Friday, 31 December 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011

Hari ini adalah hari terakhir kita dalam 2010 esok kita akan masuk tahun 2011...Actually banyak perkara telah berlaku tahun ini ada suka dan ada duka..Lumrah hiduplahkan setiap kehidupan itu ada suka dan duka..Kalau suka sahaja tiada juga nikmat dalam hidup.Setiap yang berlaku ada hikmahnya..Kita tidak nampak dan sedar akan hikmah tersebut tetapi hikmah itu tetap ada.

Melancholic Hyphothesis ini akan terus bermadah dan berkarya bagi semua pembaca setia MH..MH akan tetap ada sekalipun pembacanya semakin kurang..Penerusan ini MH tidak tahu bila akan berhenti..Mungkin suatu masa yang MH tidak daya dan mampu lagi berkarya.

Setiap dari karya MH ada maksud dan kolerasinya yang tersendiri..MH tipu jika MH berkata ianya tiada langsung dengan jalan hidup MH.Karya juga ada kaitan dengan orang-orang yang dekat dengan MH.Kadang-kadang karya ini tidak difahami oleh pembaca tetapi itu tidak jadi masalah kerana pembaca bebas menafsirkan apa sahaja walaupun penafsiran itu tiada langsung kaitan dengan MH.

Sepanjang tahun 2010 MH sedikit terabai dek kerana ketiadaan masa penulis Ad Rifza .Biasalah bukan kuasa kita untuk mempunyai masa yang luang tersebut semuanya kehendakNYA..Thats why dalam melakukan kebaikan kita diseru untuk mengambil masa yang luang sebelum masa sibuk.Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan apabila kita tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Masa betul-betul dianggap seperti emas.Berapa banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan pada tahun ini kerana masa.Masa cukup-cukup bergerak dengan pantas.Moga tahun 2011 ini kita dapat gerakkan diri dan kita berharap ALLAH memberikan kita kesihatan dan kekuatan diri untuk terus berjuang dalam hidup.. Berjuang untuk mencari berkat dan rahmat ALLAH. Setiap yang kita lakukan semuanya akan dihisab oleh ALLAH. Even sekecil2 kejahatan dan sekecil2 kebaikan. ALLAH tidak akan mencatat kejahatan yang belum kita lakukan tetapi kebaikan yang kita sudah berniat untuk lakukan telah diberikan satu ganjaran. Apabila telah dilakukan kebaikan tersebut kita mendapat 10 ganjaran. Berusahalah untuk membuat kebaikan dalam hidup.

Dalam hidup ini apa kebaikan yang kita mampu lakukan lakukanlah sebelum kita ketiadaan masa.Berusahalah untuk mengejar apa sahaja kebaikan dalam hidup.Sampai suatu masa kita tidak mampu lagi untuk mengejar dan beroleh apa-apa,saat itulah baru kita sedar akan nikmat kesihatan, kekuatan dan apa sahaja nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.

Tahun 2010 mungkin juga bagi sesetengah manusia adalah tahun yang mereka lalai dan penuh keseronokan tanpa batas.Apa sahaja keseronokan mereka harungi.Adakalanya sampai lupa akan malaikat yang sentiasa mencatat setiap gerak-geri kita. Gerak geri yang menuju kemusnahan.Tiada salahnya kita berazam selain azam tahun baru hijrah yang baru kita sambut baru-baru ini.Tiada salahnya jika berzam untuk menuju kebaikan.Mengharapkan redha dan rahmat ALLAH dalam setiap gerak-geri kita.Mungkin kita sedikit leka dan lalai tanpa sesiapa yang memandu hidup kita kearah kebaikan.Kita lalai dalam mencari kelebihan2 dalam hidup.Kita lalai dalam mentakrif setiap manusia yang menghampiri kita..Kita lalai segalanya..Diawal tahun baru ini berazam dan berubahlah kearah kebaikan.Kebaikan yang kita lakukan InsyaALLAH tidak akan sia-sia.ALLAH telah berjanji untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas.Moga tahun baru masihi 2011 ini memberikan satu sinar dan cahaya baru dalam pemanduan hidup kita.Kita tinggalkan semua kekurangan dan keburukan yang ada pada tahun 2010.Kita bangkit dengan darah yang mengalir disetiap urat saraf kita dalam tahun 2011 ini untuk mendapat redha dan rahmat ALLAH dalam setiap tindakan dan kelakuan yang kita lakukan.Moga tahun baru 2011 ini menjadi titik tolak untuk kita lebih maju dan berjaya dalam hidup. Semoga apa yang kita cita-citakan dan apa sahaja kebaikan yang kita dambakan kita perolehi dengan nawaitu ikhlas untuk mencari redha ALLAH.

MH diawal tahun 2011 ini ingin menucapkan Selamat Tahun baru masihi 2011 kepada semua pembaca MH.. MH masih ada disini untuk 2011 selagi anda semua sudi membaca MH. Bacalah MH untuk mendapat sesuatu yang tersirat didalamnya. Moga semuanya mendapat kebaikan yang dicari. INSYALLAH.. Semoga apa yang kita lakukan pada tahun 2011 ini dipermudahkan jalan oleh ALLAH.SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011.

