Monday 29 December 2008

KEPAYAHAN UNTUK MEMULAKAN...

Masih tentang perubahan diri...Setiap orang dalam suatu sudut hati kecil mesti terdetik ingin berubah kearah kebaikan..Tetapi mereka takut untuk memulakannya.. Perasaan takut dan risau unutuk memulakan langkah pertama dalam perubahan kepada kebaikan adalah suatu bisikan supaya manusia sering lalai dan leka dalam perubahan diri kearah kebaikan..


Bisikan itu akan terus terusan menggoda dan memujuk hati kita supaya jangan berubah..Bisikan itu akan mengelirukan kita dengan pelbagai ketakutan dan kerisauan supaya kita tidak berubah dan masih dalam kealpaan dan kelekaan diri..



Ikuti dialog ini antara Si A dan Si S...

A - " S ko dah solat blom?..Dah nak abis waktu ni.."

S - "Relax laa A "

A -" Ko tak solat ke S ?Berhijrahlah kan hari ini 1 muharram..Berubah jadi lebih baik"

S -" Alaaa aku nak solat pun kena diri aku ni berubah dulu..Diri pun tak sempurna..Nak solat camana"

A -" Astragfirullah S..Kalo kita nak tunggu sampai hidayah bila kita nak solat?"

S -" Habis diri aku ni masih jahil lagi buat benda2 jahat sgala..Solat aku nanti tak diterima"

A -" Laaa ko ni S..Jangan cakap macam tu..Kan solat tu wajib?..Kita wajib melaksanakan tanpa keuzuran sikitpun..Even orang sakitpun mana bleh tinggal solat tu..Ada solat sambil duduk,sambil baring malah ada solat dengan isyarat jer..Kan itu maknanya solat itu tidak boleh tinggal walaupun sekali bagi sesiapa yang sihat."

S -"Tapi aku jahil lagi laa A...Aku buat jahat skali skala...Solat aku pun takde maknanya.."

A -"S S ko ni..Bukan macam tu even kita jahat ke ada buat salah silap ke..Kita solat dulu..Bukan lama pun 5 minit je..Itu tandanya kita ucapkan terima kasih kepada Allah yang beri kita nikmat hidup dengan limpah ruah rezeki kepada kita.."

S -" Aku tahu tu tapi..."

A -" Ko nak Allah tarik balik nikmat hidup dan rezeki ko selama ini?..Ko karier dah bagus semuanya ko ada dalam hidup..Ucapkanlah terima kasih kepadaNYA dengan bersolat dan mengerjakan segala suruhanNYA.."

S -"Tapi tak guna aku buat kalau tak ikhlas ..kan semuanya kena ikhlas.."

A -"Habis ko nak tunggu ikhlas ko datang tu bila?..Sampai umur ko dah 70 80 tahun?.Camtu?"Kalau tak datang jugak ikhlas ko dalam usia sebegitu..camana?..Apa ko buat?"

S -"Hmmm betul jugakkan ko cakap tu..Sampai bila akan timbul ikhlas dalam hati akukan?..Hmm..Ko tolong sambung Game Company Of Heroes aku ni aku nak solat jap.."

A -"Macam tulah seorang muslim yang berjaya..(Sambil tersenyum sebab dapat main game).."





Dialog diatas adalah rekaan semata-mata..Tiada kena mengena antara hidup atau mati..Tapi bleh kot jadi panduan sempena awal muharram ni..HIJRAH kearah kebaikan tidak salah...Allah akan permudahkan segala-galanya nanti..Insyallah...



7 comments:

  1. hmm..kalau diikutkan memang payah nak membuat sesuatu yang baik... namun senang pula nak buat sesuatu yang zalim pada diri!! thanx ad kerana ingat mengingati...

    ReplyDelete
  2. nak mulakan sesuatu perkara perlulalah dimulakan dgn langkah pertama... justeru, langkah pertama adalah yg paling sukar untuk dibuat. bila kita mulakan langkah pertama, langkah kedua tentunya akan jadi sedikit ringan... langkah ke tiga.. langkah ke empat... dan langkah2 keseterusnya akan menjadi mudah. Jadi jgn takut untuk membuka langkah pertama utk memulakn hijrah ke arah yang lebih baik...

    sama-sama kita berhijrah ke arah kebaikan...

    *email saya - zairul_chim@yahoo.com ... **

    ReplyDelete
  3. ALHAQIMI-Begitulah hidup mulanya amat payah nak mulakan sesuatu yang baik..Bila dah mulakan..Insyallah...

    ReplyDelete
  4. CHIME-Nak mulakan amat payah pada mulanya.. tetapi bila langkah pertama itu dimulakan..Betul kata chime tu..bila sudah melangkah barulah ada langkah seterusnya..Insyallah moga sama-sama kita memulakan langkah dengan berani dan tanpa was-was..

    ReplyDelete
  5. salam Ad..
    Mmg satu perubahan tu pnting tapi biar lah ianya lahir dari keiklasan hati dan kesedaran dalam diri...
    kita tak boleh nak harapkan perubahan mendadak tapi tak salah untuk mencuba kan..
    marilah sama2 kita mencari sinar baru dalam hidup ini...
    :)

    ReplyDelete
  6. kadang2 hati degil utk memulakan sst yang baik.... kdg2 malu laa segan laa... kang apa lak org kata.. mcm2 lagi karenah hati ni kan ?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Nasihat orang, insyaAllah sampai ke DIA. :)

    Hidup ini mudah. Manusia yang komplikated kan.

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)