suatu yang mendapat redha dan barakahNYA.. Insyallah.. tiap niat yang baik itu akan dipermudahkan olehNYA..

21 comments:

  1. life is about choices.

    betul tak ad?

    ReplyDelete
  2. FAISAL-Yup betul choices..Pilihlah dgn sebaik-baiknya..dan rasa org lain juga harus diambil kira..

    ReplyDelete
  3. nak nasihat org2 yg degil kena tepat pada masa dan tempat...klu tak tak makan saman punya...

    ReplyDelete
  4. Bila kah masa dan tempatnya itu?..hehe..

    ReplyDelete
  5. betul tu, manusia ni cepat sgt terasa dan melenting kalau ditegur, biarpun utk kebaikan mereka juga.

    ReplyDelete
  6. IZMAN-Yup betul tu izman..cepat sgt sentap or whatever kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Kita serupa walaupun tidak sama.Entri yang sangat baik, teruskan dan istiqamah.
    Berfaedah dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. LEENOH-Hanya suatu rasa utk menyatakan apa pernah dirasa..Insyallah..Terima kasih..

    ReplyDelete
  9. manusia yg sabar adalah manusia yg x cpt melatah..

    tul x pokcik Ad? :D

    ReplyDelete
  10. kita lah apa yang kita fikirkan...hidup ini singkat..

    ReplyDelete
  11. kimi cari keredhaan yg abadi.... namun masih samar rasanya

    ReplyDelete
  12. Tepuk dada tanya selera. Dah cuba nasihat kan? So, dah terlepas dah dari tanggungjawab. Manusia ni kadang2 dah terkena baru 'bangun'. :P

    ReplyDelete
  13. GREEN JADE-Betul makcik tinie..haha..Jgn cepat melatah...hehe

    ReplyDelete
  14. IXORA-Kita yang kita fikirkan?..hmmm...mmg hidup ini singkat thats why kita kena buat yg baik dan terbaik dalam hidup supaya apa yg kita ada dan dapat itu mendapat redha Allah..Insyallah...

    ReplyDelete
  15. ALHAQIMI-Pencarian itu tiada penghujungnya..Dalam hidup ini pencarian itu tidak putus..selagi mana kita masih mampu mencari kita wajib mencari..Insyallah..Jalan itu akan dipermudahkannya jika nawaitu kita baik..

    ReplyDelete
  16. CAHAYA-Yup manusia ni kdg2 bila sesuatu terjadi pada diri barulah hendak melihat kembali apa yg dia lakukan..kdg2 kita lalai dari jalannya..Tapi buat masa skrg kita masih ada peluang dan kesempatan itu..Insyallah ..

    FAISAL-Keinsafan itu perlu dalam kita meneruskan kehidupan yg lebih baik..Insyallah..

    ReplyDelete
  17. kekdag kiter tk dpt apa yg kita cari...

    ReplyDelete
  18. WAHIDAH-Yup memang kdg2 kita tak dapat apa yang kita cari tetapi kita harus sentiasa mencari dan mencari sehingga lah berjumpa apa yang kita cari..Insyallah..

    ReplyDelete
  19. yang penting keikhlasan masih terletak dihati kitakan ad...

    ReplyDelete
  20. ALHUSSAINI-Yup yg penting kita ikhlas..hmmm

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)