Salam ikhlas penuh ukhuwwah dari AD Rifza pemilik blog Melancholic Hyphothesis. . :-)

Sunday, 26 December 2010

SUNGGUH ! Kita mampu...


Jalan itu di hadapan yang kita lalu
Jalan itu di hadapan yang kita pijak

Jalan itu di hadapan yang kita rasa

Semua itu jalan-jalan yang kita pilih
Pilihlah jalan yang betul dan lurus


Tapi

Mampukah kita?
Layakkah kita?

Bersediakah kita?

Tegarkah kita?


Kerana..
Di jalan-jalan itu banyak duganya

Di jalan-jalan itu banyak cubanya

Di jalan-jalan itu banyak durinya

Di jalan-jalan itu banyak alurnya

Ada duri yang tajam
Ada alur yang songsang

Ada curam yang dalam

Ada tebing yang tinggi


Usaha perlu kuat
Daya perlu padu

Agar kita ada kederat

Untuk menghadapi yang satu


Sungguh !
Kadang-kadang kita rasa tidak mampu


Sungguh !

Kadang-kadang kita rasa kalah


Sungguh!

Kadang-kadang kita rasa gagal


Sungguh!

Kadang-kadang kita menangis sendiri


Sungguh!

Kadang-kadang kita sebak sendiri


Sungguh!

Kadang-kadang kita keliru diri


Mana satu jalannya
Mana satu arahnya

Mana satu alurnya

Mana satu cahayanya

Kita mencari dan mencari
Kita telusuri dan telusuri

Kita jejaki dan jejaki

Kita harungi dan harungi


Tapi sememangnya
Hanya ada satu jalan

Hanya ada satu arah

Hanya ada satu cahaya


Cahaya..
Yang dapat buat kita bahagia

Yang dapat buat kita gembira

Yang dapat buat kita sedia

Yang dapat buat kita redha


Pilihlah jalan yang ada cahayaNYA
Pilihlah jalan yang ada redhaNYA

Bukan jalan yang gelap gelita

Bukan jalan malapetaka

Mampukah kita?

YA ! kita mampu
Bila asasnya

Bila petunjuknya

Kita pegang erat dan kemas..





Tuesday, 7 December 2010

MENUJU JALANMU....Ampunkan aku


MENUJU JALANMU

PERIT TANGGUNG DOSA
PEDIH CAKARAN NODA

MANUSIA SERING ALPA

TIDAK NAMPAK SYURGA NERAKA


BILA BALA DATANG

BILA KIFARAT TIBA

TIADA YANG DAPAT MENGHALANG

PERGANTUNGAN DOSA DAN PAHALA


TIADA SERU NAMA ALLAH

TIADA ZIKIR NAMA ALLAH

HIBA TIADA BISIK INSAF

TANGIS TIADA BISIK TAAT


JALAN DURI JUGA LALU

JALAN KACA JUGA TEMPUH

JALAN ITU BAGAI SEMBILU

JALAN ITU TITINYA RAPUH


KETAATAN TIDAK TETAP

KECINTAAN TIDAK IKHLAS

KESANGGUPAN DALAM RAGU

KETULUSAN DALAM KELIRU


MENDUNG BERARAK PERGI

CAHAYA MULA MENYINAR

HARAPAN MASIH LAGI BERBAKI

BAGI YANG INSAF DAN SEDAR


HIDAYAH HANYA UNTUK INSAN PILIHANNYA

YANG SERING RAPAT DALAM REDHANYA

JALAN PULANG MASIH TERSEDIA

JALAN TERBUKA SELUAS-LUASNYA


YA ALLAH


AKU MENUJU JALAN PULANG KEPADAMU

KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU

AD UCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH 1432H KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.MOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHIJRAHKAN DIRI KITA SEMUA KEARAH KEBAIKAN DENGAN MENINGGALKAN SEMUA YANG BURUK DALAM DIRI.KITA MANUSIA TIDAK PERNAH SUNYI DARI DOSA .PERJALANAN HIDUP KITA TIDAK SUNYI DARI SALAH DAN SILAP.ADA SAHAJA KITA TERSILAP LANGKAH DAN ALPA DALAM CERITA HIDUP YANG KITA TIDAK TAHU DIMANA PENGHUJUNGNYA..MOGA DI KESEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN UNTUK BERNAFAS BEBAS DALAM DUNIA PINJAMAN INI KITA AMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI MENJADI LEBIH BAIK.KITA TIDAK MAMPU UNTUK SEMPURNA DALAM SEGENAP SEGI TAPI KITA MAMPU UNTUK BERUBAH BAGI KEBAIKAN DALAM KELANGSUNGAN KEHIDUPAN KITA.MOGA APA YANG KITA LAKUKAN ALLAH BERKATI DAN RAHMATI..AMINN..

