Sunday, 30 August 2009

SUJUD KU..

Salam Ramadhan semua bloggers dan juga pembaca blog AD RIFZA.. Kita telah sembilan hari berpuasa, permulaan peringkat rahmat bulan ini akan disambung dengan peringkat pengampunan.. Dan kita akan masuk peringkat kedua dalam bulan yang mulia ini setelah kita melepasi peringkat pertama sehari jer lagi.. Moga kita semua dapat merasai nikmat setelah 9 hari berpuasa. Nikmat dan rahmat yang tidak ada dalam bulan lain.. Cukup cepat masa berlalu.. Dengan kesibukan harian mungkin tidak banyak yang dapat kita kejar dan rebut peluang yang ada.. Dengan 20 hari yang berbaki sama-samalah kita mengejar dan merebut peluang-peluang yang tersedia untuk kita.. Moga kita dipermudahkan dalam mencari dan mengambil peluang yang ada.Peluang yang disediakan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNYA.. INSYALLAH...



Sujudku hanya padamu

YA ALLAH,

Ampunkanlah

Segala dosa ku

Segala silap ku

Segala salah ku


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

Aku alpa perintahMU

Aku abai panduanMU

Aku mungkir arahanMU


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

Aku sering berbuat dosa

Aku sering berbuat salah

Aku sering berbuat silap


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

Aku gagal dalam mencari

Aku gagal dalam meneliti

Aku gagal dalam memahami


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

KAU bukakanlah jalanku

KAU pandulah arahku

KAU tunjukkanlah kiblatku


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

Aku redha dengan nasibku

Aku pasrah dengan takdirMU

Mungkin inilah azabMU

Mungkin inilah balasanMU


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

KAU maafkanlah salahku

KAU terimalah taubatku

KAU ampunkanlah dosa-dosaku


Sujudku hanya padaMU

YA ALLAH,

Sesungguhnya

Aku tidak pernah putus harapMU

Aku tidak pernah cuai mohon padaMU

Aku sungguh-sungguh minta padaMU

KAU ampunilah aku YA ALLAH...

