Friday 12 December 2008

Terjahan Kesuraman Itu Kembali...



Perjalanan hidup ini memberikan suatu landasan untuk kita menelusuri suatu hubungan ..Setiap orang ada jalinan hubungan mereka ,tidak kiralah sebagai kekasih, sebagai anak, sebagai kawan, sebagai abang, sebagai adik, sebagai suami, sebagai isteri dan pelbagai lagi hubungan yang ada...Dalam jalinan itu kita kadang kala diuji dan dicuba dengan pelbagai rentak peristiwa yang sering menguji suatu hubungan..

Rentak hidup manusia yang pelbagai corak sering mengusik hubungan yang ada..Malah kadangkala kacaunya memecahkan struktur yang telah kukuh dibina..Yang mungkin tidak terlintas boleh pecah atau roboh..Peristiwa itu sering mengganggu hubungan yang dulunya setia..Yang dulunya tidak pernah kusut..Yang dulunya tidak bergoncang walau sedikit,Yang dulunya tenang kini bergelora, Yang dulunya gembira kini sepi, Yang dulunya hilai tawa kini masam muka, Yang dulunya percaya kini prasangka..

Terjahan dan rembatan peristiwa itu cukup kuat hingga merosakkan sesuatu yang indah menjadi suram dan kabur pemandangannya...Indahnya tiada lagi..Yang tinggal mungkin hanya prasangka dan benci yang membuak-buak..Yang mungkin tiada ubatnya lagi..Penerangan dan penjelasan sudah tidak diterima..Mungkin noktahnya sudah disitu...Berakhirnya hubungan itu mungkin pasti..Tiada lagi dongakan peluang itu...Yang ada mungkin maaf yang tidak lagi berpaling...

Kesan terjahan itu cukup kuat bila melibatkan hati dan perasaan ..Tiada maaf mungkin lagi wujud..Tiada kata lagi mungkin akan didengar..Yang ada mungkin bisikan hati yang menyumpah...Mungkin juga kutukan yang tersembur kata...Tatangan itu sudah tidak mampu ditanggung lagi...Akhirnya berderai melapisi bumi yang dulunya bersih dan suci...Tiadakah maaf lagi yang sering dipohon itu disambut?..Mungkin tidak lagi..Mungkin juga hanya dalam hati bagi yang kudus jiwanya...Bagi yang panas jiwanya maaf itu tidak mungkin akan ada..Yang ada hanyalah gelegak panas yang membuak-buak..Tiada yang pasti apa akan terjadi hari esok..Pasrah itu sahaja yang tetap ada...Mungkin pengharapan itu ada tetapi adakah pengharapan itu diambil kira dan diteliti lagi...Apa yang pasti doa masih boleh dipanjat supaya takdir itu berubah kepada yang lebih sempurna sifatnya dan menjadi seperti yang dulu sering didakapi...Pasrah..

12 comments:

  1. SALAM AD..

    Maaf lah sbb wan x pandai sgt nak komen..
    Nie apa yang wan rasa laa..

    Memang benar manusia punyai pelbagai rentak tapi pabila hilangnya kepercayaan, kasih sayang dan ketaqwaan maka hancurlah satu perhubungan yang indah itu...
    Kita slalu mendengar pepatah “kalu x ada angin, masakan pokok boleh bergoyang”..
    Tetapi kita sering kali lupa, kadang kala ada ‘tangan2’ yang gatal yg akan mengoyang ketenangan sepohon pokok terbabit..

    Dan apabila ini terjadi, sudah pasti berlakunya konflik dan seterusnya menyebabkan satu hubungan yang dulunya kuat tersimpul akhirnya terlerai..Pada waktu ini alasan utuk sesuatu perkara itu tidak berguna lagi disebabkan keegoan manusia itu sendiri....pada waktu yang sama, sudah pasti ‘musuh’ Adan dah Hawa akan menggunakan peluang keemasan ini untuk menambahkan lagi api kemarahan yang ada dalam diri..

    Bagi mereka di jalan yang benar, sudah pasti doa di anggkat bagi menunjukkan kebenaran, tetapi tampa usaha sendiri pasti doa hanyalah doa..
    Kadang kala kebenaran akan wujud pada phujung masa tapi adakah pada waktu terbabit, manusia itu masih sempat membetulkan keadaan yang mereke cipta sendiri? Rasanya penyesalan pada waktu ini hanya sia-sia sahaja..

    Manusia di dunia nie banyak dberi pilihan, tetapi tak semua apa yg dipilih itu akan membahgiakan hidup..sebab itu manusia diajar bagai mana hendak membuat pilihan dan sememangnya pilihan itu akan merubah perjalanan hidup ini..

    Jadi, perlukah kita pasrah atas apa yang terjadi?
    Tepuk dada, tanya selera..

    ReplyDelete
  2. ONE-Ok lee tu komen..ahaks..panjangnyee die komen..hehe...Setuju sgt dgn komen one tu..Bila timbul masalah seharusnya kita berfikir dengan pertimbangan akal yg waras..Mana mungkin erat hubungan itu tanpa ada pengacau..rite?..tetapi pilihan yang Allah telah beri kepada kita jelas sekali nampaknya...Kita hanya perlu buat pilihan yang benar dan dapat diterima aqal yg waras..kerana akibatnya nanti kita juga yang harus menanggungnya...

