Saturday 18 October 2008

TAFSIR>FIKIR>PERKATA

Sepanjang perjalanan hidup ini pelbagai ragam manusia yang anda temui, ada yang kenal sekejapp jer..ada yang lama sampai sekarang..Kadang-kadang kita terfikir kenapa mereka hanya ingin mengenali kita sekejap cuma...

Tetapi bagi diri kita, kita boleh membuat apa sahaja tafsiran tentang orang itu...Kita bebas berfikir dan menafsir...Mungkin kita pernah tersilap cakap..tersilap laku yang membuatkan orang itu menjauhh..Segala kemungkinan ada...Even kita telah meminta maaf tetapi kedinginan itu tetap sama..Mungkin juga dia sudah jemu dan jelik mengenali kita..Segalanya mungkin...

Kita merasa apa yang orang lakukan kepada kita.. tindakan.. percakapan.. tulisan... cara.. nada.. semua kita boleh tafsirkan apa yang orang itu fikirkan tentang kita...Kita yang merasa sudah pasti kita rasa apa yang orang lain cuba pamerkan...Mungkin juga didepan mereka pijak semutpun tak mati orang kata..tetapi dibelakang siapa yang tahu...

Segala perkara lalu tidak pernah kita mahu ingat kembali..tetapi hati fikiran seringkali menerjah untuk mengingatinya..Walau mulut kita kata tidak tetapi hati tidak mampu untuk berbohong lagi..Tetapi walau apa sahaja yang orang lakukan kepada kita haruskah kita membalasnya?..Mungkin tidak bagi kita...Biarlah apa sahaja yang orang mahu perkatakan, menafsirkan, berfikir tentang kita asalkan apa sahaja keburukan yang orang tafsir itu bukan diri kita yang sebenarnya...

Manusia sering kali menafsir dengan fikiran mereka tentang apa sahaja..Lebih-lebih lagi mereka melihat kelemahan atau kekurangan yang ada pada manusia yang lain..Mereka tidak pernah ingin berfikir kenapa..Yang mereka fikir hanyalah keputusan yang tanpa pertimbangan akal... Adilkah kita bila menafsir begitu?..befikir begitu?..memperkatakan begitu?..Adil mungkin jika kita betul..tetapi jika kita salah?Apa akibatnya?..orang lain akan jadi mangsa salah tafsir..salah fikir..salah perkata...So beringatlah sebelum kita menafsir, berfikir dan memperkatakan...gunakanlah akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaiknya...Moga tafsiran,fikiran dan perkataan kita betul dan tidak menyakiti hati orang lain.....

10 comments:

  1. Sebab tulah kena berfikir dulu sebelum berkata... kita tak tahu perkataan kita yang mana satukah yg boleh meyakitkan hati kawan... bagi sesetengah kawan, boleh menerima apa saja yg kita katakan even kata2 yg kasar - sebab dah dianggap sbagai gurauan dan sebab dah faham kita ni siapa... tapi, tak semua org begitu... apa yg ada dlm fikiran kita, takkan sama dgn org lain...

    ReplyDelete
  2. CHIME-Yup thats true...Org yg baru kenal takkan faham kita camana... Bila dh lama maybe akan kenal.. Tetapi kenapa org tu tak cuba utk kenal kita siapa?..Hmmhmm

    ReplyDelete
  3. selalunya orang yang selalu kata belakang ni orang di ofis. tambah² yang perempuan tu. suka sangat gosip. bukan nak bias ke apa tapi itulah kenyataan. kalau tak dapat berita panas member ofis, beli pula urtv ke majalah hiburan apa² ke untuk gosip pula tentang pelakon atau penyanyi. senangnye nak buat dosa kan? kadang² apa yng kita katakan tu tanpa kita sedari menyakiti hati orang lain. jadi kalau kawan² dah taknak berkawan tu faham² lah. jangan pula salahkan kawan tu pula kononnye sensitif. kadang² jadi macam malas nak layan orang² macam ni. focus on kerja, then balik kerja. senang cerita. after all, bukan nak keje sampai bersara pun! ;)

    ReplyDelete
  4. FAISAL - Yup betul tu...Tak semua org yg tahu untuk mengenal org lain..Yg mereka tahu diri mereka selamat tanpa pedulikan orang lain..

    ReplyDelete
  5. Sepanjang perjalanan hidup ini pelbagai ragam manusia yang anda temui, ada yang kenal sekejapp jer..ada yang lama sampai sekarang..Kadang-kadang kita terfikir kenapa mereka hanya ingin mengenali kita sekejap cuma...Tetapi bagi diri kita, kita boleh membuat apa sahaja tafsiran tentang orang itu...Kita bebas berfikir dan menafsir...Mungkin kita pernah tersilap cakap..tersilap laku yang membuatkan orang itu menjauhh..Segala kemungkinan ada...Even kita telah meminta maaf tetapi kedinginan itu tetap sama..Mungkin juga dia sudah jemu dan jelik mengenali kita..Segalanya mungkin...Kita merasa apa yang orang lakukan kepada kita.. tindakan.. percakapan.. tulisan... cara.. nada.. semua kita boleh tafsirkan apa yang orang itu fikirkan tentang kita...Kita yang merasa sudah pasti kita rasa apa yang orang lain cuba pamerkan...Mungkin juga didepan mereka pijak semutpun tak mati orang kata..tetapi dibelakang siapa yang tahu...Segala perkara lalu tidak pernah kita mahu ingat kembali..tetapi hati fikiran seringkali menerjah untuk mengingatinya..Walau mulut kita kata tidak tetapi hati tidak mampu untuk berbohong lagi..Tetapi walau apa sahaja yang orang lakukan kepada kita haruskah kita membalasnya?..Mungkin tidak bagi kita...Biarlah apa sahaja yang orang mahu perkatakan, menafsirkan, berfikir tentang kita asalkan apa sahaja keburukan yang orang tafsir itu bukan diri kita yang sebenarnya...Manusia sering kali menafsir dengan fikiran mereka tentang apa sahaja..Lebih-lebih lagi mereka melihat kelemahan atau kekurangan yang ada pada manusia yang lain..Mereka tidak pernah ingin berfikir kenapa..Yang mereka fikir hanyalah keputusan yang tanpa pertimbangan akal... Adilkah kita bila menafsir begitu?..befikir begitu?..memperkatakan begitu?..Adil mungkin jika kita betul..tetapi jika kita salah?Apa akibatnya?..orang lain akan jadi mangsa salah tafsir..salah fikir..salah perkata...So beringatlah sebelum kita menafsir, berfikir dan memperkatakan...gunakanlah akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaiknya...Moga tafsiran,fikiran dan perkataan kita betul dan tidak menyakiti hati orang lain.....

    ReplyDelete
  6. AZIM - Aikk awat copy and paste balik??..

    ReplyDelete
  7. best lagu.......ku ingin kamuu

    ReplyDelete
  8. pada aku biarlah apa org nak kata. nak kata aku harsh ke, kasar ke, biadap ke. xpe. janji betul aku buat smua tuh. jgn sbab tak suka tapi kata kat blakang cam gitu. aku flying kick je member cam gitu...

    ReplyDelete
  9. BOZZO - Yup betul tu ..sokong sgt..hehe..Bagus flying kick kan..dushumm!..dush!dush!..Tumbukan maut skali..hehe..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)