Saturday 26 December 2009

REBAH DALAM SEDAR

Rebah dalam meneroka
Rebah dalam mencari
Rebah dalam mengintai

Rebah dalam meniti


Kadang-kadang jalan itu kita nampak

Kadang-kadang jalan itu kita kabur

Kadang-kadang jalan itu kita keliru

Kadang-kadang jalan itu kita rebah


Punah hasrat dibidas
Rosak hati ditawan
Beku niat dirasuk
Kaku jasad digoda

Menjulur kita henti
Merangkak kita jatuh
Berjalan kita rebah
Berlari kita sungkur

Tapi,

Syukur ALHAMDULILLAH,


Kita masih ada peluang
Kita masih ada masa

Kita masih ada ruang

Kita masih ada rasa


Untuk perbaiki diri

Untuk muhasabah diri

Untuk melihat kedalam diri

Untuk menafsir rasa diri


Moga jalan kita ditunjuk
Moga arah kita dipandu

Moga gerak kita dipantau

Moga rasa kita dibelai


Jalan kita diharapkan lurus

Arah kita diharapkan lancar

Gerak kita diharapkan telus

Rasa kita diharapkan sedar



12 comments:

  1. rebah dalam sedar??maksudnya, ngigau pastu tido balik..hehe

    ReplyDelete
  2. Masa, peluang, ruang dn rasa.... kita antara yang bertuah.

    ReplyDelete
  3. salam....

    saya sangat kagum dengan anda..puisi yg sangat hebat..

    ReplyDelete
  4. salam ad,
    sihat ke?

    rebah dalam sedar!
    kadang2 kita sedar
    kita tahu
    kita faham

    tapi
    kerana sesuatu
    kerana rasa
    kerana sayang
    kerana perasaan

    kita samggup rebah
    walau kita sedar

    heeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. EDY-Igauan E.D.Y lee tu...eheh...

    ReplyDelete
  6. SUFI- Bertuah untuk mengecapinya..yg mana org lain tiada peluang..peluang yg kadang2 mengajar kita menjadi lebih baik..Baik dalam hidayah ALLAH..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  7. ANAK LAUT- Terima kasih kerana sudi membaca puisi dan memahami isi..hmm

    ReplyDelete
  8. BLUECITY- Alhamdulillah sihat...Kita sanggup rebah kerana pelbagai rasa yang ada..tapi harap kita kita sedar kembali menelusuri hari agar kita ambil iktibar ..INSYALLAH...

    ReplyDelete
  9. rebah dan ketawa seorang diri :P

    ReplyDelete
  10. BOOKSGILA- Kalau ketawa sorg diri tu dah lain tu...hehe

    ReplyDelete
  11. salam ad,
    semoga 2010 memberi kebahagian buat ad,

    take care ya

    ReplyDelete
  12. BLUECITY- Selamat Tahun Baru 2010 City..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)