Thursday, 27 August 2009

KEMBALI


Rasa diri makin jauh

Rasa diri makin sayup

Rasa diri makin kabur

Rasa diri makin tenggelam


Setahun kita lalai

Setahun kita cuai

Setahun kita gagal

Setahun kita rugi


Sudah kita ditunjukkan

Sudah kita diarahkan

Sudah kita dipandukan

Sudah kita didengarkan


Arah kembali itu ada

Jalan kembali itu ada

Tempat kembali itu ada

Titik kembali itu ada


Hanya kita yang mampu

Hanya kita yang upaya

Hanya kita yang mahu

Hanya kita yang ingin


Orang lain hanya mendengarkan

Orang lain hanya memberitahu

Orang lain hanya menunjukkan

Orang lain hanya memandukan


Terserah pada diri

Terpulang pada diri

Untuk segera kembali

Tanpa berlengah lagi


Peluang itu tersedia

Monday, 24 August 2009

Jangan Sakiti Ramadhan


Lega rasa menerima kedatangan

Sejuk hati menerima kunjungan

Tenang rasa menerima kehadiran

Redha hati menerima persinggahan


Syukur rasa dengan kelapangan

Syukur rasa dengan peluang

Syukur rasa dengan ruang

Syukur rasa dengan kenikmatan


Datangnya penuh keberkatan

Datangnya penuh kelebihan

Datangnya penuh kemuliaan

Datangnya penuh kerahmatan


Jagalah bulan ini

Tatanglah bulan ini

Peluklah bulan ini

Dakaplah bulan ini


Jangan sakiti Ramadhan

Jangan engkari Ramadhan

Jangan sia-siakan Ramadhan

Jangan calari Ramadhan


Peluang yang ada harus direbut

Peluang yang ada harus dikejar

Peluang yang ada harus dikais

Peluang yang ada harus digenggam


Moga ALLAH permudahkan jalan

Moga ALLAH tunjukkan jalan

Moga ALLAH ampuni sesalan

Moga ALLAH maafkan khilafan


Ya ALLAH ,

Bersihkan hati ini dari kejahatan

Leburkanlah sifat kemungkaran

Terimalah setiap penyesalan

Ampunilah setiap kesalahan

Thursday, 20 August 2009

ENTRI MAAF - MAAFKAN AD

Diriwayatkan oleh Imam Nasaie ,Ibn Majah ,Ibn Habban dan Baihaki.Daripada Abu Hurairah Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu"
Kita semakin hampir dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan.. RAMADHAN.. Moga kita semua dapat menikmati bulan ini dengan penuh keimanan , penuh kesabaran , penuh kelapangan , penuh kemaafan dan penuh rasa khusyuk. Bulan yang menduga kita bukan sekadar lapar dan dahaga. Bulan yang menduga kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup seharian yang mana lebih kita maklum dan peka atas segala tingkah dan gerak laku kita. Moga kita berjaya menghadapinya sehingga akhir Ramadhan..INSYALLAH..
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini AD memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang AD lakukan baik secara sedar atau tidak.. AD mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam bicara di blog yang menyentuh hati dan mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca. AD mohon maaf jika ada sesiapa yang jelek dan benci bila membaca ayat-ayat yang penuh MELANKOLIK yang mana AD tidak boleh lari dari bicara MELANKOLIK kerana blog ini sememangnya blog yang MELANKOLIK. Tajuk blogpun MELANKOLIK.. AD tidak pasti sampai bila blog ini akan berMELANKOLIK.. Mungkin sampai bila-bila atau mungkin suatu hari AD akan menutup juga blog ini.. Mungkin juga blog ini akan terbiar sepi juga suatu hari.. Itu bukan dalam kuasa AD kerana hanya DIA yang menetapkan segalanya..Yang penting sekurang-kurangnya pembaca mendapat sesuatu dari entri-entri yang AD paparkan walaupun sedikit. AD juga mohon maaf sekiranya anda melawati dan memberikan komen di blog AD tapi AD sebaliknya.. Maafkan AD kerana kesuntukan mengganggu untuk AD berbuat begitu.Tapi INSYALLAH AD akan cuba juga membaca dan memberikan komen di blog anda..AD menghargai semua blog-blog yang ada..Anda berhak menyuarakan apa sahaja kerana itu adalah blog anda..

Dalam kehadiran Ramadhan ini juga AD pohon maaf pada semua kenalan tidak kiralah kenalan alam maya atau kenalan alam nyata. Maafkan sekiranya tersilap kata dan terlebih bahasa dalam berbicara.. Maaf jika tersilap kata dalam percakapan atau pun "sms" . AD tidak pernah terlintas untuk menyakiti atau melukai hati sesiapa dengan tutur bicara dan susunan ayat "sms" yang membuatkan ada yang tidak selesa atau tidak suka.. Maafkan AD.. Tiada langsung niat yang tidak baik terdetik dalam hati .Hanya sekadar gurauan untuk menceriakan suasana atau satu jalinan kata untuk mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin.. AD menghargai setiap orang yang AD kenal.. Anda semua mengajar AD sesuatu.. Sesuatu yang cukup bermakna dalam penafsiran jalan hidup yang pelbagai.. Maafkan AD ..
AD tinggalkan anda semua dalam entri ini dengan satu komen berpuisi di entri blog AD yang lepas dari http://anaklaut.blogspot.com . Mungkin anda semua akan dapat sesuatu dari puisi ini..InsyaALLAH..



