Sunday 28 December 2008

SALAM MAAL HIJRAH..


CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU..TUP TUP DAH MENGANJAK DIRI KITA KE AKHIR TAHUN HIJRAH..TAHUN 1430H BAKAL MENJELMA DAN KITA BERANJAK KE SATU PERTAMBAHAN LAGI TAHUN HIJRAH..SATU TAHUN YANG MEMBERIKAN BANYAK PELUANG DAN MASA UNTUK KITA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN HIDUP YANG MENJADI SUATU PROSES RUTIN AMALAN YANG KITA LAKUKAN SEPANJANG TAHUN.MOGA TAHUN YANG KITA TINGGALKAN MEMBERIKAN SATU MEMORI YANG BANYAK MANIS DARI PAHITNYA...DAN KITA BERHARAP TAHUN AKAN DATANG INI MENJANJIKAN SERIBU LAGI KEMANISAN HIDUP SEPERTI YANG KITA IDAM-IDAMKAN..MOGA TAHUN BARU HIJRAH INI JUGA MENJADIKAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BENAR-BENAR MUSLIM DALAM SEGALA TINGKAH LAKU DAN GERAK BICARA..SEMOGA TAHUN BARU INI KITA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DARINYA...


KITA SERINGKALI LALAI DAN LEKA DALAM PROSES PERJALANAN HIDUP INI..MOGA KELALAIAN DAN KELEKAAN ITU MEMBERIKAN PENGAJARAN DAN PANDUAN YANG BERGUNA SUPAYA TAHUN BARU INI KITA LEBIH BERSEDIA DAN SENTIASA BERWASPADA..MOGA ALLAH AKAN MENJAGA KITA DAN SELURUH UMAT MUHAMMAD DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN..INSYALLAH..DENGAN BERAKHIRNYA TAHUN DAN BERMULANYA TAHUN BARU HIJRAH SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL PELUANG INI MENGHANTAR TAHUN 1429H DENGAN DOA DAN MENYAMBUT TAHUN 1430H DENGAN DOA..MOGA KITA SEMUA AKAN MENJADI HAMBANYA YANG BERJAYA..INSYALLAH..



DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah


DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.
Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.
Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.
Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

13 comments:

  1. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang. Peluang utk buat lebih baik pada tahun 1430H. InsyaAllah.

    Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H. :) Semoga tahun baru hijrah ni bawa keberkatan pada kita. Dan tidak mengulangi kesalahan² pada tahun lepas. :)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru hijrah ad!!

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun baru Hijrah Ad... semoga kehadiran tahun baru ini akan membawa lebih byk keberkatan pada kita....

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Hijrah Ad..... semoga tahun membuka lembaran baru dalam sejarah hidup seorang Adrifza.... semoga kasih sayang dan keberkatan Allah sentiasa bersama kita.... saya sentiasa mendoakan yang terbaik tuk kita semua....

    Ad, sy mohon semoga tahun baru ni bari saya nafas baru, dan benar2 akan jadikan saya yang baru.....

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah buat anda sekeluarga..moga2 tahun baru bakal menjanjikan yg terbaik buat kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  6. Aslkum Ad,Selamat Tahun Baru Hijriah 1430!
    Wslm Abe Lae Putrajaya.

    ReplyDelete
  7. Aslkum Ad,Selamat Tahun Baru 1430 Hijriah.Semoga diberkati Allah sepanjang tahun ni...Wslm Abe Lae

    ReplyDelete
  8. SEMUA BLOGGERS-Salam Maal Hijrah Moga tahun baru ini membuka lembaran baru untuk kita semua sebagai seorang muslim yang berjaya..Insyallah..Sama-samalah kita perbaiki diri dimana kekurangan kita perbetulkan dimana kebaikan kita tambah baikkan..Ad doakan semuanya berjaya dalam hidup dan happy2 selalu..

    ReplyDelete
  9. Salam Maal hijrah.
    moga hijrah kali ini membawa seribu makna..
    makna yang lebih bererti dari tahun 2 yang sudah..
    dan usaha kita untuk memperbaiki segala kesalahan dan kekurangan diberkati ALLAH..

    ReplyDelete
  10. SKATYPE-Insyallah...Moga usaha kita diberkati..

    ReplyDelete
  11. salam Maal Hijrah Ad
    moga terus dilindungi & dirahmati Allah sll :)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)