Saturday, 4 December 2010

ATURAN DIA



HIDUP INI ATURAN DIA

NAFAS INI PEMBERIAN DIA

JASAD INI HAK DIA

DIRI INI MILIK DIA


APA YANG KITA LAKUKAN DIA TAHU
APA YANG KITA FIKIRKAN DIA TAHU

MANA MUNGKIN KITA DAPAT LARI

MANA MUNGKIN KITA DAPAT ELAK


SEMUA AKAN TETAP BERLAKU
SEMUA AKAN TETAP TERJADI

WALAU BUKAN YANG KITA MAHU

WALAU BUKAN KEHENDAK HATI


KITA MAMPU DIAM
KITA MAMPU BERSUARA

KITA TIDAK MAMPU MELAWAN TAKDIR

KITA TIDAK LAYAK PERSOAL NASIB


APA YANG ADA ITULAH KETENTUAN
APA YANG ADA ITULAH KETETAPAN

SYUKUR LAH ATAS KURNIAAN

TERIMAKASIHLAH ATAS PEMBERIAN


JIKA SEMUANYA DITARK KEMBALI
JIKA SEMUANYA DIAMBIL SEMULA
JANGANLAH KITA RASA SESALI
JANGALAH KITA RASA CURIGA

SABARLAH DALAM KEHENDAK
SABARLAH DALAM KEINGINAN

DATANG TIDAK DAPAT KITA TOLAK

PERGI TIDAK DAPAT KITA TAHAN


Monday, 15 November 2010

Rasamu Rasaku Berbeza


Jauh hati dalam kata
Jarak hati dalam rindu

Bisa kikis rasa

Bisa bangkit sendu


Semakin jauh kita berlari

Semakin jarak jasad pergi

Jarak memanjang dalam ngeri

Ukur dalam yang sepi


Rasa terhempas lerai

Retak langkah kesan kecai

Hujung pilu itu derai

Akhir simpul dalam cerai


Usaha datang untuk satu

Gigih tanam untuk seru
Malam longlai kelam pilu

Siang mendung dalam kelu


Biar rasa itu pergi

Biar kata itu sepi

Terperangkap lemas sendiri

Tertanam dalam meteri


Dakapan kemas tanpa kasih

Genggam erat tanpa rasa

Langkahmu langkahku selisih

Rasamu rasaku berbeza

Hasilan : Ad Rifza

Wednesday, 10 November 2010

Khilaf Laku

Agak lama tidak meng"update" blog..tidak seperti dulu..kadang-kadang blog ini sepi dan dahagakan entri2 baru dalam kata melankolik hati...Tapi itu tidak bermakna blog ni mati,blog ini masih hidup dalam justifikasi kata..kesibukan tugas dan kesihatan yang terganggu setelah percutian selama 10 hari di Pahang dan Kuala Lumpur .Mulanya ingin membicarakankan tentang perjalanan percutian tetapi bicara itu sudah biasa dinukilkan..Mungkin dilain masa jika kesempatan itu masih ada..Mungkin juga perjalanan percutian itu hanya mahu disimpan erat dalam kenangan indah .Cukuplah apa yang pemunya blog melankolik meRASAkan indahnya percutian yang tercipta bersama-sama sahabat2 yang ikhlas..Sukar sebenarnya untuk mencari seseorang yang bernama sahabat..Anda carilah dimana-mana dan berapa keratkah sahabat yang mahu menangis bersama-sama anda?..Sukar..Amat sukar.. Jika anda kata senang anda menipu diri anda sendiri.. Jika ada pun mereka mahukan ianya dibalas..Syukur sebenarnya bila ALLAH ciptakan sahabat yang betul2 ikhlas dengan anda..bukan ini yang AD mahu bicarakan dalam entri ini.Itu hanya secuit rasa untuk sahabat-sahabat yang mengerti..Anda tahu siapa anda dan adakah anda boleh ditakrifkan sebagai sahabat atau hanya kawan..Oklah kembali kepada tajuk entri secara tidak sengaja malam ini tercipta puisi Khilaf Laku .Moga ada panduan yang anda perolehi..INSYALLAH..

