Wednesday 10 December 2008

Pengertian Korban..


Hari Raya dalam bulan Zulhijah bukan hanya pada 10 Zulhijjah, bahkan ia berlanjutan dari hari ke-11, 12 dan ke-13 yang juga lebih dikenali sebagai Hari Tasyrik. Umat Islam juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik itu. 

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud;

" Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah)."
 (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Aidiladha dan juga Hari Tasyrik mempunyai keistimewaan yang sama ialah dari segi ibadat korban yang dilakukan. Ini kerana ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Ibadat korban adalah satu cara untuk kita mendekatkan dan mengabdikan diri kita kepada Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud:

" Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan kepada takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. 
(Surah al-Hajj, ayat 37) 

Ibadat korban juga adalah satu peluang kepada setiap umat islam untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin ada di jiwa.Rasulullah pernah bersabda maksudnya: 

 "Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. 
(Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

Ibadat korban juga adalah satu medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat.Bagi mereka yang berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya. 

Ini adalah satu manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tiada terhitung kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: 

 "Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
 (Surah al-Hajj, ayat 36). 


Selanjutnya, sesiapa yang menjalankan ibadat korban ini disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri dan jika tidak mampu, dia hendaklah menyaksikan upacara korban itu terutama apabila darah pertama mula mengalir ke bumi kerana pada waktu itulah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban itu. 

Dalam hal ini, Rasulullah menyuruh puterinya Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri upacara ibadat korban yang dijalankan atas namanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: 

"Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. Fatimah bertanya kembali: Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam? Jawab Baginda: Bahkan kepada seluruh umat Islam. 
(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)

Itulah antara hikmah ibadat korban yang seharusnya kita tahu dan ambil tahu sebagai satu kesedaran atau keinsafan diri bagi kita sebgai umat islam untuk mengekalkan kesepakatan dan kesejahteraan umat islam.Janganlah pula hari raya aidul adha ini menjadi satu hari raya yang tidak memberikan apa-apa kesan atau kita buat "dekk" jer kerana dari segi agama kita ianya cukup-cukup bererti bagi diri kita sebagai umat Islam..Jangan kita pandang remeh pada hari raya aidiladha ini ..Sama-samalah nanti kita timbulkan kesedaran pada diri bahawa hari raya aidil adhalah hari raya yang paling mulia untuk umat islam.Bimbang nanti anak cucu kita nanti akan anggap hari raya ini macam hari cuti umum yang biasa saja.Kerana kesedaran itu sudah hilanggg ditelan masa dan keadaan...Nauzubillah...

Mudah-mudahan ibadat korban yang kita lakukan sepanjang Hari Aidiladha dan Hari2 Tasyrik akan diterima Allah. Aminn...

10 comments:

  1. berkorban itu sendiri perlu penghayatan. negara atau bangsa tak perlu pengorbanan membabi buta. manusia juga begitu.

    ramai orang salah tafsir erti pengorbanan. berkorban tak bererti kita hilang sesuatu, tetapi peroleh sesuatu daripadanya.

    ReplyDelete
  2. CAHAYA-Yup betul kata cahaya , pengorbanan yang membawa erti dan kita memperolehi sesuatu daripadanya..

    ReplyDelete
  3. korban itu sendiri sudah indah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum w b
    Pengorbanan yang dilakukan semasa perayaan Aidil Adha membawa saya mengimbas kembali kepada kisah penyembelihan Nabi Ismail a s oleh ayahndanya Nabi Ibrahim a s di mana si anak, Ismail, ditukar Allah kepada se ekor kibas. Pada saya yang paling pokok dalam kisah mulia ini ialah ia membawa makna dan erti tentang 'KETAATAN", 'KEPIMPINAN' dan 'KEKELUARGAAN'. Sesuautu unit keluarga boleh menjadi utuh dan harmonis jika kesemua ahlinya akur kepada konsep ketaatan ini. Anak taat kepada ibu bapa (selain kepada Allah dan Rasul); isteri taat kepada suami (selain kepada Allah dan Rasul); dan si suami pula taat kepada Allah dan Rasul. Suami mesti memegang tampuk KEPIMPINAN keluarga; dibantu oleh isteri. Suami (isteri juga) mesti sentiasa ingat semasa mengangkat Akad Nikah, "Aku terima NIKAH..." bahawa istilah NIKAH itu jika diakronimkan ia membawa makna: 1)N = Nasib; 2)I = Iman; 3)K = Kekayaan 4)A = Akhlak; dan 5)H = Hati. Jadi apabila dilafazkan, "Aku terma NIKAH..." bererti kita bersedia menerima kesemuanya sebagaimana yang ada pada suami atau isteri kita pada masa pernikahan. Nasib isteri atau suami boleh berubah selepas perkahwinan; namun nasibnya, bertukar menjadi buruk, bukan menjadi alasan untuk bergaduh apatah lagi bercerai. Begitu juga iman, harta kekayaan, akhlak dan hati (emosi). Jika terdapat kekurangan dalam perkara tersebut suami, bahkan isteri pun sepatutnya berusaha untuk memperbaiki dengan kefahaman dan dituruti oleh pendidikan lanjut. Pendidikan dibuat sendiri oleh suami (jika berilmu) atau mengikuti kursus-kursus agama. Bukan penceraian jawapannya.

