Saturday 6 September 2008

Dugaan itu ada hikmahnya...

Salam ramadhan bloggers semua..Hari ini tiada apa nak buat..Nak keluarpun malas rasanya lebih2 lagi keadaan kaki Ad yang sakit..Sakit yang menguji Ad dibulan yang mulia ini...Semalam sakit ini amat sangat sampai jalan terhencot2...Sakit ini kembali menyerang..Tiba2 semasa berterawikh disurau..tapi alhamdulillah Ad dapat sempurnakan terawikh pada malam itu..Tetapi malam tadi sakit ini masih tidak reda dan Ad berterawikh dirumah sahaja buat setakat yang mampu..Mungkin ubat masih tidak memberi kesan..Pagi ini alhamdulillah sakit ini berkurangan..Tapi masih lagi terasa bila digerakkan ibu jari kaki..Moga ianya beransur pulih dengan izinNYA...Biasanya bila sakit Ad perlu makan ubat itu dua jam sekali sampai terasa mual..Tapi oleh kerana bulan puasa Ad tak boleh makan ubat so terpaksa tahan sakit sampai waktu berbuka..Sudah lama Ad tidak mendapat sakit ini..Mungkin ini dugaan dibulan yang mulia ini..Adakah kesakitan itu penghapus dosa??..Mungkin..Dugaan ini ada hikmahnya kan?..
Sempena bulan yang mulia ini mari kita sama-sama membaca dan menghayati hadith2 Rasulullah yang berkaitan..Mungkin kita dapat manfaat darinya...Insyallah...

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Segala yang berlaku kepada kita tentang apa sahaja seperti bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa diri kita adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) dosa dan kesalahan yang mungkin kita lakukan.Sesiapa yang menyifatkan dugaan yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda maka mereka akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

9 comments:

  1. betul tu ad... dugaan itu ada hikmahnya... semoga ad tabah menghadapi dugaan ye :)

    selamat menyambut ramadhan al mubarak ad :)

    senyum sokmo!

    ReplyDelete
  2. dugaan ttp dugaan.hope kaki cpt smbuh.tq 4 yr comments..

    ReplyDelete
  3. bulan ramadhan memang banyak dugaan. sabar je....

    ReplyDelete
  4. my friend cakap, sakit itu NIKMAT!

    **Allah beri kesakitan, dugaan untuk kita ingat pada Dia... Semoga Ad cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan dan selamat hari raya.

    ReplyDelete
  6. ramadhan memang bulan dugaan ad..

    sabarlah..

    ReplyDelete
  7. BLOGGERS - Terima kasih semua.. Kesihatan AD bertambah baik.. alhamdulillah..cuma AD tgh berpantang kpd makanan2 yg alergik yg boleh meningkatkan uric acid..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)