Dalam dakap malam

Dalam lelap bulan

Dalam sejuk bayu

Dalam bisik sayu


Bicara tentang kisah
Kisah yang lalu
Bicara tentang cerita
Cerita yang dulu

Kisah-kisah manusia
Cerita-cerita hamba

Yang masih segar

Yang masih tegar


Walau masa pergi
Walau saat tinggal

Kita masih tidak lupa

Kita masih tidak alpa


Dalam episod hidup
Dalam dengus nafas

Kita masih mampu menghirup

Kita masih mampu bernafas


Kisah kita alpa
Cerita kita lupa

Bila kita gembira

Bila kita bahagia


Sering kita khilaf
Khilaf dalam laku

Sering kita khilaf

Khilaf dalam bicara


Kita kadang-kadang lupa
Kita kadang-kadang alpa

Bahawa diri ada batasnya

Bahawa diri ada hadnya


Walau di mana kita
Walau ke mana kita

Pengadilan tetap ada

Pembalasan tetap sedia


Mungkin kita tidak sedar
Mungkin kita tidak celik

Hayat kita cuma sebentar

Hidup kita cuma sedetik


Jika duga itu datang
Jika uji itu dekat

Kita tidak sempat menghalang

Kita tiada kuasa menyekat


Jika itu balasnya
Jika itu azabnya

Kita redha dengannya

Kita pasrah hadapinya

Mungkin itu kifarat khilaf laku
Mungkin itu balasan khilaf bicara

Kita terima apa yang berlaku

Kita harus pasrah dalam redha



Nukilan Oleh : Ad Rifza 11.11.10

Friday, 22 October 2010

DALAM GALUR HIDUP

Ad sebenarnya sedang bercuti ni tapi kesempatan "online" dirumah kawan ni ada masa lak nak "update" blog..haha..So puisi ni sebenarnya dah lama dalam hp so baru sekarang dikeluarkan dalam entri blog ni..Ok lah kan untuk penggemar blog melankolik terubat jugak rindu..hehe..Ad dalam percutian selama 9 hari bermula hari ini 22hb Nov 2010 sehingga 30hb Nov 2010..Lama tuu cuti-cuti Malaysia..Hari Selasa 26hb Nov mungkin akan berada di Kuala Lumpur..Tempat jatuh lagi dikenangkan?..hehe..So jap lagi akan ke Kuantan sebelum ke Cameron Highland Ahad nanti..seterusnya ke Kuala Lumpur hari Selasa..Sabtu malam dah kembali ke kampung terchenta..Dalam kita bekerja ni perlu juga masa senggang untuk merehatkan minda..kalau asyik kerja jer otak pun bleh jem..huhu..Selain daripada itu percutian ini juga satu cara untuk menjaga ukhuwwah..Kunjung mengunjung itu perlu dalam satu ukhuwwah..jom hayati puisi Ad di bawah ni k....Hayatilah dalam galur hidup...



DALAM GALUR HIDUP

DALAM HEMBUS NAFAS

KITA DIBERI UJIAN

KITA DIBERI DUGAAN


UJIAN KADANG-KADANG DALAM GEMBIRA

UJIAN KADANG-KADANG DALAM DUKA

KITA PERLU HADAPI SEMUA

KITA PERLU TERIMA SEMUA


KITA DIBERI BAHAGIA

KITA DIBERI HARTA

UNTUK MENGUJI KITA

UNTUK MENDUGA MANUSIA


DALAM BAHAGIA ITU JANGAN KITA BONGKAK

DALAM BANYAK HARTA ITU JANGAN KITA LUPA

HIDUP KITA BANYAK PERINGKAT

HIDUP KITA BANYAK FASA


SEKARANG KITA BAHAGIA

MUNGKIN AKAN DATANG KITA DUKA

KITA HARUS SYUKURI APA YANG ADA

KITA WAJIB REDHA APA YANG KITA TERIMA


HAK ORANG LAIN JANGAN DILUPA

WALAU SEMUA ITU MILIK KITA

KEWAJIPAN KITA JANGAN DILUPA

PENGABDIAN KITA PADA PENCIPTA


MOGA HIDUP KITA DIREDHAI

MOGA HIDUP KITA DIRAHMATI

PUNYA HARTA DAN BAHAGIA

TETAPI TIDAK LUPA ASAL KEJADIANNYA



Wednesday, 6 October 2010

HARAPAN BAHAGIA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bloggers dan pembaca blog..jarang-jarang sekali dapat berblog sekarang..."Streamyx" kat rumah masih tidak boleh digunakan kerana TELEKOM masih tidak menukarkan kabel telefon yang hilang ..sudah masuk sebulan lebih..bila di tanya kata Operator pembaikian sedang dijalankan..Kita masih berikan mereka peluang..Jika dalam terpaksa kita boleh membuat aduan pengguna di Kementerian Perdagangan...hehe..Cuma tunggu masa dan keadaan..Jika tiada tindakan yang dilakukan..Kadang-kadang pengguna hilang kesabaran...eh eh macam puisi lak kata-kata intro ni..hehe..Ni puisi baru malam tadi terjaga tido terus ambik hp dan taip dalam "note"..So masa FREE kat opis ni leh lah update blog yg tak berapa nak aktif dah ni..huhu..but still di"update"kan..hehe..So terubatlah rindu peminat blog melankolik kan?..hehe..





HARAPAN BAHAGIA

WALAU JARAK YANG MEMISAH

WALAU KATA ATAS TALIAN

WALAU BISIK DALAM PASRAH

WALAU RINDU TIADA TEPIAN

AKU MASIH SETIA DI SINI

AKU MASIH TEGAR MENANTI

MENANTI KATA-KATA PASTI

UNTUK MENUJU JALAN ABADI

DALAM LANGKAH YANG KELIRU

DALAM UCAPAN KADANG-KADANG KELU

TAPI AKU GAGAHI JUA

UNTUK MENGEJAR CITA

BISA AKU MEMAKSA

BISA AKU MENIPU

TAPI AKU TIDAK TERPAKSA

KERANA ITU BUKAN SIFATKU

AKU DAMBA SESUATU YANG JUJUR

AKU INGIN SESUATU YANG IKHLAS

AGAR KASIH AKU MENJULUR

DATANGNYA DENGAN SEBAB YANG BERASAS

USAHA DISELI DENGAN DUGA

CITA DISELANG DENGAN KECEWA

TAPI AKU MASIH TERUS MENCUBA

AGAR AKU MENUJU JAYA

SETIAP YANG BERMULA PASTI ADA AKHIRNYA

PENGAKHIRANNYA DIHARAP BAHAGIA

MOGA ALLAH BERI REDHANYA

MOGA ALLAH MEMBERKATINYA.

Sunday, 19 September 2010

SAAT ITU..TIADA EHSAN TIADA KASIHAN..