    Jika kita amalkan wirid 'Subhanallah'- 'Alhamdulillah' - 'Allahuakbar' ia boleh, insya-Allah, membentuk jiwa kita menjadi sekurang-kurangnya seorang yang berhemah dalam bersilaturrahim, tidak angkuh, dan berani serta kreatif dalam rangka syariat Allah. Siti Fatimah r a dan suaminya Saidina Ali r a mengamalkan wirid ini (orang pertama yang diijazahkan Nabi s a w dengan wirid ini adalah mereka). Dan saidina Ali r a pernah memberitahu para sahabat yang bertanya bahawa walaupun dalam keadaan perang seperti perang Syiffin pun beliau tidak meninggalkannya - dibaca sebelum tidur. Jadi, tasbih 'Subhanallah' mendidik minda kita untuk taat kepada Allah. Tahmid 'Alhamdulillah' membuang segala keangkuhan (seperti kelakuan iblis dalam keengkarannya untuk memuliakan Nabi Adam a s) dari sanubari kita. Takbir 'Allahuakbar' pula mentauhidkan jiwa raga kita kepada Yang Maha Berkuasa, Allah s w t. Minda yang dididik dengan wirid ini dipenuhi dengan rasa 'KETAATAN', 'KETAWADHUKAN' dan 'KETAUHIDAN'. Perhatikan: Tanpa 'KETAATAN', KETAWADHUKAN dan KETAUHIDAN boleh menjadi goyang. Jadi, penekanaan kepada 'KETAATAN' dalam konsep perayaan 'Aidil Adha' amat signifikan sekali.

    Yang kedua, kisah ini juga mengingatkan kita kepada tingkah laku keji iblis dan syaitan: Menghasut dan menyesat manusia. Dengan ingatan ini kita mesti peka yang musuh sebenar manusia adalah iblis dan syaitan. Pertelingkahan timbul dalam keluarga yang boleh didamaikan dengan 'KESABARAN' (dengan mengkaji di mana kesilapan kita dalam menuruti hukum Allah) selalunya dimarakkan menjadi pergaduhan oleh pihak iblis dan syaitan. Kerana, dengan berlakunya penceraian mudahlah iblis dan syaitan memesongkan anak-anak (jika ada), isteri (lazimnya kaum yang lebih lemah), bahkan si suami pun kepada jurang kehinaan - Dunia dan Akhirat. Allahwaklam. Wssalamualaikum w b.

    ReplyDelete
  5. satu pergorbanan dengan penuh keikhlasan pasti besar ertinya..;DD

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya korban... versi belated. heheh

    ReplyDelete
  7. ADDY-Indah sungguh ibadat ini bila kita lakukan dengan seikhlas hati..Dan memahami saat haiwan ternakan direbahkan dan disembelih..Suatu susur galur langkah yg memberikan kita suatu kesedaran ttg kejadian Allah itu..

    ReplyDelete
  8. ABDULLAH KC-Alhamdulillah suatu renungan yg amat berguna untuk kita semua dalam memahami konsep korban yang sebenarnya..Suatu ibadat yang tidak harus kita lupa dan perlu dikekalkan sampai bila2..Insyaallah

    ReplyDelete
  9. SUNSHINE-Yup betul tu ..bekorbanlah dengan niat yang ikhlas..Insyallah kita akan diberkati..

    ReplyDelete
  10. IDA-Tak belated lagi...kan kita boleh bekorban 4 hari..Hari raya aidil adha dan 3 hari tasyrik..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)