Thursday 4 December 2008

Kerana Sayang..

Pernahkah sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas diri anda?..Akibat kebaikan anda atau anda terlalu menyayanginya anda sanggup lakukan segala-galanya untuknya..

Anda sanggup berhabis duit untuknya..Anda sanggup melakukan apa sahaja untuknya..Apabila bergaduh anda selalu mengalah kerana tidak mahu kehilangannya..Boleh kata semuanya yang anda lakukan adalah untuknya dan dia seolah-olah raja bagi diri anda...Anda kadang-kadang menangis kerananya...Sanggup makan hati kerananya..

Tindakan anda cukup-cukup menyayanginya..Tetapi anda tidak nampak keikhlasan itu dalam dirinya..Dia seolah-olah mempergunakan anda tetapi anda tidak sanggup melepaskannya kerana anda cukup-cukup menyayanginya...Anda seolah-olah sepasang kekasih tetapi hakikatnya tidak begitu..Seorang sahaja yang menunjukkan kasih dan sayang tetapi seorang lagi seolah-olah hanya mengambil kesempatan kerana sayang anda...

Sifat manusia kadang-kadang sukar untuk ditafsirkan kerana ada yang terlalu sayang sampaikan tidak dapat hidup kerana seseorang...Orang itulah segala-galanya bagi dirinya...Hidup mati dia adalah kerana seseorang..Sampai begitu sekali penangan kasih sayang yang wujud pada sesetengah orang..Jika kasih sayang itu ada "feedback yang baik" tidak mengapa..tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana hanya seorang sahaja yang terlalu menyayangi dan mengasihi..

Segala-galanya kerana sayang..Masa terus berjalan dan tidak pernah menunggu kita..So buatlah keputusan yang terbaik bagi diri..Lepaskanlah diri dari ikatan kerana sayang yang tidak membawa kebaikan apa-apa itu...Berpijaklah dibumi yang nyata...Jika tiada balasan kasih dan sayang itu lagi tidak perlulah kita menunggu lagi..Carilah orang yang mengasihi dan menyayangi kita secara ikhlas ..Kerana sayang tindakan dan perlakuan kita hanya sia-sia..Kita tidak perlu lagi menunggu bulan jatuh ke riba..FIKIRLAH...


FIKIRLAH ...

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....

22 comments:

  1. Ad, kasih sayang tu tiada nilainya. itu hakikat. tp tak semua org melihat kasih sayang itu dengan pengertian yang luas. kadang2 kita lupa....lupa bila kita terlalu dambakan kasih sayang itu hingga ada ketikanya kita seolah2 membiarkan hati kita di lukai. kita sanggup dan redha dengan situasi itu kerana kita tidak mampu untuk terima kenyataan yang kasih sayang kita hanya sandaran semata. manusia ad, sejauh mana pun melata, sikap pentingkan diri tak pernah luput, selagi boleh nak lepas hidung sendiri biar yang lain lemas pun tak kesah... itu hakikatnya. ad, cari org yg kasih syang kita berharga di matanya, cinta kita penawar hatinya, pilihlah yang cinta nya juga tanpa syarat....kasih sygnya akan membebat luka dihati kita..... :) ad, kenyataan tidak mudah ad.... kadang2 kita keliru kan.... apa lagi yang di cari....kerana pada kita, kita telah mencuba yang terbaik.... lebih dari segalanya kita korbankan, tp hati manusia ad.... sukar utk kita duga....

    saya menumpang lalu je.... :D suka dgn gaya dan cara penyampaian ad.... teruskan. hidup tetap perlu diteruskan.....

    ReplyDelete
  2. salam pagi abang ad...

    uhuhuhu..bila baca entry nih...
    betul2 kena batang idung yanie yang tak mancung nih...

    hehehhe.....

    SAYANG KEPADA SESEORANG TU PERLU ADA BATAS NYER....

    KESABARAN ADA HAD NYA...BILA KESABARAN DAH TIADA....APER YG TINGGAL DALAM HATI?

    adakah CHENTA @ SIMPATI?

    =[

    ReplyDelete
  3. Duit, duit, duit, tak pun apa sahaja yang boleh digunakan, dia nak guna. Boleh ke itu macam?

    Cahaya sendiri ada pengalaman utk kes macam ini. Ye lah, patutnya Cahaya sendiri cermin diri, sapelah nak suka kat Cahaya yang gemuk ni kan? Pasti ada agenda. Tapi kerana cinta, mataku agak buta, ye ke buta? Tak buta kot, rabun! Sebab lepas tu tersedar.

    Cahaya sedar yang dia hanya mahukan duit dan 'itu'. Perlu ke nak cakap? Rasa semua dah faham kot. Tapi dunia memang begitu, nak yang cantik, yang manis dan berharta gitu kan?

    p/s: Sorry ter'emo' tetiba, sbb ingat kesah lama kot! Nauzubillah!

