Monday 14 December 2009

Aku pulangkan tadbir hati



Lagakmu kini culas
Senyummu kini hambar
Gerakmu kini lemah
Inginmu kini malas

Aku masih setia membelai
Aku masih setia mengasih
Aku masih setia menyayang
Aku masih setia melindung

Aku masih tegar menghubung
Aku masih tegar mengutus
Aku masih tegar menggerak
Aku masih tegar mencorak

Kau kembali terlihat yang dulu
Kau kembali menagih yang dulu
Kau kembali mengharap yang dulu
Kau kembali terpikat yang dulu

Wujudku kini seolah-olah tiada
Wujudku kini seolah-olah mainan
Wujudku kini seolah-olah bayang
Wujudku kini seolah-olah persinggahan

Aku tidak mampu mengubah rasa
AKu tidak mampu mewarna hajat
Aku tidak mampu mencerah pudar
Aku tidak mampu mengikis kehendak

Aku kembalikan tadbir hati
Aku kembalikan singgah rasa
Agar kau kembali bahagia
Agar kau kembali ceria

Setelah engkau melangkah pergi
Setelah engkau tinggalku sepi
Jangan pandang aku lagi disini
Kerana luang untukmu tiada lagi.

13 comments:

  1. pulangkan saja pada yg tak sudi
    berikan pada yg menyayngi
    itu mungkin lebih bererti
    semoga bahagia nanti

    heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. nape laa asyik dok madah berhelah? jumpa rosman kat facebook. kenal tak? cari la dia Rosman Mardzuki.

    ReplyDelete
  3. BLUECITY-hehe...Siapakah yang sudi?..haha..Pulangkan..pulangkan..

    ReplyDelete
  4. IBU ZAAZ- Madah yang menafsirkan rasa sesuai dengan teman blog melankolik..hehe..Rosman?..Rosman mana ek?

    ReplyDelete
  5. salam....


    bro..best puisi nih..so proud of u..

    ReplyDelete
  6. pulang pada yg tak sudi
    beri pada yg sudi..
    =)

    ReplyDelete
  7. PULANGKAN
    PULANGKAN..

    MACAM TAJUK LAGU PULAK..HEHE

    ReplyDelete
  8. SYAZWAN- Beri pada yang sudi?..siapakah yg sudi menerima?hehe..

    ReplyDelete
  9. @XIM- Misha Omar nyanyi ek?..hehe.. Pulangkan..Azim dah pulangkan blom?..hehe

    ReplyDelete
  10. salam maal hijrah ad,

    jom jom kita hijrah
    heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  11. abg ad.. piusi ni yani nak post kat note Fb yani leh... hehe tuk kawan yang yani baru lepas putus cinta..

    leh?

    ReplyDelete
  12. ILLYANI- Ok jer...hehe..kena letakla karya sapa..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)