Thursday 4 June 2009

Liku Perjalanan Ini



Suatu langkah jalan hidup yang masih lagi jauh..


Aku tidak bisa mencongak masa dan waktunya..


Masa dan waktu itu semakin jauh aku rasa..


Gapai tanganku semakin longlai..


Langkah kakiku semakin lemah...


Jalan itu ingin sangat aku lalui ..


Tapi banyak sungguh rintangan dan cubaan yang harus aku hadapi..


Di kiri dan kananku pelbagai halangan datang..


Semakin sesak rasa dadaku dan singkat nafasku rasa...


Walau apa sahaja yang datang mencuba aku tetap gagahi juga langkahku..


Aku kuatkan tekad hati dalam mencapai suatu realiti diri...


Halangan dan cubaan itu satu persatu aku tepis dan lempar...


Aku kuak semua lalang tajam yang menghalang langkahku ini...


Aku tebas semua onak dan duri yang ada menanti...


Walau terguris darah hatiku tiada yang boleh menghalang lagi...


Tekad semangat akan ku terus juang sampai ke titis darah yang terakhir...

13 comments:

  1. berbakat bro Ad kita nie dalam membuat puisinya tu..byk dpt idea nie..kuat mengelamun ker setiap hari..komen sket :)

    ReplyDelete
  2. PYRO-Hehe...Takdelaa mengelamun..cuma merasa suatu rasa...maybe diri sendiri atau org lain..Bila kita letak diri kita dalam satu situasi kita dapat merasakan sesuatu...hehe..Sudah komen k..hehe

    ReplyDelete
  3. ad memang berbakat dari dulu lagi... ada jer kalimah2 keramat keluar dari entry dia.

    looking at the above, ad nak melangkah ke mana? jom langkah ke masjid.,.. opss

    ReplyDelete
  4. Kukuhkah tapak saat langkah tersadung sembilu? Berapa harga ketabahan kala hati calar terluka?

    ReplyDelete
  5. AREP- Melankolik hati justifikasi rasa...ehhe..jom ke masjid..solat jemaah..hehe

    ReplyDelete
  6. SUFI IDANY-Tapak perlu dikukuhkan juga walau sembilu tersadung..Tebas segala sembilu ,walau hati tercalar luka tapi ketabahan akan meleburkan segalanya..Moga yg tidak baik menjadi baik..Dengan izinNYA...

    ReplyDelete
  7. Dan begitulah perjalanan... bermacan halangan duri dan onak... tapi halalangan-halangan itulah sebenarnya menjadikan kita lebih kreatif, kuat dan semangat...

    selagi belum sampai destinasi.. terus melangkah. jgn sekali-kali berputus asa... ujian dan dugaan - itulah kehidupan

    ReplyDelete
  8. CHIME-Yup betul tu Chime..Apa yg berlaku membuatkan kita lebih kuat malah lebih bersemangat utk menempuh dan meneruskan perjalanan diri..walau onak dan duri itu akan ada sepanjang jalan hidup ini langkah tetap diteruskan sampai destinasi yg pasti..Andai tewas lagi tiada putus asa untuk meneruskan perjalanan lagi dan lagi..Insyallah..

    ReplyDelete
  9. tak berapa sangat baca artikel..
    dok tgk pic kat atas tu....

    hahahha tu pic tangan abg ad eh....gagah perkasa....hahah

    lariiiiiiiiiikkkkkkkkk

    ReplyDelete
  10. YANIE-Mmg abg ad pun..selalau gi gym..haha...ngarut dik yah...cubit pipi kang...ahaks..

    ReplyDelete
  11. redha dan tawakal saja apa yang akan berlaku kelak.. Allah S.W.T tahu apa yang terbaik buat kita...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)