Wednesday 22 October 2008

Cerita Tentang Masa Lalu...Mencari kelebihan itu dimana?



Pernah kah kita meninggalkan bicara pilu dan tangis sedu yang pernah kita alami dulu?..Mungkin kita pernah cuba untuk meninggalkannya tapi jauh disudut hati kita masih tersemat walaupun sedikit mesti ada sematan dihati..rite?..Tipu kalo ada sesiapa kata takdelah ..dah tak ingat dahh...Anda menipu diri anda sendiri..Rite?..

Bicara pilu tangis sedu itu pasti akan menjelma jua pada saat dan ketikanya..Ianya pasti menjelma walau seketika waktu..atau mungkin terlintas sesaat difikiran..Ad pasti..Kenapa kita tidak dapat memadam terus?..Orang lain sering berkata padamkan semuanya...Delete semuanya...Liquid semuanya...Erase semuanya...Adakah kita pasti kita mampu?..Mungkin bagi sesetengah orang yang jiwa kental dan kuat boleh melakukannya...Malah boleh mencipta cerita baru..Tetapi tidak semua orang yang mampu...Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu...Yang jiwanya kuat dan kukuh dalam menghadapi semuanya...

Tetapi ada yang lemah...Lemah longlai...Tidak kuat...Bangun rebah....Bangun rebah....Malah kita dapat dengar ratapan..rintihan pilu..sedu sedan....tangis lara....semuanya....Hidup dirasakan tiada gunanya...Mereka ibaratkan diri tiada maknanya lagi...Apa yang dilakukan seperti mencurah air ke daun keladi...Hati bagai dihiris pisau yg tajam...Hati diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke lantai...Pedih hati seperti tertusuk duri sembilu...

Cerita manusia pelbagai corak...Oleh sebab seorang manusia yang lain.hidup di anggap tiada gunanya..sebaliknya ada pula sebab manusia yang lain dunia ini akulah yang punya...Rencah suka dan lara hidup yang pelbagai ini menitipkan suatu norma kehidupan yang kita rasa sesuatu yang sempurna..dan indah aturnya....Warna kehidupan yang perlu dalam pengolahan sifat manusia yang serba serbi kekurangan dan tidak sempurna....Tetapi kenapakah kita masih tidak mencari dimana adanya kelebihan itu?..Kelebihan yang sudah jelas terangnya..Panduan yang dapat menjadikan kita lebih baik dari sekarang...Malah untuk selama-lamanya...Dengan kelebihan itu sahajalah menjadi mukjizat untuk kehidupan...Panduan yang nyata dan jelas..Asas yang kukuh dan jitu...tiada tolok bandingnya...Moga kita semua menemui kelebihan itu suatu hari nanti....Insyallah...

19 comments:

  1. walaupun sukar untuk faham entry kali ni... Aril cuba luahkan pendapat mengikut apa yang aril faham dan aril rasa.

    segalanya bermula dengan harapan... tanpa harapan pasti semuanya takkan menjadi. dan apabila suatu hari, harapan itu dilupakan begitu sahaja... tanpa dipeduli... itu yang menyakitkan kita. dan apabila kita mengingatkan kembali semua janji, akan ada yang mengata kenapa perlu ungkit??? tapi kenapa dulu mberi harapan...
    dan apabila dah kecewa dan harapan juga makin pudar... nak lupakan semuanya memang cukup sukar...memang susah... nak2 lagi bila semuanya sebelum ni dah bersatu dengan jiwa kita... apa-apa pun kita hanya merancang... Allah lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk bagi hambanya... manusia memang banyak ragam. dengan harapan ragam manusia itu tidak menyusahkan kita. bila dah menyusahkan kita... ia pasti buat kita menyampah, meluat dan benci.

    okey tak pendapat aril ni ??? itu pada pandangan dan pemahaman aril. berilah markah yea... huhu....

    ReplyDelete
  2. tak pernah mencari kelebihan pun selama ni. cuma memang nak delete terus dari kehidupan. semakin hari semakin meluat. pelik kan? :)

    ReplyDelete
  3. ARIL - Manusia sering memebri harapan kepada manusia yg lain..Sering...tetapi menunaikan janji2 itu amat sukar..thats why berhati2lah untuk memberi harapan kelak ada yg kecewa..
    Yup thats true..Ragam manusia kdg2 membuatkan seseorg itu benci dan meluat..tetapi kejadian manusia itu dengan pelbagai ragam..Corak ragam itu berbeza antara satu sama lain..So kebijaksanaan diri kitalah untuk sesuaikan diri dengan ragam mereka2 itu..
    Suatu pandangan yg kedepan dlm penfsiran sifat manusia..hehe..markah?..nanti gitau k..takleh kat sini nanti bias lak..hehe

    ReplyDelete
  4. Kelebihan yg mcm mana Tuan Tanah harapkan?

    ReplyDelete
  5. FAISAL-Kenapa tidak mencari?.. Mungkin tersembunyi... teruskan menggali dan mencari..lama-lama ketemui..bila dah ditemui tiada kepelikan lagi..hehe..Ragam manusia kdg2 bersifat sementara saja..rite?

