Saturday 8 August 2009

PALSU RASA


Dalam langkah jalan ini

Aku sering keliru

Keliru dengan rasa yang ada padamu

Aku sering curiga

Curiga dengan rasa yang kau pamerkan


Aku cuba fikir dan menelah

Tapi saat itu juga telahan aku salah

Aku cuba menyakinkan diri

Tapi yakinku juga tiada hasil


Mana ikhlasnya sayangmu

Mana ikhlasnya kasihmu

Sedangkan aku memberikannya lebih

Sedangkan aku meluahkannya ikhlas


Aku sering gagal memahamimu

Aku sering patah dalam pujukmu

Tapi aku keliru akan sayangmu

Tapi aku curiga tentang kasihmu


Kuatnya aura lagakmu

Yang membuatku lemah

Kuatnya manis kata-katamu

Yang membuatku kalah


Bicaramu puitis

Pujukmu rela

Manjamu memikat

Cantikmu menarik


Saat ini aku masih lagi kasih

Saat ini aku masih lagi sayang

Adakah aku dayus dalam menilai

Adakah aku gagal dalam menafsir


Palsukah rasa yang ada padamu

Palsukah lagak pameran dirimu

Palsukah ucapan sayangmu

Palsukah sentuhan kasihmu


Moga tuhan berikan aku jalan

Moga tuhan tunjukkan aku bukti

Moga tuhan serlahkan benar dirimu

Moga tuhan nampakkan selindungmu


Aku sering berdoa

Aku sering berharap

Agar aku tidak lagi salah

Agar aku tidak lagi resah


15 comments:

  1. Salam.
    sayang padanya perlu bergantung pada-Nya.
    kasih padanya perlu reda-Nya.
    kasih tanpa-Nya adalah palsu.
    rindu emosi mengundang kemurkaan-Nya.
    istikharah dan sujud pada-Nya, keputusan terbaik.

    ReplyDelete
  2. salam... bt sesuatu kerananya.. pastu allah akan bantu kita... senyum selalu..

    ReplyDelete
  3. wah..... nk nangis bace puisi ni......

    Rasa sayang dan kasih begitu sukar utk di mengerti.. Terlalu sukar utk di selami.. Yang aku pasti.. cinta ini.. tidak bisa di terus kn lagi...

    ReplyDelete
  4. Sukar untuk menduga hati seseorang jika kita tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan kita, ikut kata hati dan bukannya fikiran..
    Hati tidak mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuk mencipta helah…

    ReplyDelete
  5. tk suke benda2 yg palsu ne..

    palsu penipuan sumernya tk suke..

    ReplyDelete
  6. Bercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa curiga.
    Bercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa keliru.
    Bercintalah sepenuh hati tanpa ada rasa sangsi.

    Sebab kalau asyik fikir curiga, keliru dan sangsi tu yang akan bunuh cinta. Bukan kerana mereka tidak cinta. Tapi cinta mereka dipersoalkan.

    ReplyDelete
  7. LEENOH-Itulah yang perlu kita lakukan dalam mencari suatu dalam hidup ini..Penetapan hajat hati adalah dengan istikharah..Moga Allah tunjukkan jalanNYA..

    ReplyDelete
  8. FARIDMW-InsyALLAH ,Allah akan membantu hambaNYA yang ikhlas dalam meminta..

    ReplyDelete
  9. SEKEPING HATI-Aikk dia lak nak nanges..hehe..Suatu yg sukar dalam penafsiran rasa kasih dan sayangkan?..hmm...Moga Allah tunjukkan jalanNYA..InsyALLAH..

    ReplyDelete
  10. ILLYANI-Sukar sebenarnya untuk menyelami lubuk hati org lain..Pelbagai tafsiran kita akan dapat..Hati tidak berbohong ek?..Hmmm mungkin..gerak hati kita mungkin dapat menafsirkan sesuatu..

    ReplyDelete
  11. hati tidak pandai berbohong..
    yang selalu berbohong ialah akal kita..
    bila hati dan akal tidak selari.. itu yang jadi masalah...
    segumpal darah adalah hati.. kotor hati..kotor lah segalanya.. jadi bersihkan dulu hati.. barula mata hati akan terbuka...
    insyallah...
    segalanya dngan izinnya...

    ReplyDelete
  12. WAHIDAH-Mmg palsu seme org tak suka kan..hehe

    ReplyDelete
  13. CAHAYA-Bagaimanakah bila cinta itu palsu?..hanya didepan sahaja cinta belakangnya tidak...palsu semata2..mungkin juga kerana ingin mengambil kesempatan..
    Didepan cinta di belakang dusta...

    ReplyDelete
  14. cinta palsu itu mmg menyakitkan..

    perasan palsu buatkan kite benci...

    tpi klau gigi palsu buatkan nenek gumbira...

    hahahaha

    =p

    ReplyDelete
  15. MRSYAZWAN-Hehehe...lawak yea...kalo nenek tertelan gigi palsu pun menyakitkan jugak..
    Palsu semata2..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)