Tuesday, 28 October 2008

ADA YANG ...??

Didalam perjalanan hidup kita,kita mengenali ramai orang ,ada yg kita kenal dalam kehidupan seharian dan ada juga kita kenal dialam internet.. Pelbagai ragam dan jenis sifat manusia kita temui.. Ada yang baik ada yang sebaliknya..Ada yg baik didepan tidak dibelakang..Ada yang menipu..Ada yang norma hidup mereka kita tidak dapat terima..Ada yang kita suka dengan cara hidup mereka.. Ada yang kita respek dengan apa yang mereka ada.. Ada yang kita meluat dengan sifat mereka.. Ada yang kita benci bila mereka menunjukkan sifat mereka.. Ada yang didepan kita kata lain dibelakang kita lak cakap lain.. Ada yang ego dengan kata2 mereka..Ada yang cukup merendah diri.. Ada yang bangga dengan jalan hidup mereka.. Ada yang suka menunjuk-nunjuk.. Ada yang suka berahsia.. Ada yang tidak mahu menerima nasihat.. Ada yang fikir diri mereka sahaja yang betul.. Ada yang tidak mahu mengaku kesilapan mereka.. Ada yang tidak sedar mereka melakukan kesilapan.. Ada yang kembali kepangkal jalan.. Ada yang terus-terusan dengan jalan hidup yang salah.. Ada yang datang sekejap dalam hidup kita.. Ada yang kekal berkawan sampai sekarang.. Ada yang cukup jujur ,ikhlas dan setia berkawan.. Ada yang suka gaya hidup yang mewah dan uptodate.. Ada yang suka gaya kampung.. Ada yang sederhana sahaja.. Ada yang suka menyalahkan orang lain.. Ada yang suka mengaku kesilapan diri.. Ada yang pemarah.. Ada yang pengutuk.. Ada yang sentiasa cool..dan Ada yang sentiasa senyum sokmo...hehe..
Ada tak ciri-ciri itu pada diri anda semua?..Kalau yang baik perlu dikekalkan tapi kalau sebaliknya masih ada masa perbaiki diri menjadi lebih baik..Sama-samalah kita bermuhasabah diri supaya menjadi insan yang mulia disisi manusia dan yang penting disisi Allah..Insyallah..

13 comments:

  1. cerita ttg manusia ni banyak. tak terkira. harap² kita semua dijauhkan dari kemungkaran dan harap² hubungan yang terjalin sesama manusia di dlm blogsphere ni mendatangkan kebaikan.

    p/s: amalkan kebaikan, jauhi kemungkaran.

    ReplyDelete
  2. CAHAYA- Insyallah..Moga kebaikan jua yang kita cari dan kita dapati...
    Dan sama-sama jauhi kemungkaran...insyallah benda yg baik Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  3. Salam bro...suatu penulisan mudah dan ringkas...terkesan pada kehidupan harian...

    Benar2lah...semuanya kadang2...dan itu adalah hakikat yang perlu kita sedari...

    Moga2 kita masih lagi berada di bawah lindungan dan rahmatNYA...amin....

    ReplyDelete
  4. Wan- Yup moga kita sama2 dibwah lindungan dan rahmatnya..Insyallah..

    ReplyDelete
  5. salam...
    memang sukar untuk mencari seuatu yang sempurna dalam suatu kesempurnaan diri. Hanya iman dan takwa yang menentukan segalanya hidup kita kearah yang bagaimana...

    ReplyDelete
  6. PUTRA745- Yups thats true...iman dan takwa yg memandu hidup kita ke arah mana jalannya..adakah kita mengikut arus atau menongkah arus...

    CHEMPAKA - Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. sebenarnye kan ad, manusia susah betul nak hilangkan ego dan mengaku kesalahan diri sendiri. selalunye lebih suka menuding jari dan menyalahkan orang lain dari memohon maaf dengan tulus ikhlas. haiz... semakin maju kita semakin mundur kelakuan kita kan? pelik tapi benar.

    ReplyDelete
  8. Pelbagai ragam sifat manusia ni... tu yang buatkan hidup jadi meriah.

    ReplyDelete
  9. FAISAL- Mmg begitu sifat manusia ssh nak ilangkan ego dan mengaku silap diri..Tapi tindakan mereka menyalahkan org lain itu masalahnya..Kalau duk diam jer takpe tapi bila menyalahkan org lain itu yg menjadikan sesuatu itu lebih mundurrr sebenarnya...

    CHIME-Itulah manusia dengan pelbagai sifat yg lemahnya bila ianya melibatkan manusia lain..kalau diri sendiri tanggung takpe tapi bila melibatkan org lain orang lain yg merasakan...then timbullah sakit hati,benci membenci,dengki mendengki...hmm ragam manusia bila dibicarakan tidak akan habis..tapi perlu juga dibicarakan utk org lain berfikir...

    ReplyDelete
  10. Mudah dan difahami..
    metafora jugak..

    sangat mendalam maksud yg hendak disampaikan

    ReplyDelete
  11. MOHD RAZ- Yup mendalam bagi yg memahami..ahaks..Metafora tu apa ek?..hmmm

    CHEMPAKA-alamak! tagged?..adusss

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)