    ReplyDelete
  3. kenapa ya susah nak biarkan yg berlalu tu terus berlalu... mesti nak dikenang-kenang. mesti nak diungkit-ungkit. perkara mcm nilah yg membuatkan rasa percaya yg ada dlm diri jadi rosak...

    selagi terus menyimpan dendam selagi tulah akan rasa sakitnya... ubat yg paling baik utk sakit yg diakibatkan oleh dendam hanya satu - beri kemaafan... tapi payah jugak nak buat

    ReplyDelete
  4. kun fayakun - jadi, maka jadilah!

    apa pun terjadi dlm dunia ni kita tidak terlepas dari qada' dan qadar dariNya. yang pasti, samada kita beriman kepadaNya selepas apa yang terjadi, wallahualam.

    kesan yang terpalit dek apa sahaja yg terjadi memang perit, kadang2 tu, tak tertanggung. tapi, akal yang waras, insyaAllah boleh bantu di saat begini, saat2 memerlukan.

    pasrah, seperti yang kita tahu, redha atas pemberianNya, baik baik atau buruk, semua dariNya. jgn lupa ambil iktibar. :)

    ReplyDelete
  5. CHIME-Mudah bagi yang kudus hatinya..Mungkin boleh dimaafkan tetapi kembali terjalin itu mungkin tidak akan berlaku...Tapikan dalam perjalan itu ada stesen2 yang harus kita singgah then kita tinggalkan juga...hmm

    ReplyDelete
  6. CAHAYA-Kun fayakunn..jadi maka jadilah ..hmmm Yup tiap sesuatu telah ditentukan kan..Qada dan qadar yang kita tidak mampu lagi mengelak jika ianya sudah ditentukan terjadi...So apsrah je lah kan..Tapi sebelum terjadi kita masih ada peluang untyuk berdoa dan meminta petunjuk supaya yang terjadi itu datang dengan hikmahnya yang baik untuk kita..rite?..hehe

    ReplyDelete
  7. salam Ad,

    hidup nh ibarat roda..
    kejap di atas kejap bibawah..
    masa depan kita belum tahu
    dalam meyayang orang pown kita belum tentu..
    hari ni kita sayang..
    mana tahu esok boleh jadi org yg kita benci..
    mulalah timbul dendam yg tiada maafnya..

    kita hanya manusia biasa..
    wa'hualam..

    ReplyDelete
  8. SUNSHINE ATI - Yup thats true..putaran itu jelas pusingannya...kdg2 diatas kdg2 dibawah...Kita tidak tahu apa akan berlaku esok2...apa yg kita mampu hanyalah berdoa untuk yang terbaik..rite?..hmmm..

    ReplyDelete
  9. persahabatan pernah teruji satu masa dulu. diterjah dengan ujian yang maha dahsyat. akhirnya kami pasrah bila persahabatan itu bukan milik kami.dan akhirnya kami tak mampu untuk bersahabat dan perlu bawa haluan masing-masing.

    kami pernah memberontak, tapi akhirnya kami pasrah bila kami tersedar yang itu mungkin ketentuan tuhan. kami lupa kami cuma merancang, tapi Dia yang menentukan.

    ReplyDelete
  10. ADDY-Yup apa sahaja hubungan even persahabatan akan teruji juga dengan keikhlasan dan kejujuran..Kita akan diuji setakat manakah ikhlas dan jujurnya kita dalam persahabatan..KetentuanNYA juga akhirnya..

    ReplyDelete
  11. Ad....salam...rindu dengan karya ad buat ida tak lena malam. ehehehe.

    Ad, ironinya kita sering merasakan yang kita gagal bila kita tidak berjaya dalam sst perhubungan. hakikatnya kita rindukan detik-detik yang indah itu kan? mcm mana jauh kita sorok dari pandangan kasar org kita tetap tak mampu nak sembunyikannya dari rasa hati kita sendiri.

    Maaf bukan satu perkara yang sukar utk diberikan, tapi nilai kemaafan pada hati yang luka ibarat mutiara hitam didasar laut, dilindungi karangan, dengan pagar rumpai yang akan menutupinya hingga seolah2 maaf tu tiada lagi.

    Ad, apa yang pasti kita tahu apa yang ada dalam hati kita kerana itulah hahahhk kita. hati kita.

    ReplyDelete
  12. SUF IDANY-Sampai tak tido lena yea..hehehe..
    Begitulah hidup..cerita yang lalu sering menerjah kuat hati kadang2 sampaikan lena tidur terganggu..kadang2 linangan airmata membasahi sejadah diseparuh malam..Itulah sifat2 manusia yang tidak boleh disorok..
    Ya betul tu maaf memang mudah bagi yg kudus hatinya tetapi kemaafan itu dilindungi dan diselaputi seolah-olah tidak nampak..
    Hati kita Hak kita..hehehe..Haruskah begitu?hmmm

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)