    ReplyDelete
  4. Sokong.. Carilah orang yang menyayangi diri kita dan berusaha utk menyayangi dia. Cinta sehala takkan dapat pergi jauh.

    ReplyDelete
  5. Tak perlu la nak bertepuk sebelah tangan...kalau asyik tak berbunyi cari la tangan lain untuk bertepuk bersama-sama

    ReplyDelete
  6. SUFI IDANY- Terima kasih kerana selalu mengikuti blog AD yang tak seberapa ini..Hanya pernyataan rasa secara langsung terbit dari hati seterusnya ditaip menjadi satu"entry'..Org kata on spot terlintas terus AD taip kat sini..Begitulah semua entry AD..Tq again..

    "lupa bila kita terlalu dambakan kasih sayang itu hingga ada ketikanya kita seolah2 membiarkan hati kita di lukai"..Apa yang Sufi titipkan ada betulnya..Kita lupa bahawa kita terlalu dambakan kasih sayang itu sehingga kita seksa lukai diri sendiri ...hmm..hati manusia kan Sufi..sukar ditafsir coraknya...

    ReplyDelete
  7. YANIE-Aikk banyak kali neh entry abg ad kena kat Yanie ni..hmmm..Bleh baca apa Yanie rasa kot..haha..ada2 jer diee..hehe...Bukankah bila sudah tiada sabar tiada apa2 lagi yang tinggal?..hmmm...Paling sedikitpun adakah simpati itu masih ada?..hmm..

    ReplyDelete
  8. CAHAYA-Rupa paras bentuk badan tiada nilai bagi cinta..Yang penting adalah keihlasan tulus cinta itu..Cuba tengok disekeliling kita adakah semuanya cantik lawa yang mempunyai cinta?Tidakkan?..Ada yg cantik lawa hensem cun pun masih tiada lagi cinta..Itu bukan ukurannya..Yang penting 'Someone" itu ikhlas menyayangi dan mengasihi kita..Itu sudah cukup memberikan kebahagiaan..Insyallah.Suatu hari cinta itu akan datang cuma masa dan keadaan akan menentukan..Tapi usaha juga perlu..Yang penting kita selalu berdoa moga dipertemukan dengan yg betul2 ikhlas menyayangi dan mengasihi kita..Kalau yang dah ada moga ianya berkekalan...Insyallah...hmmm

    ReplyDelete
  9. ya.
    cuma kerna sebuah rasa, aku korbankan jiwa aku.
    cuma kerna secebis cinta, aku patahkan hati sendiri.

    ReplyDelete
  10. SAAD- Itulah cinta...Kdg2 kita saja yang rasa..tapi kita tidak boleh lari dari rasa itu..Takdir penentu segala...Macam Saad skrg happy jer skrg kan..hehehe...

    ReplyDelete
  11. Reply to Cahaya : pengalaman kita mungkin sama...sebab cerita cahaya dekat jer ngan hati saya... mcm yang sy ckpkan..... hati manusia sukar utk di tafsirkan... mungkin fitrah manusia yang inginkan kecantikan.... hingga mereka lupa kita juga punya sekeping hati dan kita juga tahu melarik rasa kan ? sukarnya utk ditemui secarik cinta yang sandarannya keikhlasan hati.... be strong cahaya... pasti akan ada sinar menanti di depan sana...sy pun tibe2 ter'emo ngan entry Ad kali ni....

    Ad... org kata pengalaman tu pengajaran tuk kita, ada gk yang kata itu la guru terbaik kehidupan.... mungkin sebab itu lah sy bawak kekecewaan ni sepanjang masa hingga terlupa tuk mencari pembebatnya.... :) Ad, ni mungkin komen terakhir buat sementara waktu dt sy....

    teruskan berkarya.... kerana sy begitu teruja dengannya....

    ReplyDelete
  12. SYAM-Tepuk amai amai bleh?..hehe...Itulah hidup kdg2 tangan tuuu jugak kita nak tepuk tapi tak kesampaian...Tangan lain kita tepuk rasa tepukan itu dgr tak dgr jer..ahaks..sabo je la..hehe

    ReplyDelete
  13. ADDY-Rasa kdg2 mengaburi mata menyeksa rasa..suatu yang tidak mampu ditolak..yang menyebabkan jiwa terkorban dan hati terluka..tapi kita masih ada aqal yang bleh berfikir..insyallah..

