Saturday 11 October 2008

MENCARI SEMPURNA....

Jiwa Ad celaru dan buntu..Kenapa ramai yang tidak menghargai diri kita?..Adakah kita tidak cukup baik dengan orang sampai orang sanggup melukakan hati kita?..Dalam Ad duk baca beberapa buletin kawan kat friendster Ad terbaca buletin ini dan terlintas dimasukkan dalam blog untuk entry kali ini...Sama2lah kita cuba menghayati dan menafsirkan kata2 ini untuk panduan diri kita..Moga kita akan dapat ketemui sesuatu..."Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...."

19 comments:

  1. pernah gak terbaca dlm email. betul tu. setuuju dengan apa yg ad tuliskan.

    apabila hati telah dilukai, susah untuk dilupai.

    ReplyDelete
  2. biarkan org tak hargai diri kita janji kita hargai diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. FAISAL-Memang kita sering dilukai, memang amat perit tetapi org tidak nampak mereka melukakan hati kita dgn kata2 atau apa sahaja...Tetapi bila kita melukai org akan sebut sampai bila2..

    BOZZO- Kita sentiasa menghargai diri kita tetapi jauhh disudut hati kita juga inginkan sekurang2nya org menghormati dan menghargai diri kita..

    ReplyDelete
  4. Wow Ad! Nice la. Agak menarik la. Tk pernah baca sebelum nih.. But ape yg ade kat situ mmg reality nyer! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. sedeh seot madah2 tu.. and tepat. desyum

    ReplyDelete
  6. SKULLSPLITTER-Tak pernah baca?..Ad perenggan yang atas tu dh banyak kali org send sms..hehe..Get something and share something..So think something..Mudah-mudahan kita mendapat sesuatu..Insyallah

    ReplyDelete
  7. IDA- Sedih ek?..Paling tepat dimana tu ?ngeh2..deshumm gak...hehe

    ReplyDelete
  8. waaa.. AD jiwang.. hehehe.. Good information!

    ReplyDelete
  9. SAAD-Bukan jiwang bermelankolik jer..ngeh3..

    ReplyDelete
  10. Nice... kesempurnaan itu bukan terletak pada luaran... dan bukan senang mencapai kesempurnaan itu...

    **jgn dicari... insyaAllah dtg sendiri... yang penting, dalam hati ni, ikhlas!

    ReplyDelete
  11. QISTINA - Yup..Keikhlasan penting dalam kita mencapai kesempurnaan..

    ReplyDelete
  12. salam add...tak tau nak contack kut mana??? kenal lagi tak??? Dea..

    ReplyDelete
  13. DEA - Hmm.Kak Dea ek?Zamnye frenkan? My Ym still exist:ad74_74..Cuma skrg kdg2 jer online..quite bz now..Or u can email me ad74_74@yahoo.com. Salam bloggers laa plak kat sini kan..hehe..Yup cinta itu memang indah bagi yg mengalaminya..

    ReplyDelete
  14. Kesempurnaan?? Dah Capai tahap kesempurnaan?? Dah berapa petala langit dah kuasa yang ada?? Haha...

    Sesungguhnya hargailah apa jua yang kamu ketemui... kerana di situ adanya rahasia yang ingin ditunjukkan oleh Yang Maha Pencipta...

    ReplyDelete
  15. ZAMSPOTTE-Tiada siapa akan jadi sempurna walaupun cuba untuk jadi sempurna tetapi jangan tidak cuba untuk menjadi sempurna..

    ReplyDelete
  16. tak akan pernah jumpa kesempurnaan sebab sempurna haya untuk Allah

    ReplyDelete
  17. CHIME-Cuba untuk menjadi tetapi takkan menjadi..Mcm targetkan sesuatu.Untuk sempurna tapi takkan sempurna..

    ReplyDelete
  18. sungguh bermakna kata2 di atas.. mengapa orang lain inginkan kesempurnaan dalam diri kita? sesnugguhnya kesempurnaan itu adalah satu perkara mustahil untuk dicapai.. hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang dianugerahkan dgn sifat kesempurnaan.. han - bi - dal252

    ReplyDelete
  19. ANONYMOUS- Yup betul tu..Manusia tidak akan sempurna walaupn cuba untuk jadi sempurna...tapi apa yg boleh kita lakukan hanyalah cuba untuk jadi sempurna(lebih baik) walaupun tidak akan jadi...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)