DAH BERSAWANG BLOG AD NI..NI MASALAH KABEL TELEFON AREA KAMPUNG AD KENA CURIK SO NAK BER"ONLINE" PUN SUSAH SKRG..HUHU..NI PUN CURIK2 MASA KAT OPIS SEKEJAP UNTUK BUANG SAWANG2 YANG ADA..ADA YANG TERTANYA2 DIMANA MELANKOLIK MENYEPI..HEHE..SO NI NAK UBATI RINDULAH PADA YANG SETIA DISISI MELANCHOLIC HYPHOTHESIS..BLOG MELANKOLIK YANG MENYELAMI RASA-RASA YANG ADA..TUANNYA TAKDELAA SEMELANKOLIK BLOG NI HANYA AYAT2 DAN KATA2 DALAM NI JER YANG MELANKOLIK..TUANNYA BIASA2 JER..JANGAN SILAP INTEPRETASI OK..HEHE..SO BAGI YANG MERINDU SELAMILAH MELANKOLIK HATI INI..KALAU TAK SANGGUP JANGAN PAKSA DIRI K..:-) ..JUMPA DILAIN ENTRI K....


AKU TERLANTAR SEPI
AKU TERJULUR PILU
KATA-KATAMU MENGGURIS TANPA SEDAR
SIKAPMU MENCALAR TANPA PEDULI

AKU YANG TERASA
AKU YANG TERIMA
KAU TIDAK PERNAH CAKNA
KAU TIDAK PERNAH MERASA

INGINKU BERLARI TAPI KAKIKU LEMAH
INGINKU MENJERIT TAPI LIDAHKU KELU
INGINKU MEMEJAM TAPI MATAKU BERGENANG
INGINKU MEMADAM TAPI INGATAN MENGGANGGU

AKU SEBAK SENDIRI
AKU RESAH SENDIRI
TIADA YANG PEDULI
TIADA YANG TAHU

AKU TAHU KAU KHIANATI JANJI
AKU TAHU KAU MUNGKIR KATA

TAPI

AKU MASIH BERDIAM DIRI
AKU MASIH KELU KATA


AKU PASTI SUATU HARI
PURAMU AKAN TESERLAH
PALSUMU AKAN JELAS
PENIPUANMU AKAN NAMPAK
MASALAH AKAN TERUNGKAI

SAAT ITU

BICARAMU TIADA NILAI
LAFAZMU TIADA LANCAR
RAYUMU TIADA EHSAN
PUJUKMU TIADA KASIHAN


Tuesday, 17 August 2010

JALAN


JALAN KEMBALI ITU ADA
JALAN PULANG ITU JELAS
KITA HANYA DIBERIKAN DUA PILIHAN
JALAN YANG SALAH DAN JALAN YANG BENAR

DALAM LIKU HIDUP KITA TEMPUH DOSA
DALAM GALUR HIDUP KITA JUMPA PAHALA
BALASAN JAHAT ADALAH NERAKA
BALASAN BAIK ADALAH SYURGA

HIDUP ADALAH PILIHAN
HANYA KITA YANG MEMILIH
APA YANG KITA INGINKAN
PILIHAN KITA ATAS IMAN

LEMAHNYA IMAN
KURANGNYA PAHALA
KITA DALAM TIMBANGAN
SYURGA ATAU NERAKA

KITA MASIH ADA MASA
KITA MASIH ADA KESEMPATAN
UNTUK MENGGALI PAHALA
DALAM MENUJU KEBERKATAN

PILIHLAH JALAN YANG BENAR
PILIHLAH JALAN PAHALA
AGAR HIDUP DALAM SEDAR
AGAR HIDUP DALAM REDHANYA

Wednesday, 11 August 2010

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM,

Tengah Ad duk karang puisi ramadhan tiba2 blackout hilang habis puisi tu tak sempat save.. huhu. duk fikir2 balik idea tak mai dah..huhu..so takde puisi lah yea..Just nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua bloggers dan pembaca blog melankolik Ad Rifza..Moga puasa kali ini kita diberikan kesihatan yang baik untuk menyelesaikan kewajipan ini dengan sempurna..Moga ibadah kita semua diberkati dan dirahmati oleh ALLAH..INSYALLAH..


Saturday, 31 July 2010

SESAT DIJALANMU....

Tema melankoliknya sama cuma pengisiannya berbeza..Sempena menginjak hanya beberapa hari sahaja lagi ke bulan Ramadhan,blog melankolik Ad Rifza juga berbeza nadanya..Kita tinggalkan seketika nada cinta ,kasih dan sayang kita meneroka nada yang lain.Satu pembawaan justifikasi hati dalam insaf diri menuju jalan ALLAH..Sama-sama kita hayatinya..Moga kita semua mendapat panduan dan fikiran.INSYALLAH..