Ada sebuah jalan setapak

Jauh di dalam hutan

Yang lalu bercabang

Baik dan rawan

Aku memilih menempuh

Jalan yang kiri

Aku tak punya peta

Kerana tak pernah di beri

Jalan yang kulalui ini

Kotor dan rosak

Dipenuhi tebaran mimpi

Yang patah dan koyak

Dilapisi kesalahan

Dan ditebari hati,

Yang diambil dari manusia

Dan dicabik mati

Penderitaan dan penyesalan

Banyak ditemukan di tempat ini

Kemanapun kau menoleh

Berserakan di sana sini


Aku ingin menyeberang

Ke jalan setapak yang satu lagi

Dan meninggalkan di belakang

Kemarahan menyakitkan ini

Kukira aku akan selamanya

Ditakdirkan berjalan dalam kegelapan

Dan semua gerbang

Terkunci rapat di kiri-kanan

Tapi ketika melanjutkan

Terlihat sebuah jembatan kecil

Jembatan harapan

Memanggil namaku di tempat terpencil

Perlahan aku menyeberang

Menuju jalan kebaikan

Sunday, 16 August 2009

Banyak jalan TAPI hanya satu jalan


Ada banyak jalan yang kita nampak

Ada banyak jalan yang kita lihat

Ada banyak jalan yang kita rasa

Ada banyak jalan yang kita duga

Ada banyak jalan yang kita uji

Ada banyak jalan yang kita cuba

Ada banyak jalan yang kita kenal

Ada banyak jalan yang kita lalui

Ada banyak jalan yang kita telusuri

Ada banyak jalan yang kita redahi


Ada banyak jalan yang buat kita senyum

Ada banyak jalan yang buat kita ketawa

Ada banyak jalan yang buat kita suka

Ada banyak jalan yang buat kita duka

Ada banyak jalan yang buat kita sedih

Ada banyak jalan yang buat kita luka

Ada banyak jalan yang buat kita kesal

Ada banyak jalan yang buat kita kelu

Ada banyak jalan yang buat kita pilu

Ada banyak jalan yang buat kita menangis


TAPI


Hanya satu jalan yang buat kita tenang

Hanya satu jalan yang buat kita bahagia

Hanya satu jalan yang buat kita redha

Hanya satu jalan yang buat kita syukur


Jalan yang mencari redhaNYA

Jalan yang mencari rahmatNYA


Moga kita menemui jalan dan

tidak MENAFIKAN jalan yang kita temui dan
tidak BERLENGAH untuk mengikut jalan itu..


Aminn...

Friday, 14 August 2009

JALAN ITU..