    ReplyDelete
  14. SUFI IDANY-Hmmm ..Tak sangka lak entry Ad membuatkan ramai ter'emo'..Tapi Ad boleh merasakan apa yang anda semua rasa..Mungkin ke 'emo' an itu ada dalam diri Ad..huhu..Mungkin juga ada antara kita yang mempunyai pengalaman yang sama...Corak jalan hidup manusia memang begitu...So harap semuanya bersabar...Sinar didepan akan ada..Insyallah..

    ReplyDelete
  15. Ad, sy igt yang td tu last komen saya kat sini.... rupa tak...huhhu. esok sy dh balik kg. sure akan rindu kan tulisan ad... uwwaaaaa....

    ad, setuju ngan ad, mungkin ada antara kita mengalami cerita yang sama... keadaan dan situasi yang serupa, sbb tu sumer rasa emo yang sama.... mcm kita.... kdg2 kita fikir kenapa kita perlu hadapi semua ni... sedangkan di luar sana ramai lagi yang turut merasakannya..... malah lebih hebat lagi ujianya berbanding kita....

    ReplyDelete
  16. SUFI IDANY- Kesempatan waktu itu bukan milik kita..Dengan izinnya insyallah kesempatan waktu itu ada..terima kasih kerana merindukan tulisan Ad nanti..Kerinduan itu dihargai...Terima kasih..

    ReplyDelete
  17. Mesti masa Ad tulis ni di waktu sunyi je kan? Penuh emosi dan kesyahduan :)

    Faisal sendiri pernah kena kes macam ni. Tapi kebanyakannya maybe Faisal yang ambil kesempatan. Tapi kes ni semua berlaku masa zaman muda-muda dulu. Sekarang dah tak buat lagi, dah matang, dah dewasa.

    Dulu, biasa la. Zaman persekolahan, zaman kolej dan sebagainya. Orang suka memberi, kita menerima je la kan? Tapi end up, dia anggap kita yang menggunakan dia atas dasar cinta bila dia sedar cinta tidak berbalas. Banyak la juga barang-barang yang boleh dibuat koleksi seperti neck tie, baju (terlalu banyak), seluar, belt, wallet, rantai emas, cincin emas, cincin silver, perfumes, teddy bear, buku-buku dan panjang lagi senarainya.

    Bagi Faisal duit bukanlah segalanya tapi utuk menolak pemberian bukanlah style Faisal. Bukan untuk mempergunakan dia tapi apa perasaan Faisal bila orang tak sudi terima pemberian kita? Even though tak sudi menjadi kekasih kita pun pemberian tu tidak perlu ditolak. Unless pemberian tu tak ikhlas, then kalau nak balik... ambil je :)

    Bila putus ungkit balik apa yang diberi tu dah biasa dah. Sampai ada yang minta bayar balik apa yang dia bagi dan apa yang telah dibelanjakan seperti bil makan di restoran mewah dan sebagainya :) Ada pula yang mengeluarkan statement tak halal dunia dan akhirat. At the first place, siapa yang bagi hadiah ni? Nampak sangat tak ikhlas :)

    Good post.

    ReplyDelete
  18. FAISAL-hehehe..tgok masa post entry pun tau kol bape..haha...
    Begitulah hidup kita ni kan faisal...adakalanya yg berlaku itu tanpa dirancang...org hadir dan pergi camtu saja dlm hidup..kdg2 sementara cuma hadirnya..hadir dgn harapan yg tinggi terhadap kita..segala2nya diberi kerana sayang..Walau apa pun yang diberikan seharusnya kita hargai..tetapi janganlah akibat tiada cinta kita dilabel dengan pelbagai tohmahan...Dan diungkit balik segalanya..dituntut segalanya..Manusia..sggh kejam percaturannya...

    ReplyDelete
  19. hmm. hilang kepercayaan pada cinta. orang yang hensem dan cantik kat luar memang tiada cinta. tapi mereka takkan nak cinta yang buruk dan gemuk.

    typical!

    ReplyDelete
  20. CAHAYA-Tak semestinya jika cinta itu tulus ikhlas datang dari hati yang suci murni...Cuma cinta itu juga perlu dicari ..

    ReplyDelete
  21. bila chenta itu tiada..biarkan ia pergi..kerana chenta lain sentiasa kan menanti..yg kekal abadi..kasih Ilahi..errr pandai lak aku ber poem..kene ker ngn entry AD nih? hehe

    tul tuh AD.."Carilah orang yang mengasihi dan menyayangi kita secara ikhlas.." coz keikhlasan itu teserlah dr sinar mata & peribadi yg suci... :)

    ReplyDelete
  22. MYGREENJADE-Amboii diee pandai bermadah berhelah skrg yea..sejak dua menjak ni..hihi..Ok laa tu kena kot..hehe..
    Hmmm sinar mata dan peribadi yg suci serlahan keikhlasan..tol gakkkan?..hmmhmm

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)