SESAT DIJALANMU

AKU MANUSIA YANG PENUH DOSA

AKU MANUSIA YANG DIPANDANG HINA

AKU GAGAL DALAM TAKRIF REDHA ALLAH

AKU KALAH DALAM PUJUKAN SYAITAN LAKNATULLAH

BAHAGIAKU HANYA SEMENTARA

GEMBIRAKU HANYA SEBENTAR CUMA

GELAKKU HANYA SEKADAR KETAWA

CERIAKU HANYA DALAM LINGKUNG DOSA


AKU ABAI KASIH SAYANG IKHLAS UMAT

AKU KEJI PEMBERIAN IKHLAS SAHABAT

AKU HERDIK NASIHAT BAIK TEMAN

AKU LUDAH AJAKAN PAHALA KAWAN


AKU LEKA DALAM JALAN MAKSIAT

AKU LALAI DALAM SURUHAN AGAMA

AKU PEKAK DALAM AJARAN SUNNAH

AKU BUTA DALAM SINARAN AL QURAN


WALAU KAYA HARTA AKU KOSONG JIWA

WALAU HARTA MELIMPAH AKU KERING RASA

AJAKAN NAFSU JAHAT SELALU ADA
AJAKAN PUJUKAN MAKSIAT SELALU SEDIA


AKU SELALU KALAH

AKU SELALU LEMAH


YA ALLAH


TUNJUKKU JALAN KEMBALI

YA ALLAH


SINARI AKU PADA JALANMU

AKU SUDAH TIDAK MAMPU MENAHAN
AKU SUDAH TIDAK MAMPU BERJALAN

KAU LINDUNGI AKU DARI KESESATAN DUNIA

KAU PAGARI AKU DARI KEBEJATAN AKHLAK


AKU SUDAH JAUH DARI JALANMU

AKU SUDAH JAUH DARI NIKMATMU


YA ALLAH


KAU AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSAKU

KAU MAAFKAN SEGALA KHILAFKU

AKU TIDAK DAYA LAGI MENANGGUNG DOSA YANG MEMENUH

AKU AMAT TAKUT AKAN AZABMU YANG AMAT PEDIH


SETELAH KAU BERI PERUNJUK

KEKALKANLAH AKU PADA JALANMU

AKU TIDAK MAHU LAGI SESAT DIJALANMU



Thursday, 22 July 2010

Harapan Semakin Hilang


Harapan semakin hilang

Aku yang menagih kasih
Aku yang menyemai rindu

Namun aku yang disakiti

Namun aku yang dikeji


Apa yang aku lakukan

Tidak langsung kau hargai

Apa yang aku bicarakan

Tidak langsung kau dengari


Aku dipandang seolah tiada apa

Aku dilihat seolah tiada gunanya

Aku seolah tiada harga

Aku seolah tiada makna


Kesetiaan ku dipersenda

Kejujuran ku ditertawa

Suramnya kasih yang ada

Kelamnya sayang yang setia


Bisakah aku menjadi seperti dulu

Bolehkah aku menjadi waktu dulu

Seperti akulah bulan

Seperti akulah bintang


Bilakah akan berhenti tohmahmu

Bilakah akan berubah telahanmu

Aku terasa semakin jauh jarakmu

Aku terasa semakin hilang bayangmu


Jika takdirnya buntu dan kaku

Jika hasilnya kelu dan sisih

Aku tidak mampu kembalikan waktu

Aku tidak mampu panggilkan kasih


Aku tidak mampu menghalang

Aku tidak mampu mengulang

Harapan itu semakin hilang

Harapan itu semakin suram



Nukilan : AD Rifza

Thursday, 15 July 2010

TIADA KESUDAHAN SATU HAKIKAT

Gambar Atas Kebenaran Pemilik


DALAM KELAM MALAM
BISA AKU TERJAGA

BICARA TETANG ALAM

YANG AKU MASIH CURIGA


HAKIKAT TIADA KESUDAHAN

DALAM AYUNAN KEPASTIAN

PERSOALAN SERING DIAJUKAN

WALAU NYATA TIADA JAWAPAN


KENAPA INI TERJADI

MENGAPA INI BERLAKU

TIADA SIAPA YANG MENGERTI

TIADA SIAPA YANG TAHU


REDUP MATA YANG HITAM

SUGUL DIRI YANG LEMAH

BAGAI TIADA JALAN PENYELESAIAN

SEOLAH TIADA NAMPAK HIKMAH


CARIK RASA TETAP ADA

TOREH JIWA YANG BERLAKU

BISA PUNAH SATU JASA

MENINGGALKAN KESAN YANG KAKU


DIBAJAK AGAR SUBUR RASA

DIBAJA AGAR KEMBANG KESAN

MENUNGGU SATU HAKIKAT DALAM MASA

WALAU HAKIKATNYA TIADA KESUDAHAN

Thursday, 1 July 2010

Aku pilih jalan ini


AKU PILIH JALAN INI
WALAU PERIT WALAU HEBAT DUGANYA

AKU TETAP PILIH JALAN INI

WALAU SEKSA DAN LELAH RASANYA


AKU TETAP PILIH JALAN INI

ATAS RASA TANGGUNGJAWAB
AKU TETAP PILIH JALAN INI

ATAS NIAT SUCIKU YANG IKHLAS


NIAT KU LUHUR

NIATKU JUJUR

SEKALI AKU MELANGKAH

SELAMANYA AKU TEMPUH


KADANG-KADANG DIHERDIK

KADANG-KADANG DIMARAH

ATAS SIFAT DIA YANG TIDAK UPAYA

ATAS SIFAT DIA YANG TIDAK BERDAYA


AKU MEMBANTU DIA BANGUN

AKU MEMBANTU DIA BERJALAN

AKU HARAPKAN DIA PULIH

AKU INGINKAN DIA GIGIH


TAPI..