Jalan itu

Harus jua ku lalui

Walau ini bukan masanya

Walau ini bukan saatnya


Jalan itu

Harus jua ku nikmati

Walau ini bukan manisnya

Walau ini bukan seleranya


Jalan itu

Harus jua ku tatapi

Walau ini bukan pandangannya

Walau ini bukan nampaknya


Jalan itu

Harus jua aku jagai

Walau ini bukan hasratnya

Walau ini bukan lindungannya


Jalan itu

Harus jua aku dakap erat

Walau ini bukan dakapannya

Walau ini bukan pelukannya


Jalan itu

Harus jua aku genggam kemas

Walau ini bukan genggamannya

Walau ini bukan pegangannya


Jalan itu

Walau jauh jaraknya

Jalan itu

Walau panjang masa perjalanannya

Harus jua aku telusuri

Harus jua aku jejaki

Harus jua aku redahi

Harus jua aku jalani


Apa sahaja yang datang

Apa sahaja yang menerjah

Apa sahaja yang menghalang

Apa sahaja yang menyekat


Aku akan tetap lalui juga

Aku akan tetap jalani juga


Tanpa henti

Tanpa tamat

Saturday, 8 August 2009

PALSU RASA


Dalam langkah jalan ini

Aku sering keliru

Keliru dengan rasa yang ada padamu

Aku sering curiga

Curiga dengan rasa yang kau pamerkan


Aku cuba fikir dan menelah

Tapi saat itu juga telahan aku salah

Aku cuba menyakinkan diri

Tapi yakinku juga tiada hasil


Mana ikhlasnya sayangmu

Mana ikhlasnya kasihmu

Sedangkan aku memberikannya lebih

Sedangkan aku meluahkannya ikhlas


Aku sering gagal memahamimu

Aku sering patah dalam pujukmu

Tapi aku keliru akan sayangmu

Tapi aku curiga tentang kasihmu


Kuatnya aura lagakmu

Yang membuatku lemah

Kuatnya manis kata-katamu

Yang membuatku kalah


Bicaramu puitis

Pujukmu rela

Manjamu memikat

Cantikmu menarik


Saat ini aku masih lagi kasih

Saat ini aku masih lagi sayang

Adakah aku dayus dalam menilai

Adakah aku gagal dalam menafsir


Palsukah rasa yang ada padamu

Palsukah lagak pameran dirimu

Palsukah ucapan sayangmu

Palsukah sentuhan kasihmu


Moga tuhan berikan aku jalan

Moga tuhan tunjukkan aku bukti

Moga tuhan serlahkan benar dirimu

Moga tuhan nampakkan selindungmu


Aku sering berdoa

Aku sering berharap

Agar aku tidak lagi salah

Agar aku tidak lagi resah


Saturday, 1 August 2009

HIDUP ADALAH KENANGAN


Walau setahun sudah berlalu

Walau bertahun sudah berlalu

Walau puluhan tahun sudah berlalu

Walau seribu tahun sudah berlalu


Kenangan sukar diluputkan

Kenangan sukar dilupuskan

Kenangan sukar dimusnahkan

Kenangan sukar dihapuskan


Gerak langkah teringat

Dengus nafas terbayang

Celik mata terlihat

Sedar fikir terlintas


Adakah salah kenangan itu

Adakah silap kenangan itu

Adakah berdosa kenangan itu

Adakah khilaf kenangan itu


Telah lama dicuba untuk luput

Telah lama diusaha untuk lupus

Telah lama diikhtiar untuk musnah

Telah lama disimpan untuk hapus


Tapi


Saat itulah tidak terjadi

Saat itulah tidak terjalan

Saat itulah tidak berlaku

Saat itulah tidak tergerak


Bagaimanakah caranya lagi?

Bagaimanakah bentuknya lagi?

Bagaimanakah coraknya lagi?

Bagaimanakah kaedahnya lagi?


Usaha sudah habis

Tekad sudah kurang

Ikhtiar sudah kering

Fikir sudah buntu


Kenangan itu kehidupan

Kehidupan itu kenangan

Tiada jarak memisah

Tiada sekatan menghalang


Kerana

Hidup adalah kenangan

Wednesday, 29 July 2009

Terhakis kasih


Saat mulanya indah

Saat mulanya manis

Saat mulanya ceria

Saat mulanya gembira


Suatu waktu telah ku habis

Suatu masa telah ku terokai

Suatu ketika telah ku jalani

Suatu keadaan telah ku tempuhi


Saat indahnya itu kian hilang

Saat manisnya itu kian pudar

Saat cerianya itu kian kelu

Saat gembiranya itu kian pilu


Yang ada kini hanya sisa

Yang ada kini hanya tawar

Yang ada kini hanya sedih

Yang ada kini hanya keliru


Aku rindukan saat dulu

Aku teringatkan saat dulu

Aku dahagakan saat dulu

Aku perlukan saat dulu


Saat kasih itu penuh

Saat kasih itu terisi

Saat kasih itu melimpah

Saat kasih itu tegar


Tapi kini kian terhakis

Tapi kini kian sedikit

Tapi kini kian kurang

Tapi kini kian hilang


Aku tidak berdaya menghalang keinginan

Aku tidak mampu melawan kehendak

Aku tidak kuat untuk menepis prasangka

Aku tidak berkuasa untuk menutup fitnah


Aku hanya terima

Aku hanya pendam

Aku hanya diam

Aku hanya berdoa


Aku yakin

Jalan ini akan ceria kembali

Jalan ini akan gembira kembali


Tapi


Andai sangkaku meleset

Andai fikirku tersasar

Aku pasrah

Aku redha


Dan


Aku yakin tiap sesuatu ada hikmah

Hikmah yang sentiasa bersembunyi


Tuesday, 21 July 2009

Fikirku,Nafasku,Langkahku,Nadiku adalah Tangis



Tiap fikirku tangis
Tiap nafasku tangis
Tiap langkahku tangis
Tiap denyut nadiku tangis

Aku sudah tidak mampu berusaha
Aku sudah tidak berdaya mengubah
Aku sudah tidak bertenaga menghalang

Lemah rasa tubuh ini
Lenguh rasa urat saraf ini
Lelah rasa nafas ini
Longlai rasa gerakku ini

Aku kah yang bersalah
Aku kah yang silap perhitungan
Aku kah yang silap meneka
Aku kah yang silap menduga

Alir airmata teringatkan kamu
Sedut nafas terfikirkan kamu
Sesak dada tadah untuk kamu
Sunyi mimpi hanya untuk kamu

Aku sudah resah
Aku sudah gelisah
Aku sudah musnah
Aku sudah kalah

Jika ini jalan hidupku
Jika ini arah panduku
Jika ini tunjuk pandangku

Aku redha
Aku pasrah
Walau masih ada esak tangis..