    ReplyDelete
  6. Ad,Selagi nafas terhela ,ayoh terus bangkit menggapai hasrat.Sebagai insan ada waktu kuat mantap.Ada tika longlai semangat. Lantas seputih doa terus munajat.InsyaALlah saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 31.10.08 melalui KT 06.Langsung ke Madinah.Selama 8 hari di masjid Nabawi.IsyaALlah semoga dipermudahkan utk berdoa di Raudah.Ad, ada hajat? Sila emailkan.Doakan saya agar perjalanan ibadah haji ini di hiasi rasa ikhlas,sabar dan redha. Rio

    ReplyDelete
  7. Yea sy setuju...org kata yang berlalu jgn kita kenang tapi tidak pada sy....melihat apa yang berlaku dahulu sebagai pengajaran...panduan agar kita tidak lagi mengulangi perkara yang sama...itu sekiranya yang berlaku dahulu puncanya diri kita...jika sebaliknya kita menjauhi.....

    ReplyDelete
  8. RAZ-Kelebihan yang tiap2 seorang daripada kita inginkan..Kelebihan mungkin tersembunyi..Bagi yg mengerti kelebihan itu didepan mata...

    ReplyDelete
  9. RIO - Alhamdulillah..Tahniah kerana sudah mendapat seru ke tempat yg menjadi tuntutan dalam rukun islam..Moga Allah permudahkan perjalanan pergi dan kembali..Dan insyallah mendapat haji yg mambrur..Doakan Ad juga dapat ke sana suatu hari nanti kay..Insyallah..Alangkah bahagianya rasa hati ini bila dapat berdoa disana..

    ReplyDelete
  10. Hidup perlu juga bersandar pada kenangan - walaupun ada kalanya kenangan itu satu yg menyeksakan, setidak-tidaknya boleh dijadikan pengajaran supaya tak berulang kesilapan. atau setidak-tidaknya juga - kita pernah berasa gembira dengan kenangan...
    ada yang pahit, mahu dilupakan - jagan dilupakan terus, simpan sedikit sebagai kewaspadaan hidup.

    *org berjaya bukanlah org yg tak pernah rebah - tapi org yang punya kekuatan utk bangun semula selepas dia rebah...*

    ReplyDelete
  11. WAN-Yup apa yg berlaku dahulu kita jadikan pengajaran tetapi benda yg sama berlaku dahulu sering mendekati walau kita menjauhi...Kdg2 kita rasa tidak mampu dan lemah..terus rebah..tapi insyallah kita cuba untuk menghdapinya dengan penuh keimanan..Moga Allah permudahkan jalan..Insyallah..

    ReplyDelete
  12. salam.. setiap insan ada kelebihan tersendiri.. tpi kelebihan ku tak mampu nak faham tulisan tu.. hehehe.. setiap insan juga mempunya kenangan terdahulu.. dan kenangan menjadi kekuatan untuk kita terus berusaha untuk berjaya... semoga kita dipermudahkan

    ReplyDelete
  13. CHIME-yup thats true...Dengan kenangan akan menjadi sandaran untuk kita waspada..walaupun seringkali kita tewas juga..tapi mudah-mudahan Allah berikan kita peluang untuk terus mencuba dan mencuba...sehinggalah kita berjaya mendapatkan apa yg perlu dan meninggalkan apa yg tidak diingini..

    ReplyDelete
  14. FARID-Hehe ada yg berhempas pulas nak memahami..Saja jer memaparkan sesuatu yg membuatkan semua berfikir dimana kelebihan itu..Tapi Ad masih tak nampak org yg nampak kelebihan itu..hehe..
    Apa2 pun kenangan memang adalah suatu guru yg bagus dalam kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..insyallah..tetapi kenapa ramai yg tidak mahu kebaikan pada diri?..Ntahlah..

    ReplyDelete
  15. Ada yang aku kurang faham.
    Tapi tulisan abang banyak membantu aku untuk menjadi lebih baik.

    Salam kenalan dari addyaholix !

    ReplyDelete
  16. ADY - Alhamdulillah...Tapi cuba2 lah memahami apa yg cuba dipaparkan disini moga Ady mendapat sesuatu..Insyallah...

    ReplyDelete
  17. kadang² pahit sangat untuk dikenang. entah. kadang² meluat pun ada. yang lama menyakitkan hati, yang baru pun tiada beza. pilihan ialah stay alone and lonely at the moment. cuma berharap kedua mereka akan bahagia dengan pilihan mereka. tapi jangan mengharapkan yang mereka masih mempunyai tempat di hati ini. i don't trust once, i won't trust twice. enough said.

    ReplyDelete
  18. FAISAL-Jika itu fikirnya dan baiknya untuk diri teruskanlah...Tetapi jangan tutup ruang itu selama-lamanya kay..Buka ia nanti kerana peluang untuk manusia lain tetap ada..

    ReplyDelete
  19. betul tu ad. entah kenapa tiba² emo bila terfikir :)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)