SEMUANYA TAKDIR TUHAN

SEMUANYA DUGA TUHAN

AKU HANYA MAMPU BERUSAHA

AKU HANYA MAMPU BERDOA


ANDAI SELAMANYA BEGINI

ANDAI AKHIR HAYATNYA BEGINI

AKU MASIH DISINI

KERANA AKU PILIH JALAN INI

Friday, 18 June 2010

Kau Ludahi Aku..


AKU BANTU KAU REBAH
AKU TARIK KAU LEMAS

AKU LINDUNG KAU BASAH

AKU HALANG KAU MUSNAH


AKU KORBAN SEGALA

AKU HABIS SEGALA

AKU BAJAI SEGALA

AKU TANAM SEGALA


TAPI
APA AKU DAPAT


KAU LUDAHI AKU

KAU HERDIK DIRIKU

KAU SUMPAH AKU

KAU KEJI AKU

AKU JUGA PUNYA RASA
AKU JUGA PUNYA MARUAH

AKU JUGA PUNYA HARGA

AKU JUGA ADA NILAI


SETELAH LAMA AKU PERHAMBA
SETELAH LAMA AKU BERUSAHA
SETELAH LAMA AKU TAGIH

SETELAH LAMA AKU KASIH


ADAKAH INI BALASNYA ?

ADAKAH INI NOKTAHNYA ?

ADAKAH INI TIMBALNYA ?

ADAKAH INI AKHIRNYA ?


JIKA TAKDIRNYA BEGITU

AKU REDHA NASIBKU

AKU PASRAH DIRIKU
WALAU LANGKAHKU KAKU

Wednesday, 2 June 2010

INGINKU BERLARI


Inginku berlari
Meninggalkan semua
Meninggalkan rasa
Meninggalkan usaha
Meninggalkan daya

Setelah semua aku korbankan
Setelah sebahagian aku hancurkan
Setelah separuh aku sia-siakan
Setelah banyak aku lepaskan

Jalan aku kian samar
Jalan aku kian liku
Jalan aku kian sempit
Jalan aku kian himpit

Tapi masih ada sedikit cakna
Masih ada sedikit prihatin
Masih ada tanggungjawab
Masih ada celik nikmat

Telah lama aku tempuh
Telah lama aku setia
Telah lama aku peka
Telah lama aku usaha

Duga itu makin kuat
Duga itu makin hebat
Cuba itu makin mengikat
Cuba itu makin tertambat

Sudah tiada daya aku
Sudah tiada niat hatiku
Sudah tiada detik hasratku
Sudah tiada bayang hajatku

Aku ingin berlari
Tapi tangan dan kakiku terikat
Aku ingin berlari
Tapi tangan kakiku tertambat

Sedu sedan tangis
Esakan pilu teriak
Tiada daya kederat
Tiada mampu gerak

Membuatku bertahan
Membuatku sabar
Membuatku perlahan
Membuatku tabah

Kerana

Aku yakin ini ujian
Aku yakin ini dugaan
Aku yakin ini cubaan
Aku yakin ini cabaran

Aku harus hadapi dengan iman
Aku harus hadapi dengan sabar
Moga suatu hari ada satu jalan
Moga suatu hari ada satu sinar

Wednesday, 19 May 2010

Aku Tidak Penting Bagimu


BICARAKU SAMPAH BAGIMU
KATA-KATAKU SAMAR BAGIMU

AKU TIDAK PENTING BAGIMU

AKU TIADA HARGA BAGIMU


AKU SELALU MENGINGATI

AKU SELALU BERHARAP

AKU SELALU MENCUBA

AKU SELALU SETIA


SEMUA ITU TIADA NILAI BAGIMU

SEMUA ITU TIADA HARGA BAGIMU

SEMUA ITU TIADA KASIH BAGIMU

SEMUA ITU TIADA SAYANG BAGIMU


DULU...


KAU YANG HULURKAN UKHUWWAH

KAU YANG MEMULAKAN IKATAN

KAU YANG MENDETIK KASIH

KAU YANG MENJALIN SAYANG


BERTAHUN AKU SETIA

BERTAHUN AKU PERHAMBA

SEMUANYA KERANA KASIH

SEMUANYA KERANA SAYANG


KINI KAU BERDIAM SEPI

KINI KAU KAKU BICARA

AKU INI SETIA MENCUBA MESRA

AKU INI GIGIH MENJAGA RASA


BICARAKU TIDAK DIENDAH

KATA-KATAKU TIDAK DIPEDULI

AKU TIADA LAGI MADAH

AKU TIDAK PENTING LAGI


HARUSKAH AKU MEMBAWA LANGKAH

HARUSKAH AKU MENGATUR JALAN

AGAR TIADA LAGI RESAH

AGAR TIADA LAGI PERSOALAN


AKU TIDAK PENTING BAGIMU

AKU TIDAK DI PEDULI OLEHMU

AKU TIADA NILAI BAGIMU

AKU TIADA HARGA BAGIMU


ORAK LANGKAH INI PASTI

ATUR ARAH INI MESTI

AGAR AKU HINDAR KEJI
AGAR AKU BEBAS BENCI

Saturday, 15 May 2010

Senjahan Bahagia

Kita cari bahagia
Kita cari suka

Kita tolak derita

Kita tolak duka


Apa yang kita ada
Apa yang kita dapat
Pergi begitu sahaja
Hilang begitu sahaja

Kita harapkan bahagia
Kita harapkan gembira

Yang datang hanya derita

Yang hampir hanya duka


Kita bisa bicara dimulut
Kita bisa berkata dihati


Tapi..