Sunday, 19 July 2009

Aku jaga tapi aku tiada daya


Aku jaga rasa itu

Aku peka gerak laku

Aku perhati tutur bahasa

Aku prihatin madah seloka



Tidak pernah aku mungkiri

Tidak pernah aku mengabai

Tidak pernah aku curigai

Tidak pernah aku mendustai



Tapi aku yang dipandang sepi

Tapi aku yang dibuang jauh

Tapi aku yang dihina keji

Tapi aku yang disimbah marah



Aku tiada daya untuk menyekat hajatmu

Aku tiada upaya untuk menghalang niatmu

Aku tiada tenaga membatas inginmu

Aku tiada kekuatan untuk membentengi curigamu



Aku masih seperti dulu

Aku masih yang ada kini



Aku tidak akan memusnah

Aku tidak akan membuang

Aku tidak akan menghancur

Aku tidak akan melebur



Kasih yang ada

Sayang yang ada

Ikhlas yang ada

Jujur yang ada



Jika kau rasa diri kau betul

Jika kau rasa hajat kau benar

Teruskanlah niat dan hajatmu itu

Moga kau tidak menyesal

Moga Allah memberkatimu





p/s: Tengah layan lagu TanpaMU-Inteam..

Friday, 17 July 2009

Mengharap Kasih


Mengharapkan suatu kasih tidak seindah untuk menerima kasih..Dalam suatu proses kehidupan sudah tentu ada yang mengharap kasihkan?..Harap ingin dikasihi dan mengasihi..

Tapi dalam suatu proses hidup ini tidak semua yang mendapat kasih yang diharapkan.. Mungkin ada yang berkasih tapi kekasih hati itu tidak menepati hasrat hati.Tidak menimbulkan rasa eratnya hati memiliki dan mengasihi.. Orang kata biasa-biasa sahaja.. Kenapa ya semua ini terjadi sedangkan pihak satu lagi cukup mengasihi dengan sepenuh hati dan jiwa.. Malah sanggup mati jika terputus kasih..

Dalam konteks ini keikhlasan cukup penting .. Jika kita tidak dapat berlaku atau merasa ikhlas dalam suatu hubungan kenapa mahu diteruskan kasih..rite?.. Tapi jika semuanya telah berlaku dalam suatu masa yang panjang amat sukar untuk memutuskan hubungan tersebut.. Suatu jangkamasa yang boleh dikatakan sudah kemuncaknya suatu hubungan... Jika putus pihak satu lagi akan cukup kecewa dan merana diri.. Seolah-olah dipermainkan kasih..

Kenapa ya jika tidak ikhlas tapi masih lagi pura-pura mengasihi kerana ingin menyatakan pada dunia bahawa akulah ada awek.. akulah ada balak.. Tidak mahu orang tengok kita tak laku.. Dalam hal ini, dari mengecewakan orang yang mengharap lebih baik tidak berkasih.. Itu sebaiknya.. Jika "cannot go" lagi tak perlulah pura-pura mengasihi.. Jika memakan masa yang panjang takut nanti anda memusnahkan masa depan orang lain.. Bayangkan jika terlalu lama berkasih sampai umurpun meningkat tak kawin2 jugak tidakkah kesian pada yang mengharap?. Tiba-tiba "break off" tapi umur dah banyak disia-sia dengan kasih pura-pura.. Akhirnya .. kesian pada yang mengharap..

AD tulis entri ni sebab kesian kepada kawan-kawan yang menerima kasih pura-pura.. Dipermain-mainkan kasih.. Seolah-olah manusia tiada perasaan.. Bila nak, datang bila tak nak blah camtu jer.. kepada yang terkena kasih pura-pura ni bersabarlah yea.. Hari ini hari dia esok2 hari kita pulak.. Btol tak?.. Bagi yang mengamalkan kasih pura-pura ni ,insaflah dan mintaklah maaf agar pihak yang terkena tu dapat menerima hakikat tiada kasih sebenarnya selama ini tetapi hanya pura-pura.. Jangan diamalkan lagi.. Kembalilah ke pangkal jalan dan fikirlah apa rasa orang lain jika diperlakukan begitu.. Dan ingat, Allah bersama-sama dengan orang yang teraniaya...


p/s: Entri ni sempoi sahaja sbb tu tatabahasa lari..huhu..

Dan takde kena-mengena dgn penulis yea..hehe..

Sunday, 12 July 2009

PERSOALAN : Jalan itu ada...


Kita tidak pernah mahu menerima hakikat hidup itu bagaimana.. Setiap episod hidup kita lembar satu persatu.. Kita kuis-kuis agar nampak.. Namun semakin kita nampak semakin kita jelas semakin itulah hati kita semakin gelisah dan resah..

Mana jalan yang kita cari itu... Adakah jalan yang kita lalui ini adalah kesinambungan jalan itu?.. Mungkin juga tidak.. Mungkin juga kita tersilap langkah atau jalan... Kita mencari jalan baru tapi mungkinkah jalan itu pula yang salah?.. Kita akan terus menguis dan mencari mana tapak yang boleh memandu kita ke jalan itu... Jalan yang kita nampak tapi kita tidak tahu dimana mulanya kerana kadang-kadang jalan yang kita lalui ini ke arah lain jalannya...

Kita menggunakan banyak masa.. malah kita membazirkan banyak masa dalam pencarian yang kita nampak tapi kita tidak tahu dimana mulanya... Kenapa hati kita tidak cerah dan terang dalam mencari?.. Mungkinkah hati kita dihijab oleh apa-apa yang salah kita lakukan?..Jika ya.. Kenapa kita tidak membuang hijab itu agar hati cerah dan terang semula?.. Adakah kita tidak sanggup membuang nya dengan beralasan masa masih terlalu awal?.. Masa masih panjang?.. Tidak terfikirkah kita masa itu semakin singkat minit dan saatnya?.. Terfikirkah kita?..

Kita pernah juga bertanya dan menyoal orang lain yang juga mencari jalan yang sama.. Tapi mereka juga tidak tahu mana mulanya... Mungkinkah ada panduan yang masih kita tidak ketemui?.. Atau ajaran yang masih kita kaburi?.. Atau persoalan yang masih kita pendami?.. Atau semuanya ada tapi kita masih engkar dengan panduan dan ajaran itu?.. Sebab itulah kita masih tidak nampak jalan..Mengapakah hati itu masih buta dan tidak nampak jalan itu..?

Ya Allah tekadkan hati setiap manusia dalam mencari jalanMU.. Bukakanlah hati mereka agar menemui jalanMU.. Jalan yang lurus seperti jalan-jalan orang yang engkau redhai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.. Aminn...

Saturday, 11 July 2009

Kasih Terabai


Andai ini yang kau mahu

Andai ini yang kau perlu

Andai ini yang kau hendak

Andai ini yang kau minta


Aku tidak kesah lagi

Aku tidak harap lagi

Aku tidak mampu lagi

Aku tidak ingin lagi


Kasih yang kita bina kini

Terabai

Terpilu

Terkaku

Terpinggir


Kasih yang kita pupuk kini

Berkecai

Berderai

Bersepai


Tiada lagi ruang untuk kita

Tiada lagi peluang untuk kita

Tiada lagi kesempatan untuk kita

Untuk membina dan mengekal lagi kasih ini


Lebih baik kita lepaskan dan biarkan kasih ini

Agar ianya berlalu pergi dan pergi

Moga tiada lagi yang curiga dan kecewa

dan tiada lagi lelah hati dan resah rasa

Tuesday, 7 July 2009

SAMAR

Haha.. Duk YM ngan myfren disuatu malam ... tiba2 dia keluar perkataan SAMAR.. So terus terlintas nak buat puisi SAMAR.. Terus fikir puisi..Dan jadilah puisi ni.. Kesamaran yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai hal yang bersangkutan..Atas fikir sendiri untuk memahami .. Bolehlah bagi puisi ni kat dia.... hehe

SAMAR


Samarku dalam bicara
Samarku dalam fikir
Samarku dalam rasa
Samarku dalam telahan
Samarku dalam jangka
Samarku dalam tuju

Bila harusku pergi samar ini
Bila harusku hapus samar ini
Bila harusku tegah samar ini
Bila harusku lindung samar ini
Bila harusku ubah samar ini

Tiap langkah pasti lemah
Tiap langkah pasti henti
Tiap langkap pasti layu
Tiap langkah pastu kaku

Bilakah jalan ini terbuka
Bilakah jalan ini tersedia
Bilakah jalan ini diterima
Bilakah jalan ini dibenar

Kesamaran ini jelas
Kesamaran ini pasti
Kesamaran ini wujud
Kesamaran ini nampak
Aku dalam kesamaran