Laku kita berbeza

Lagak kita tempang


Kita tatang kasih untuk bahagia
Kita belai sayang untuk gembira

Tapi..


Kita tatang tumpah

Kita belai rebah


Jatuh luka kita dibiar
Tenggelam lemas kita tidak dipeduli

Kita kalah dalam menafsir

Kita gagal dalam mengagak


Bahagia yang ada disenjah
Gembira yang ada direntap

Harapan kini tiada

Sandaran kini hilang


Aku lemah tewas
Aku bekam resah

Bahagiaku disenjah

Gembiraku direntap


p/s: Senjah sama erti dengan rentap :-)

Saturday, 8 May 2010

Hati Penat


Tengah2 duk borak-borak dengan kawan..tersebut perkataan hati penat..terus lepas borak tu karanglah puisi melankolik ni..hehe..

Penat memujuk
Penat menangis

Penat merayu

Penat menagih

Walau diabai
Walau dibiar
Walau dihina
Walau dibenci

Setia tetap ada
Sabar tetap ada
Sayang tetap ada

Kasih tetap ada


Kata-kata dihambur
Kata-kata dikeji
Kata-kata disindir
Kata-kata dipermain

Hati terasa penat
Hati terasa lemah

Hati terasa sesak

Hati terasa sebak

Gurisan pedih
Hirisan sakit
Calaran ngilu
Tikaman darah

Tapi
Hati tetap setia
Hati tetap menunggu

Hati tetap menanti

Hati tetap mengharap


Kerana hati tahu walau
Suatu hari
Suatu masa
Suatu ketika
Suatu waktu

Hati akan kembali gagah
Hati akan kembali ceria

Hati akan kembali teguh

Hati akan kembali gembira

Kenyataan yang pasti
Pernyataan hati yang murni

Pergerakan jasad yang suci

Persoalan hidup yang hakiki

Monday, 3 May 2010

Depan mata


Kadang-kadang..
Apa yang kita inginkan..
Apa yang kita dambakan ..
Ada didepan mata..

Mungkin dulunya kita tidak nampak..
Mungkin dulunya kita abaikan..

Tapi bila saat masa berlalu..
Tapi bila detik waktu beredar..

Kita semakin sedar..
Kita semakin jelas..

Bahawa apa yang ada
Apa yang setia menemani kita

Itulah yang kita inginkan
Itulah yang kita dambakan selama ini..

p/s: Hanya titipan melankolik yang pendek mengusik rasa malam ini..Syukurilah apa yang ada didepan mata kita disaat ini dimasa ini..Hargailah ,kerana kita masih ada yang kita inginkan dan dambakan..Walaupun suatu masa suatu ketika apa yang kita miliki kita akan tinggalkan juga..Itu pasti..

Monday, 26 April 2010

Satu Sepuluh Seratus Seribu Sejuta..



Aku masih disini dalam pencarian yang tak pasti

Dalam langkah keliru dalam mimpi yang sedar

Gerak rasa itu kuat tapi daya itu lemah dalam langkah

Mengapa kita cuba sedangkan itu satu yang pasti


Aku langkah sampai satu langkah aku berhenti
Aku langkah sampai sepuluh langkah aku berhenti

Aku pernah langkah sampai seratus langkah aku berhenti

Malah aku langkah sampai seribu langkah aku berhenti

Mungkinkah aku perlu melangkah sampai sejuta langkah?

Mungkin perlu dan mungkin juga tidak


Dalam jasad yang bergerak
Seolah tiada apa

Seolah-olah tiada rasa

Seolah-olah tiada usaha

Seolah-olah tiada daya

Seolah-olah tiada nyawa


Bisa bicara dalam gelak
Bisa bicara dalam tangis

Bisa bicara dalam diam

Bisa bicara dalam khayal


Masih mengharap nafas dulu
Masih mengharap udara dulu

Masih mengharap bayang dulu

Masih mengharap kelibat dulu


Walau tangis itu sendu
Walau airmata itu penuh

Walau jantung ini tertikam

Walau nafas ini terhenti


Kuatnya rasa yang mencengkam
Sesaknya dada menghimpit

Pedihnya hati menikam

Sakitnya jantung terbekam


Bisakah aku lari
Bisakah aku henti

Bisakah aku benci

Bisakah aku pergi


Jawapnya
Konlusinya

Hadnya

Aku tidak bisa.

* Monolog spontan petang hari 26 April 2010..7.26 ptg ~Aku bisa..Bisa bicara tentang Melankolik Hipotisis diri aku di blog aku..Aku tidak tahu kau bisa bicara tentang apa dalam diri kau dalam blog kau sebab aku adalah aku yang sering membicarakan melankolik aku kerana ini blog Melancholic Hyphothesis AD RIFZA.... :p ~